Assalamualaikum
Sorry dah lama tak update blog. Mak pengantin sangat la bizi sekarang ni sampai naik lengoh-lengoh badan nak setelkan urusan majlis Shein ni. Dari kad, ke canopy, ke photo booth, ke candy booth, ke door gift, catering, cameraman bagai semuaaaaaaaaa upah orang jer. Nanti I share la bila semua dah setel eh? Tema baby blue + pink tapi nampaknya sekarang macam berat ke pink jer. Walaupun baby boy. Gigih jugak nak kaler pink. Ah. Lantak. Pink kan kaler baby. Lagipun Fahrin Ahmad pon ada pakai Polo-T kaler pink. David Beckham pon pakai T-Shirt pink. Gagah perkasa jer jugak. Takpe Shein takper. Mama tak kisah. *tepuk bahu Shein.
Dah 2 hari ni kalau jawab telefon suara nak ketat jer. Tanya Pidah. Macam mana dia call semalam, bunyik sekali ringing jer aku dah jawab pastu cakap macam ni, ‘Hello?!!!!!’ Haha. Stressed punya pasal. Ini baru nak cukur misai jambul Shein. Kata Ira kalau Shein kawen nanti agaknya I cuti sebulan kerja. Haha. But seronok la uruskan semua ni. Sekarang kalau call Sazli mesti cakap macam ni, ‘Hello Bapak pengantin.’ Haha. Kata Sazli I boleh jadik Pengurus Acara yang Berjaya. Dia pulak Account Manager. Dapatkan semua quotation pastu ‘Uuuuuuuuuuuuu, Duit!!!!!!’.
Tapi itu la. Kalau I jadik wedding planner or organizer apapa memang sebulan jer company dah tutup sebab garang sangat. Pastu mesti gaduh-gaduh dengan kastemer. Dah la. Baik jadik pembaca berita lagi bagus. Tak payah nak pening kepala ker apa. Lepas baca berita setel. Hari-hari boleh mekap cantik. Haha.
Yang jadik angkat telefon garang tu pasalnya, aku baru nak taip meses, jam jam tu lah orang berpusu-pusu call, dengan Intan sekejap Kaksu sekejap Kaksu. Hangeeeen jer satu badan. Intan pulak jenis kalau nak cakap tu macam ada menda urgent jer. Kiter engage la macam mana buat suara garang dengan telefon dia boleh berdiri tercegat kat depan. Peduli apa dia. Macam kan ada menda penting nak cakap PADAHAL NAK SURUH CABUT UBAN DIA JER. Geram kan??
Nanti kata Ira, dia nak jaga candy booth dengan Intan. Kalau ada budak kecik amek kapkek sampai 5, dorang nak jeling. Dah la candy booth tu lawa. I siap suruh Huda tulis macam ni, ‘Untuk pameran sahaja. JANGAN MAKAN!’ Hahahaha. Jahat kan?
Okla. Sekian sahaja entry untuk hari ni. Kepada sesapa yang dapat jemputan harap dapat hadir memeriahkan majlis. Ini majlis kecik-kecilan jer tau? Nanti esok lusa kalau panjang umur, Shein nak kawen I ajak semuaaaaaaaaaaaaaa blog reader hadir majlis dia. Ok? Sayang semua!
Love,
Mak Pengantin
-EnD-
13 comments:
kak sue....x jemput pun....
aLA.... Dah nama anon... mcm mana nak jemput :( Ni saper ni?
meriahnyaaa..nak joinn!!
Salam kak choo.. ehhhhh mak pengantin laa ni diana nk kad jemputan buleh..
nak dtg gak.. Sampai hati mama shein tak jemput aunt gojes ni..
cehhhh..majlis kecil-kecilan katanya! aku ni yg dok tadah telinga dengar keluh kesah ko tu.. dalam ati dok pikir "ni kalo nak pegi kenduri shein ni nak pakai baju ape? nak pakai baju ape?" nengok..bakal tetamu turut runsing!
selamat pengantin baru shein!!hahaha
Nur zulya : jommmmmm! Meh email add kaksu send kad n map
Rina mazlan : ala. Telepas pandang. Mak pengantin bizi. Bak meh email nak send invotation kad.
Diana : bak meh email!
Tak jemput punggg.haha
mcm artis..
469
done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
tq sue jemput..pasni shien nya besday pulak...sibuk la ko lagi huhu
Post a Comment