Wednesday, May 29, 2013

P.A.V.L.O.V.A Fida Ghazi. RM50 jer!


Assalamualaikum…!!!

Pepagi ni tetiba plak tingat Pavlova si Fida Ghazi. Kwahaja namanya tekak ni. Pastu pergi carik pasal dok belek-belek album dalam Instagram dia. BTW, ni la pavlova home-made paling lawa I pernah tengok setakat ni. Bagus pidah ni. Whippe cream dia, siap dia pipe kat tepi mekap cantik-cantik. Buah pon siap ada deco-deco. Kalau I, tadek de. Tepek jer whippe cream, pastu buah tu potong and tabur jer. Senang! Masuk tekak pastu berak jadik tahik jugak. Haha.

Ni kalau macam ni punya besar and buah dia macam ni (strawberry, manggo, anggo) si Fida charge RM50 jerrrrrr… Kalau nak buah blueberry mangkali harga ada up sikit la kot?

 Sesaper yang nak order dekat Fida boleh pergi kat blog dia kat sini atau add dekat FB dia kat sini. Tapi self pick-up ajer eh? Takder delivery. Opis si Fida ni dekat ngan Midvalley sana nu. Kata dia, dia tak boleh nak buat delivery sebab dia bizi menyelamatkan dunia. Part time Power Rangers Hijau. Kebetulan I Power Rangers Kuning. Tapi kami tak pernah pulak dapat duty sama-sama.


I haritu memula nak mintak dia buat untuk Majlis Kenduri Kawen Shein. Tapi Si Fida tak balik pulak umah mertua dia dekat Keramat sana tu. So, dia kata dia tak berani nak bawak kereta dengan bala tentera dia yang 3 orang tu. Dah la awal-awal cakap mcm ni, ‘Takot aku nak buat pavlova nko ni. Ko kan macam juri masterchef’. Haha. Pastu minggu depannya dia balik umah mertua dia, so I amek la kat Keramat. Kan dekat jer ngan Ampang. Tak sampai umah lagi Fida dah meses, ‘Macam mana, sedap ker?’ Pastu sajer I nak bagi dia stress reply pendek jer. ‘Sedap’. Haha. Tarik napas lega Fida. Poyo jer nak berdebar-debar bagai. Macam la I pengkritik makanan dalam Majalah Wanita.

Rasa dia sedaaaaaaaaaaaap! Sama sedap dengan pavlova Huda pon. Pastu whippe cream dia pon tak la cair. Kata Fida, dia guna non-dairy whippe cream. Ke apa eh? Entah. Nanti cek la sendiri dengan dia. Siap Fida buat untuk bagi hantaran lagi. Dia memang deco cantik-cantik. Request jer nak yang macam mana. Macam I, I tak berapa suka kalau bubuh buah kiwi. Sebab nanti nampak macam tak naik seri pavlova tu. Ada orang suka kalau buah kiwi jer. Ikut suka hati korang la nak macam mana.

Yang ni pavlova dia yang lain. Semuaaaaaaaaaaaaa pon cantik-cantik! Cantik sampai rasa nak lempang. Ok dah. Sekian. Bak sini pavlova free sebijik! Aku dah promot pavlova ko hebat-hebat ni. Haha.

-EnD-

Photo: Wednesday's Pavvy!
m happy playin' with fresh fruits!! ;)





Extra Info Dari Blog Fida   •Size: Diameter 10 inci +-

•Harga: RM50 (topping standard seperti di atas. Topping atas permintaan..lain harga)

•Email me 28Rafidah@gmail.com kalau berminat. Lepas tu kita discuss lebih lanjut..wahhhh gitu!!

•Pickup sendiri di ofisku di Midvalley atau di rumahku di Taman Pinggiran USJ 2.

4 comments:

-- said...

ngaaaaaaaa... patut email masuk betalu!!! ko promot sini rupanya!

tq chooyaya!! sayammmm kamu! *promot je sayam..promot je sayam..*

Mimy Hamid said...

aku dah mencoba beli..jumpa pida jugak kat MV>..mmg betul ko cakap...sedapp...tak cair cream dia...terbaik..deko aku tiru mcm ko siap sms pidah...aku nak deko macam sue punya...

Chooyaya! said...

fida : 164212272274 walaupun seorang jer yang beli. haha. lekas bank in komisyen!

Chooyaya! said...

mimi hamid : puas hati kan mimy? bagus. sila support bisnes secretary *tetiba