Showing posts with label Alfatihah. Show all posts
Showing posts with label Alfatihah. Show all posts

Tuesday, January 16, 2018

Alfatihah Untuk Ahmad Kasyfi Muhamad

Assalamualaikum..

Petang semalam, Sazli tengok handphone dia ada banyak miscalled from Apit and John. Masa tu I dah agak macam ada berita buruk. Then dia tetiba cakap ‘Ya Allah… Ya Allah….’ Terus I pergi dekat dia and tanya siapa meninggal? Dia ketar-ketar tangan tunjuk gambar IC Kasyfi dekat I. Dia cakap ‘Kasyfi dah meninggal Mama… Dia dah takde…’ Sazli cried on off sejak dari petang sampai la tengah malam like really cry. I pon taktau bila dia tido. I bagi dia space although I eager nak tau macam mana Kash meninggal and all. Dalam 8.30pm macam tu maybe John call bagitau arwah accident dekat area Bertam tak jauh pon dari rumah dia on the way nak ke tempat kerja (Shift malam). Dia Enginer dekat Western Digital kalau tak silap I. Luluh rasa hati bila dengar Sazli menanges cakap dengan Apit. Allahu… Kesiannya Kash… Anak pon kecik lagi… Dia pon muda.  I taktau nak calm Sazli macam mana. I hugged him ask him to bersabar but I dapat rasa how sad this news to Saz, Apit, John, Ke’ot, Khairi, Pidaus. Ni semua kawan-kawan dia masa dia Sekolah Menengah Teknik Kulim Batch 1999. I tau dorang memang sayang each other and macam adik-beradik dah. I selalu dengar kisah dia dan kawan-kawan masa sekolah dulu macam mana. Pasal Kasyfi pon. Dia budak baik and dulu zaman sekolah bukan budak senang. Ada sekali Sazli cakap, masa cuti sekolah dia tak balik. Duduk hostel je. Bila Sazli tanya kenapa tak balik, dia cakap dia nak study. Nak study apa? Sekolah/Asrama semua lampu padam. Then only dia cakap, yang dia takdak duit nak buat tambang balik. Saz bagi dia duit tambang… Dia genggam duit tu. Menanges cakap terima kasih dekat Sazli. Maybe dia rasa sedih and terharu. Bila dah abes belajar, dia dah kerja and dah boleh buat rumah yang selesa untuk family dia. Dia cakap dekat Sazli ‘Li, mai la umah aku.. Dulu rumah aku rumah papan, la ni rumah aku dah batu’. Kata Sazli, ‘Alhamdulillah Kash. La ni hang pulak boleh bagi kehidupan selesa kat Mak/Pak hang’.


Arwah Kash yang dalam bulatan tu masa dalam Dorm dekat Teknik Kulim

Friday, July 22, 2016

Al-fatihah to Allahyarhamah Norain Omar

Assalamualaikum..

Di hari Jumaat yang Indah ni, I nak mintak korang semua ambik masa sekejap untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk kenalan I, Norain Omar pemilik Junkie Studio yang I kenal melalui Elinor yang telah kembali kerahmatullah secara tiba-tiba kerana sesak nafas. Baru je nampak Norain update FB status tup-tup now that she’s gone. Macam sekelip mata je. I terkejut sangat. Arwah masih muda, masih belum berkahwin and takda sakit apapa pon. But ajal dia dah sampai, dia meninggal dunia. Arwah sempat call beberapa orang sahabat dia mintak tolong call Ambulance and masa Ambulance sampai, mereka terpaksa break in masuk rumah dia sebab bila dipanggil takde jawapan. Dari cerita yang I dengar, masa tu arwah dah takda pulse. Dia meninggal sendiri dan alone. Arwah dah selamat dikebumikan di kampungnya di Felda Gugusan Adela, Johor… Al-fatihah.


DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. ALfatihah to Norain Omar

Monday, November 3, 2014

Kau Pergi Jua. Part III - Email Dari Dr. Hamid Arsyat

Assalamualaikum..

Entry ni ialah sambungan kepada previous entry yang I bagitau I wrote an email to Dr. Hamid Arsyat. Khamis malam Jumaat tu I mana la dapat tidur. Asal jaga je teringat arwah sebab like I said earlier, semua ni macam I tak jangka. Macam baru je berwhatsApp dengan Kak Mas the other day tetiba hari Khamis dia dah tadek. Macam mimpi.

Sazli pon tau I sedih. Dia pon tak banyak tanya sangat. Ada masa dia duduk sebelah Shein and tanya I, ‘Bubu sedih ke?’ Pastu I angguk. Dah. Sebab nanti kalau dia lagi tanya, lagi la lama I nanges. Manja kan? Memang macam tu. Sementara Shein busy dengan Upin Ipin, I pon tetiba rasa macam nak email Dr. Hamid Arsyat sendiri. I gamble. If dia reply or not I ok. I tau dia mesti busy. Ada ke masa nak layan orang tengah sedih macam I? So I tak put hope so that I takkan frust if dia ignore email I.

I tadek marah dia or emotional dalam email tu (although I memang marah giler. I manusia biasa. Maafkan I). Banyak kali sebelum I taip, I tarik hembus nafas. I cuma nak tau kenapa je. Apa yang buat Kak Mas meninggal. Pembedahan tu tak berjaya ke? Sebab kalau cerita dari mulut ke mulut ni kadang-kadang tak berapa nak clear jugak and I tak puas hati. So ini email I pada Dr. Hamid Arsyat and email yang Dr. Hamid reply esok paginya.




Email I pada Dr. Hamid Arsyat


Jawapan dari Dr. Hamid Arsyat

Lepas I dapat email tu, I ada rasa lega. Rasa hati nak marah pada awalnya sejuk sikit. I kena ingat, Qada’ & Qadar Allah yang tentukan. Semua tu dah tertulis. Ajal maut kan ditangan Allah? And Dr. Hamid pon manusia biasa. Dia pon buat silap. Cuma, yang I tau pembedahan fibroid and cyst (bukan yeast ye De?) ialah pembedahan elektif. So almost impossible gagal. Kecuali kalau ada complication yang also jarang-jarang berlaku jugak.

Habes segala kenalan doktor I tanya pasal ni. And jawapan dorang pon sama. Why here and there, tak sepatutnya berlaku etc. Ada yang cakap dah ajal. I paling kepantangan jawapan kalau dah ajal. At least try la to convince sikit. Sebab kalau jawapan dah ajal baik pergi baring dekat landasan keretapi lepas tu biar kena langgar and mati sebab dah ajal. Kan? Takpon panjat pokok kelapa buat terjun tiruk. Kalau dah mati namanya ajal. Nak buat macam mana. E! Geram je.

Macam yang Dr. Hamid Arsyat jawab dalam email, Kak Maslina kena jangkitan kuman yang ganas yang menyebabkan septicemia atau keracunan. Bila buat pembedahan kedua untuk selamatkan dia, dia kena pulak cardiac arrest atau serangan jantung. Itu yang menyebabkan kematian dia. Macam yang Mak Arwah Kak Mas cakap, Kak Mas seolah-olah menyerah diri untuk mati. I pon taktau nak cakap apa but only a person yang try to conceive je yang ada perasaan berkobar-kobar untuk buat apa sahaja asalkan dapat anak.

Yes, I know as a society kiter kadang-kadang always put pressure pada wanita yang susah nak dapat anak. Suruh buat macam-macam sampai kan boleh mengancam nyawa macam ni. We never know kan? I sendiri dah rasa takot nak bersalin. How if second baby kena c-sect lagi? How if lepas bedah I kena jangkitan kuman lepas tu mati? Banyak sangat persoalan. Tiba-tiba I jadik penakot pada hospital dan doktor sebab ada a part of me macam dah tak percaya lagi pada perubatan modern.

I hope I akan ok and pulih semangat balik satu hari nanti. I know time will heal. Seberat mana pon pemergian Kak Mas, Suami dan keluarga dia rasa lebih lagi. I harap hubungan silaturrahim I dengan keluarga Kak Mas takkan terputus. Untuk mereka semua, takziah I ucapkan… Nak cakap suruh sabar dengan ujian ni pon I tak mampu.

Alfatihah….

-eNd-

Friday, October 31, 2014

Kau Pergi Jua Part II

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Arwah Kak Maslina dah selamat dikebumikan dalam pukul 11.00 pagi tadi dekat Tanah Perkuburan Sungai Tua, Selayang. Masa sampai dekat kubur, hujan turun renyai-renyai. Sayu rasa. I pergi Selayang dengan Mak, De and Kaklong. Malam tadi dorang gerak dari Pahang. De rasa puas hati sebab dia dapat kiss and tatap jenazah Kak Mas untuk kali yang terakhir.

Dah takde dah gelak tawa Kak Mas boleh didengari. Entah kenapa, Kak Mas lekat dihati. I selalu tertunggu-tunggu status update dia dekat FB. Apa yang dia buat hari-hari dia banyak share dekat FB. Dia memang disenangi dan disayangi oleh ramai kawan-kawan. Dia kelakar, ceria dan pendengar yang setia. I pasti ramai yang sedih dengan pemergian Kak Mas yang secara tiba-tiba ni.

Malam tadi I jaga every hour. Bila tersedar je rasa sebak. Air mata laju je mengalir sebab teringat yang Kak Mas dah takde lagi. Kak Mas is one unlucky soul. Dia nak sangat-sangat untuk dapat baby and one of the reason why dia buat operation ni pon sebab try to conceive. Tapi Allah lebih sayangkan dia kan? To be frank, I rasa sangat ralat. Pembedahan yang dibuat atas Kak Mas ialah pembedahan elektif. Bukan hi-risk. Tapi sebab janji Allah itu pasti. Mati itu pasti dan ajal dia memang dah sampai.

FYI, Kak Mas buat pembedahan on Monday dengan Dr Hamid Arsyat di Hospital Pantai, Bangsar. Tuesday dia ok. Dah boleh ketawa,  dah boleh share status dekat FB. On Wednesday dia start sakit teruk dalam perut and disahkan terkena jangkitan kuman and masa pembedahan kedua pada hari semalam, dia kena serangan jantung and meninggal dunia.

I ada email Dr. Hamid Arsyat sendiri. Sebab I nak tau kenapa pembedahan Kak Mas menyebabkan kematian dia. Biar I puas hati. I nak tau dari dia sendiri so I wrote an email to him and this morning I dapat reply dari dia. Thank you Dr. Hamid for your time, although ada a piece of me rasa regret here and there tapi I redha. Ini yang tertulis untuk Kak Mas. Sedih I, sedih lagi suami dan keluarga Kak Mas.

** I share the email later. Failed to upload dekat sini

Lepas siap semua urusan Kak Mas, Mak ajak makan. Dari pagi tak sempat nak makan sebab terus gerak dari Ampang around 8.00am macam tu. Takot tak sempat tengok Kak Mas so kiter straight terus pergi rumah In-Law Kak Mas and tak singgah breakfast kat mana-mana. Kurma sebijik Mak bawak bekal kiter share 4 orang. Dah Emak pon agak-agak la bawak sebijik je kurma kot iye pon. Sabar je la.

-eNd-



Us dekat Chicken Rice Shop, Aeon Big Wangsa Maju for lunch. De, Mak, Kaklong and I. Ni la 3 orang anak Mak. Semua perempuan. Thanks untuk suami-suami kami sebab jaga anak-anak. Kepada De, sos thai yang cicah popia tu bukan sambal nasik ayam. Kak Mas meninggal sebab complication bukan compilation. Compilation tu album penyanyi. Dia ada cyst, bukan yeast. Yeast tu ragi. Kbye.

Thursday, October 30, 2014

Kau Pergi Jua...

Assalamualaikum..

Menggigil tangan nak taip. Melayang-layang rasa badan. Tak mampu nak berdiri. Sedih. Terkilan. Sebak. Pilu. Tak boleh nak kumpul pon jadik ayat. She’s like my own family. Close sangat. GF I pon dia panggil Mak jugak.

Al-Fatihah untuk Kak Maslina Mansur yang baru sahaja kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Dia meninggal akibat komplikasi jantung semasa pembedahan kali kedua selepas pembedahan pertama pada hari Isnin baru-baru ni untuk buang cyst dalam perut dengan Dr. Hamid Arshat di Hospital Pantai Bangsar. (Tak official lagi sebab meninggal).

Kak Mas kawan sekolah De. I kenal sejak dari umur 13 tahun. Memang dari sekolah lagi dia sakit migraine teruk. Membawak sampai la sekarang. Period pain teruk sangat skali dengan ada cyst dalam perut. Tak sangka. Pembedahan untuk buang cyst yang I rasa macam tadek apapa end up jadik macam ni. Dah ajal Kak Mas agaknya. Padahal pembedahan dia lambat lagi. Kena queue sebab Dr. Hamid Arshat ramai patient but ditakdirkan ada patient lain tak jadik bedah so dapat slot in untuk dia.

Janji Allah itu pasti. Ajal maut takkan tercepat/terlewat walau seminit pon. Pergilah Kak Mas. Dah lama sangat Kak Mas menderita menanggung sakit. Dikcik pasti akan rindu bebelan Kak Mas dekat FB. Mengadu pasal menda remeh temeh yang kadang-kadang mencuit hati. Pergilah Kak Mas… Kami pasti akan menyusul nanti…. Berehatlah… Forever you will be missed.

Mintak tolong yang baca entry ni untuk spend masa sekejap sedekahkan Al-Fatihah untuk Kak Mas yer? Doakan semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.


-eNd-


Kak Mas yang tengah-tengah. Masa raya aidlfiti baru-baru ni.

Tuesday, June 18, 2013

Kisah Angah Yang Menyayat Hati. Tabah Sayang... Kuat... Kami Doakan.

Assalamualaikum..

Mungkin ada yang pernah baca or tahu kisah Muhammad Amin Fahmi atau lebih mesra dengan nama Angah dalam keluarga dia. Anak kepada Encik Khairulnizam Mohd Noor dan Puan Siti Ashirah Zakaria. To be frank, I sendiri tak tau where to start untuk cerita pasal Angah. Sedih. Sebak. Kesian semua ada. Sampai terbawak-bawak dalam mimpi teringat pada Angah.

Angah sekarang tengah struggle melawan sakit dia. Dia kena kanser darah. Sekarang tengah dirawat dekat PPUM and Doktor dah sahkan yang penyakit Angah ni dah tak boleh diubat lagi. Doktor suggest supaya bawak balik Angah ke rumah jer untuk buat dia happy selagi ada masa..

Tapi kuasa Allah kan? Angah masih lagi bertahan sampai la harini. Hari-hari I tunggu update dari Papa Angah pasal Angah. Tiap kali nak bukak wall Papa Angah sebelum baca apa yang Papa dia tulis, I pejam mata rapat-rapat. Tak sanggup nak baca kalau-kalau Angah masih sakit. Kesian sangat. Ada sekali Papa Angah update dekat FB bagitau Angah sakit dari pukul 8.00 malam sampai pukul 3.00 pagi. Punya sakit sampai usus Angah yang dekat luar tu menitis-nitis darah. Ya Allah….

Kesian Angah… Budak kecik umur 6 tahun kan? Diuji Allah dengan sakit yang macam tu.. Sedang Shein kembong pon I dah naik lemah urat berjalan macam tak pijak bumi bila Shein nanges teresak-resak inikan pulak Angah yang Doktor sendiri dah sahkan tidak boleh dirawat lagi.

Bayangkan apa perasan Mak Ayah Angah… Tabahnya mereka. They maybe look strong outside. Tapi dalam hati mereka siapa yang tau kan? Anak tu… Anak… Anak yang kiter nampak dengan mata sendiri melawan sakit. Punggong dah luka.. Badan dah kurus.. Tebuk sana sini. Nauzubillah… Tabahnya mereka… Kuatnya mereka…

Blast kanser Angah dah naik kepada 90% dari 74% masa hari pertama yang Doktor bagitau yang penyakit Angah dah tak boleh diubati. Sel-sel kanser dah menyerang habis tubuh Angah. To-date, as we can see dekat FB Angah, mata sebelah kanan dia pon dah membengkak. Kadang-kadang bila buat rawatan tukar darah, habis sembap badan dia. Kesiannya… Anak sekecil ini terpaksa menanggung rasa sakit yang maha hebat. In medical term – Angah dah tak boleh diselamatkan lagi. Dia boleh pergi bila-bila masa jer. Cuma keajaiban dengan izin Allah jer yang boleh menyembuhkan Angah.

Papa Angah sangat positif orangnya. Dia kata, yakin pada Allah. Jangan salahkan Allah Angah sakit macam ni. Dia percaya Allah ada better plan untuk Angah. Kuat kan dia…? Mampu ke kita untuk jadik sekuat tu? Tak pernah I baca kata-kata negative dari mereka berdua dekat FB. Usaha tetap mereka teruskan untuk mengubat Angah. Macam-macam. Mereka tak pernah putus asa.

Paling I tak tahan tengok video Angah mengerang tahan sakit… Menangis… Merintih… Tapi mulut tak lepas sebut Allah.. Allah… Didikan Ibu Bapa Angah. I kagum. Kagum pada Mak Ayah Angah and kagum pada Angah. Kuat semangat. Lagi Angah kuat lagi I rasa jatuh sayang pada dia.


Kalau diizinkan Allah, I teringin nak melawat Angah satu hari nanti. I akan carik one fine day untuk visit Angah. InsyaAllah….

Untuk Angah yang tidak pernah Ciksu kenali, bertabah sayang.. Kuat… Ok? Angah anak yang baik. Semua orang sayang pada Angah… Kami semua nak tengok Angah sihat kembali.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim… Kau berikanlah kekuatan pada Angah sekeluarga… Sembuhkan lah penyakit Angah… Kurangkan lah penderian si kecil ini Ya Allah… Sesungguhnya Engkau maha mengetahui, Maha Mengasihani… Amin….

Pada sesiapa yang nak tahu kisah yang lebih detail pasal Angah, anda boleh add FB Papa Angah dekat sini atau FB Mama Angah dekat sini.Sumbangan boleh dihulurkan pada keluarga Angah seperti detail dibawah.


Kalau tak boleh nak bagi sumbangan, doakan Angah pon dah mencukupi.. Tolong ye semua.. Kiter doakan Angah. Kiter mungkin tidak mengenali antara satu sama lain tetapi kasih sayang sesame manusia tu kan tidak terbatas? Spread the love sayang.. Spread the love.

-EnD-