Wednesday, June 5, 2013

Kisah Orang Tua & Birthday Bapak

Assalamualaikum…

Amboi. KL hujan ni hoi! Ni kalau dapat tarik selimut and tiiiidoooooooooooo pasang aircond 16 (bajet Barcelona musim bunga) perggghhhhh alangkah bahgianya. (Spot ejaan bahgia, macam orang tua-tua jer kan? Haha)

Sekarang ni mengantuk melantun-lantuk wa cakap lu. Apa setan la yang dok bergayut kat bulu mata ni. Kwahaja.

Eh. Cakap pasal orang tua ni kan? Kata Intan, orang tua suka makan kuih perasa kelapa. Macam Kaklong la. Intan tanya Kaklong, ‘Kaklong suka tak pau inti kelapa?’ Kata Kaklong. ‘Suka!’. Pastu Intan ketawa. Kata dia, kalau orang tua suka kuih inti kelapa, pastu kek perasa pandan. Hahaha. Bodo nih! Tapi memang betul kan? Kaklong tu coklat pon dia suka jenis Baunty tu. Kan inti kelapa? Orang tua-tua sangat. Mampos. Macam la ko tu tak tua nanti Intan. Haha.

Pastu kan kalau orang tua-tua memakcik’s kat opis ni selalu tanya macam ni.

Contoh : ‘Eh, Sarah tu pegawai ker?’ Dorang suka tau guna perkataan pegawai instead of ‘officer’. Pastu lagi, ‘Pejabat dekat mana?’ OMG Pejabat sangat orang tuweeeeeeeeeeeeeeee. Kiter sekarang cakap ‘office’ la Kaklong. Lagi satu. ‘Ooooo Suraya tu steno CEO kan?’ Whatt???? Steno. Itu apa tu?? Hahahaha. Bongok la Intan ni. Pastu kan, kalau orang tua bawak motor kan? Perasan tak mesti dia akan duduk hujungggggggggg pastu pegang besi kat blakang motor tu. Pastu kalau naik kereta pulak, suka pegang yang kat pintu atas tu. Ada tempat pemegang tu kan? Hahahaha. Kan??

Dulu masa arwah ayah sakit kat Hospistal Temerloh kan? I dengan Kaklong naik la teksi dari bus stand Temerloh ke Hospistal. Pastu ada pakcik teksi tu tanya, ‘Nanti nak balik awak naik aper? Biar la Pakcik ambik, bagi la hintet’. I dengan Kaklong dah pelik. Hintet?? Lucah jugak bunyik tu. Menda tu hintet? Pastu I tanya la Pakcik tu, ‘Apa pakcik?’. Pakcik tu kata. ‘Hintet hintet’ yang ni. (terus bawak keluar henpon’. Ooooooooooooooo handset!!! Hintet hintet. Mana la nak tau. Hahahahahha. Kuar teksi I dengan Kaklong gelak sampai nanges. Hahaha. Lawak la Pakcik ni.

Pastu kan. Masa Kaklong kerja kat PPTAR dulu, dia ada jiran dia ni. Kalau cakap bahasa Pahang memang pekat habis. Kata jiran dia, ‘motor tu takder se-ge-nay. Bahaya kalau bawak’. Pastu Kaklong tak paham tanya dia. ‘Apa se-ge-nay tu? Pastu kakak jiran tu cakap. Itu ha… Yang lik-lak-lik-lak tu… Oooooo signal! Mampos signal jadik se-ge-nay. Hahahahahhaha.

Dah. Tu jer nak citer.

BTW, semalam birthday Bapak. Yang ke 61 tahun. Happy birthday Bapak!

Kitorang dah buat in-advance birthday dinner masa Ahad lepas. Kitorang makan kat Marche The Curve. Knowing Bapak, dia memang tak suka tau makan jauh-jauh dari umah. Semua nak Ampangggggggggggg jer. Pastu dia tak suka pergi shopping complex. Asyik la main area Ampang jer.

Kitorang pon kalau nak makan ker apa mesti area Ampang. Kalo tak VS Jalan Ampang kitorang akan pergi Bora Ombak. Tak pon Tamarind Spring kat Taman Tar. Nak up sikit dekat Nikko hotel (Skarang dah jadik Inter-Continental). Dah. Tu jer. Dapat bawak Bapak pergi The Curve tu dah syukur sangat dah. Dia habes jauh pon main golf dekat KGPA sana tu. Kalau tak, dah. Ampang jer semua. Memang tak berkembang la otak. Cehenta sangat Bapak dengan Ampang.

Kitorang dapat pergi The Curve tu pon sebab on the way balik dari Subang Airport (Ambik Bapak balik dari Bangkok. Dia ada golf competition. Kata dia menang. Tapi hadiah 1500 bath. Kalau convert ke duit Malaysia jadik dalam RM150 je. Pastu buat beli short dia, 2 pasang baju Shein yang boleh pakai umur setahun habes 1500 bath. Comel kan? Haha).

Nah. Tengok gambar semua ni.



Sebab dah celebrate awal-awal. So semalam Bapak tak sangka la yang dia akan dapat bunga and kek. Kata Bapak, jantung dia macam nak tercabut dapat bunga ngan kek tu. Haha. over. Tapi yang kelakarnya Mak la. Bapak yang dapat surprise, dia yang call I 2 3 kali bagitau tegejut. Pasai apa tak bagi tau mak??? Tetiba nama Mak pon ada sekali dekat bunga tu. Terima kasih…. Nanti kiter makan kek sama-sama bila Su balik kerja nanti na…. T___T Memang tau Mak ni. Ekcited selalu lebih. Macam birthday dia jer.

Cenggitulah orang-orang tua kan? Selalu jer happy kalau anak-anak buat kejutan macam tu. Padahal apa la sangat kek dengan bunga. But itu la yang buat depa happy. Apa yang kiter buat tu, mahal murah belakang kira, yang penting kiter ingat. Kan? Bak kata omputih. The thought that counts.

So, I nak share satu online cake and flower shop ni. Klik sini. I google jer and jumpa website ni. Harga kek ceklat setengah kilo and 6 kuntum bunga ni RM130 jer…. Kek pon sedap. Bunga pon cantik. Kot-kot la tadek masa nak beli kek and beli bunga, mintak jer dorang yang buatkan. Bank in pukul doblas, pukul 2 dah dapat barang tu kat umah. And paling best, dia boleh hantar satu Malaysia tapi ada la extra charge sikit. Tapi apa sangat la extra charge tu kalau di compare dengan senyuman muka Mak Ayah kiter kan?

So, ini gambar semalam petang lepas balik dari kerja. Asyik la nak ambik gambar sampai Bapak kata, ‘Ni bila boleh nak makan kek ni?’ Si Shein pulak kemain mulut uh ah uh ah. Nyonyot-nyonyot bibir macam terliur jer dia tengok kek tu. Poor my baby. Sabar ok sayang? Lagi seminggu jer dah boleh makan solid food. Nanti Mama bagi makan sambal air mata. Haha.



Untuk Bapak. Happy birthday to U. Semoga panjang umur, murah rezeki and bertambah hensem. Pastu kalau boleh bertambah kaya la. Dengan kata-kata dari satu-satunya anak perempuanmu (u have no choice, u kena sayang I sorang jer. haha). Bapak….. NAK UWET!


-eNd-

8 comments:

Anonymous said...

Hai kaksu..baru abis baca blog kaksu dari mulaaa dulu sampai sekarang...ayat best + kelakar,paling best sebab kaksu suke cite pasal makan :P dannn ayat kaksu yang palinggg sy suke ialah, 'bodo nih' hehehe -nadia-

Chooyaya! said...

nadia : so berapa hari baru katam baca semua? hahahaha. ok nadia. terima kasih banyak2 sebab sudi baca blog yg merepek lagi banyak dari info ni. selamat berkenalan. bak duit.

Mimy Hamid said...

aku baca ko sampai tersembur air..su kenapa lawak sengal sangat ko ni....hahahahahahhahaa

Anonymous said...

Seminggu gak la nak khatam kan,now dah bosan sebab takde bahan nak membaca hahaha...haip!bukan kaksu ke kene bagi kite duit?? :P -nadia-

Dibsy N0n0i said...

Kak su abg saz takde adek ke?wakakaka

Dibsy N0n0i said...

Kak su,abg saz ade adek takkkk?wakakaka

Dibsy N0n0i said...

Kak su abg saz takde adek ke?wakakaka

Dibsy N0n0i said...

Kak su abg saz takde adek ke?wakakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...