Friday, June 7, 2013

Bila Hari Jumaat, Semua Orang Akan Beremosi

Assalamualaikum….

Salam Jumaat semua. Amboi. Kemain kan harini semuaaaaa orang pergi kerja ceria jer. Mementang hari Jumaat. Semua orang pon happy. Kan? Kerja sekejap. Nanti pukul doblas setengah dah rehat **rehat. Perkataan ongtua. Ingat ni zaman sekolah ke nak waktu rehat-rehat? Haha. Pastu balik opis dah pukul 3, pukul 5 dah balik. Woo hoo!!!! Esok I balik Jengka. Baru ada kesempatan nak balik. Weekend 2 3 minggu ni banyak sangat aktiviti. Macamkan YB yang baru lepas menang bertanding time pilihanraya kan? Masak la nanti nak balik KL Ahad ni. Sure jalan jem macam dekat Batu Cave waktu Thaipusam.

Jap lagi kang tengahari I dah janji ngan Kaklong, Dyba, Intan & Ira nak makan kat Pavilion. Kitorang nak makan kat Pepper Lunch. Pastu amek makanan jer sebab air sejuk free. Pastu amek yang paling murah. Haha. Kedekut tau bebudak ni? Kitorang ada perjanjian. Seminggu 2 kali jer makan sedap. 3 hari makan murah tak lebih sepuluh ringgit. I kalau dorang kata makan murah mula la dok terbayang ikan keli kat keramat ni. Tempat favorite Intan. Panas lit lit wa cakap lu. Tapi biasa kalau makan kat situ, kena dalam RM6 je sorang, siap boleh order air jagung lagi pastu masing-masing gelabah nak dessert. So pergi la Setiawangsa beli kopok/goreng pisang/apam balik sedap depan kedai tayar tu. Pastu lebih jugak RM10 jadiknya. Baik makan kat JJ Au. Ada aircond T___T


Tu yang tengah tu. Kemain bergaya. Tiap kali dia pakai kain ni pergi kerja, pastu mula la buat tarian salsa depan I. Haha. Dia lupa la tu umur dah 28 tahun.

Ok. Tu mukadimah jer tau?

Harini I nak kongsi cerita pasal kawan I yang baru kehilangan anak dia dalam minggu lepas. I panggil kawan ni as ‘Kak A’ jer la yer?

Kak A baru jer kehilangan anak dia yang umur 6 tahun. Barah otak. Final stage dah. Sakit 3 bulan. Anak lelaki seorang tu jer. Tak silap I anak dia tu sulong. Yang bawah dia dua orang dua-dua pon perempuan. Memula anak dia ceria jer, tadek apapa. Tetiba ada satu hari dia mengadu sakit kepala. Melepek jer memang nampak macam tak larat sangat. So dia bawak pergi hospital pakar and dipendekkan cerita anak dia disahkan ada tumor final stage and cuma keajaiban jer yang boleh menyembuhkan anak dia jika diizinkan Allah.

I follow hari-hari update Kak A ni dekat FB. Dia upload gambar anak dia yang tengah sakit tu. Rasa macam kena rentap hati bila tengok keadaan anak dia yang terbaring, dengan wayar berselirat dekat badan. Berat sungguh dugaan mu Kak A. I tak dapat bayangkan kalau itu terjadi pada I. Anak sakit. And doktor pon dah kata tak boleh buat apapa. Ya Allah sedihnya. Sedang Shein kembong pon, I dah tak tentu arah. Shein nanges I pon nanges. Sama naik nanges dengan Shein dulu. Inikan pulak dalam keadaan anak Kak A macam tu. Nauzubillah.

Anak Kak A akhirnya pergi jugak selepas tiga bulan dia struggle melawan sakit. And lepas pada anak dia meninggal tu, ada la dia up status dekat FB. ‘Rindunya anak Mama… Masuk bilik bilang anak tak cukup sorang. Rupanya anak sorang lagi dah takde. Sedihnya. Mama Rindu….’ Pastu ada lagi satu dia up status, ‘Sepanjang 3 bulan jaga ‘abang’, Mama perasan abang sentiasa berbau wangi…, Mama redha abang pergi. Mama tau abang di tempat yang baik’. Ha. Lebih kurang macam tu la.

Pastu ada ramai yang ucapkan takziah and simpati pada arwah. Dalam banyak-banyak komen tu ada pulak yang bagi nasihat. ‘Jangan diratapi pemergian abang. Bimbang Allah akan tarik syafaat kalau U tak redha’. Terus sentap I baca. I ni hanya kawan pada Kak A pon rasa sedih baca komen tu. Apa la bodoh kurang bijak sangat? I tak nampak pon yang Kak A meratap atas pemergian anak dia. Dia cuma berkongsi rasa, berkongsi pengalaman. Dia kata dia rindu. Itu jer. Ada je orang yang kurang sensitive dengan perasaan IBU yang baru kehilangan anak pergi komen macam tu.

Kata la kalau dia betul nak nasihat, apa salahnya kalau dia persenel meses or call. Banyak lagi cara lain instead of bagi komen terang terangan macam tu.

Tak fikir ker dia apa perasaan Kakak A? Sedih dia. Kesian sangat… Anak meninggal. Boleh imagine tak macam mana perasaan dia? There’s always a way untuk nasihatkan orang tanpa melukakan hati mereka. I paling tak berkenan kalau orang nasihatkan menggunakan social network. Komen kat FB. Kondem kat blog. Komen kat gambar IG. Tak boleh nak nasihat secara senyap ker? Melukakan hati orang lain tu pon dah berdosa. Pastu kalau ada apapa yang free hair woman cakap yang baik-baik nanti ada lah yang komen kata ‘Eleh, tudung pon pakai tak sempurna lagi nak bercakap mcm la ko tu baik sangat. Pakai tudung dula la baru cerita’. Cenggitu T___T

Mudah sangat nak judge orang kan? Pastu mana gambar yang tak relate pon nak dibahasakan jugak. Bukan ker ada cara yang lebih baik untuk menasihatkan orang lain (yang kiter fikir dia tu tak betul) supaya tidak mengaibkan dia. Ingat tau? Kalau kita jaga aib orang lain, Allah akan lebih jaga aib kiter jugak. Ini nasihat also goes to me :)

Oh. Yang curious pasal gambar pregnancy test dekat FB and IG I tu, kikiki. Sajer nak buat gempak. Itu untuk Ira la. Si perantin baru tu. Dia dok la muntah tiap kali makan. Pastu asyik makan. Pastu badan penat. Mengadu dari hari Isnin. Tu semalam I dengan Dyba belikan dia. Tapi tak mengandung pon Ira. False alarm.

Kata Dyba, beli pregnancy test yang paling murah. Sebab. Ini semua kos. Haha

Maybe sebab dia penat sangat kot? Pengantin baru kan? Hari-hari masak macam nak makan 10 orang kat umah. Mana tak penat. I rasa semua yang baru kawen ada semangat nak masak kat umah hari-hari. Lepas sebulan. Dah. Makan jer kat luar. Takder der nak masak-masak dah ker apa.


Ira. Tuan punya pregnancy test.

So, sekian la sahaja cerita untuk hari ni.

Macam tu je ending dia? Sekian sahaja. Haha. Tadek penutup. Bodo nih!

Bye.

-EnD-

11 comments:

CPI said...

Ya Tuhan betul sgt tu kak su.. pelik btul org2 cmni.. klu rase x brkenan ke ape ke diam x boleh ke kan? mengeletik plak dia nk mengkomen.. sakit no hati kau kan? benci

mcm ade nana bace kat fb nana tu... adw kwn ni jual telekung warna warni tu.. skali ade pomp mane tah komen... i mmg tak suka telekung mcm ni.. kan elok putih je.. yadda yadda *byk lg la komennye*


masalahnye perlu ke kau komen?

tak pepasal i dah meroyan kat belog kak su dah hahahahah

Chooyaya! said...

CPI : itu la yang kaksu cuba campaikan. dah kalau tadek menda molek nak cakap, elok la diam jer... kan? dari mengguris perasaan orang lain. itu kan tak berapa bagus jugak. unless kalau kenal rapat tahap cium mulut. ha. itu lain cerita.

beta kupu said...

Pergh pnjg berjela-jela bebel kak su arini yek? haha btw ska sgt dgn tagline kak su 'bodo nih' rsa cam kongajo + cute! acaner tu?! haha

Chooyaya! said...

beta kupu : ha a. kaksu ada mood nak membebel harini. hahaha. tagline tu kawan kaksu suka cakap. yatie nama dia. sama bengong ngan kaksu. dia orang JB. gigi dia besar.

Anonymous said...

org jengka juga..

jom pergi pasar malam, beli coconut shake.. hihi..esok pun kita balik jengka juga yeayy

Anonymous said...

su...sompek lae ekau ngato kawan ekau tu GIGI EH BOSA...huarggg...sumpah lawak ekau ni su

Shaheera Ibrahim said...

haha kelakarlah kak su ni.. baru start follow citer citer kak su ni.. kalau ada Like utk komen kak su tu.. mesti semuanya kita dah Like.. chaiyok chaiyok kak chooyayaa!! :D

Shaheera Ibrahim said...

Kelakar laa kak su ni.. baru jumpa blog kak su ni.. then terus jatuh cinta (utk membaca yee.. :D) best best.. caiyok caiyok kak chooyaya!! :D Lagi satu, kalau ada Like utk komen kak su tu..dah lama kita Like semuaa..hehehe

Nur Zulya said...

ada yang suka jugde tak kena tempat.seboleh-bolehnya nak korek kesalahan biar pun kecik je.betul Su,kalau niat nak tegur,kan elok orang tu pm je.tak payah nak aibkan diri sndiri dan orang lain.huhuhu.tensen baca kekadang.hahaha

sharika lincoln said...

Su mmg ada makhluk2 yg mental cm gitu ikut sedap mulut sedap jari je nk komen.....cuba kena kt diri sendiri tgk acanerrr

sharika lincoln said...

Su mmg ada makhluk2 yg mental cm gitu ikut sedap mulut sedap jari je nk komen.....cuba kena kt diri sendiri tgk acanerrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...