Assalamualaikum.
Malam tadi kan? Masa Shein tengah kedip-kedip mata dia sebab mamai nak tido I pandang jer muka dia. Pastu peluk dia erat-erat lepas tu sebak. Sebab Alhamdulillah Shein senang nak jaga. Rasa macam, ‘Anak, terima kasih sebab tak menyusahkan Mama sepanjang hampir 6 bulan kiter bersama (except for masa dia sebelum dua bulan yang tak reti nak beza siang malam tu la woh!) Eh. Kira aci ker nak puji anak sendirik ni? Ah. Lantakkan ajer. Nak gak cerita pasal Shein. Haha.
Duuuuulu masa Shein dalam pantang yang I selalu ngadu cakap pasal dia tanak tido malam yang I jadik zomba tu kan? I rasa kalau I bubuh dia dalam buai awal-awal tadek la pinggang patah 18 sebab asyik kena buai dia dalam dakapan. Sebab Papa Shein gigih taknak benarkan Shein duduk dalam buai and I sendiri tadek pengalaman handle anak dengan buai and takot kalau Shein jadik too attach sangat dengan buai maka lambat sikit la Shein berbuai so banyak masa I habiskan dengan mengendong dia sebab Shein jenis kalau tido, kalau tak berenjut tak lena (Boys. Suka nak berenjut jer) **rolling eyes. Haha.
Masa dekat-dekat dua bulan baru la I beli buai elektrik and lama la sikit Shein tido. Kalau tak 10 menet dah jaga. I ingat lepas tu Shein nak tido dalam buai jer, tapi tadek pulak. Tepuk sikit-sikit dia tido la sendiri. Sekarang lagi terror. Kalau mata dia dah kebil-kebil. I tinggal minum air sekejap kat dapur, datang bilik balik dah setel. Hari Sabtu lagi la kelakar Shein dengan Sazli. Memula I dengar dua dua gelak bukan main dalam bilik. Lama la aktiviti tu berterusan. Ada setengah jam. Skali tetiba jer diam. Pelik. I masuk bilik, molek la sangat berdua tu dah tido. Hahaha. Comel giler. Pastu Sazli bangun dulu dari Shein. Pastu keluar-keluar bilik dia tunjuk tanda shhhh kat I. Kata dia. Shein lena tido, Papa tidurkan. Pastu kata I. ‘U, U dulu tido sebelum Shein. Shein yang tidokan U, bukan U tidokan Shein. Jangan nak perasan’. Haha.
Shein setakat ni memang behave jer… Bawak keluar berjalan pon senang. Dia dah nak duduk dalam stroller. Bagi la mainan apapa nanti dia khayal la. Duduk la dalam stroller tu. Dia bosan mintak la dukung kejap. Lapar kalo, sumbat susu. Kalo ngantok, cranky la semenet dua. Tepuk-tepuk dah tido. Senang.
Macam masa malam yang Poja bertunang dekat Bora Asmara Sabtu lepas. I dok risau. Shein ni macam mana la nanti. Ok ker dia. Mengamok ker dia nanti. Skali ok jer. Sebok excited tengok lampu. Dia lapar, I bagi susu. Lepas charge bateri ajak la nyembang pulak. Pastu dekat pukul 11.30 mata widely open lagi. Sampai bebudak kru Astro Awani tanya, Shein ni tak ngamok plak eh nak tido ker apa. Elok jer dia. I pon dalam dok borak-borak skali tengok dia dalam stroller dah selamat. Dah tido.
so, bila memikirkan yang Allah bagi kesenangan I jaga Shein macam ni, syukurnya…. Ada orang tua-tua cakap, kalau time mengandung mabok teruk, nanti bila dah bersalin, jadik mudah nak jaga anak. So, I rasa teori tu dengan I memang menjadik la. Masa mengandung mabok kaw-kaw sampai semilan bulan! Sampai serik la nak mabok-mabok cenggini lagi. Tapi bila Shein lahir Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Untuk Shein. Terima kasih sayang sebab hadir dalam hidup Mama. Tak pernah rasa rindu angau macam ni. Bechehenta pon tak rasa syok feeling macam ni. Siyes tak tipu. Kalau la tau best macam ni ada anak, I nak kawen umur 18. Haha. Tapi kalau 18 tahun dah kawen tu taktau la sebab gatei atau tak sabar nak dapat anak.
Soon, Shein akan mula merangkak. (Mengemas). Berjalan. Berlari. Depan-depan taktau la macam mana sikap dia. Harap-harap dipermudahkan la semua untuk I. And Shein elok jer la sihat dan sempurna tumbesarannya. Shein. Jadik anak yang baik. Molek budi pekertimu. Hormati orang tua. Solat jangan tinggal. Jadi insan yang baik. Sayang pada semua yang sayang pada Shein. Sederhana. Penyayang. Uwaaaa. Shein…. Jangan kawen lagi… Mama tak puas lagi nak manja-manja dengan Shein. Eh eh. Emos pulak. Budak tu enam bulan pon tak lagi dah cakap pasal dia nak kawen. Haha. Bongok.
Sekian.
Yang benar,
Mama yang lately makin hari makin sensitip perasaan macam tissue
Tu la Shein. Ni semua Shein punya pasal
Shein…. Nak uwet!!!
-eNd-
Dengan Abang One Chinoiz and wife. Baik Abang One ni. Dia kerja dengan Rashid Sibir. Sapa yang nak jadik pelakon ker, boleh jumpa dia. Eh. Abang One, ambik Su jer la jadik pelakon. Boleh? Eh. Takper la. I nak jadik pembaca berita jer. Bak kata Poja. 'Ko ni, orng nak jadik pelakon, ko sebok nak jadik pembaca berita'. Haha.
Kata Sazli. Cantiknya kulit Ziela Jalil. Macam kulit Shein. Tapi serius memang in person dia lawa. Dah la lawa, baik pulak tu. Langsung tak sombong. Muka pon kurus. Cantik kan dia?
Untuk Poja & Zhaf. Tahniah diucapkan. Semoga ikatan pertunangan ni jauh dari dugaan and lekas-lekas kawen. I kan, bukan la nak kata Poja ni baik sebab dia kawan I. But she is truly baik orangnya. Dia la yang jaga Mak and arwah ayah dia. Kebajikan anak buah dia tak pernah dia lupakan. Isap rokok, minum arak jauh sekali. Puasa sunat selalu dia buat. Pemurah pulak tu. Dia hormat orang tua and I selalu doa dia jumpa orang yang baik-baik. And tengok la sendiri, baiknya budi pekerti tunang dia...
Haih. tetiba emos lagi skali. Ni nak period lagi sekali ke apa ni? Haha.
Bye.
Last but not least. Gambar dengan bakal pengantin. Benci la kalo dok bergambar sebelah Poja ni. Manjang muka I jadik macam onggaji. Pui!
10 comments:
alhamdulillah Shein budak baik :D. Dan teori mengandung tu, setuju kot dengan diri ini. Sebab Jan mengandung rilek je, takde pun mcm orang mengandung, muntah takde, loya takde..sihat2 aje sepanjang 9 bulan. Tgk2 dah bersalin, BANYAK nye cabaran menjaga si kecik itu..*nangesss
btw, fauziah gous sgt secocok dengan tunangnya. Moga dipanjangkan dan dikekalkan jodoh hingga akhir hayat.
akak nie pembaca berita ke? sorry la akak..sbb sy bru je baca blog akak..sbb ada entry yg lps pun akak ckp nk jd pembaca berita jgak...hehe..just curious:)
suka jugak dgn FG ni, less kontroversi. insyaallah doa baik2 untuk dia. akak ni asyik nak baca berita je, baca kan untuk Shein jelah ! hehee
hahaha kan dh ade yg konpius kasu neh pembaca berita betul atau tak hehe ... adoii la kasu ...
eh tolong baca berita lagi ye dlm keek ... tolong siyes sket yeee hahahahaa .. kim slm intann !
mak sy peminat no.1 cik poja ni...hehehe
jan : ha a jan. rezeki masing2. tp kata orang struggle sekejap jer. nanti dia dah pandai bawak diri semua akan jadik ok :)
anak pakcik azhar : hahahahahaha. tak la. akak berangan jer nak jadik pembaca berita. hahahahaha
mrs yana : untuk shein, hari2 kaksu dah bacakan dia berita. dia pon berita sedih ker, berita gembira pon semua senyummmmmmmmmmmm jer. tak beremosi langsung la mcm ni.
eda : nanti ahhh. kaksu segan la sekarang ni. yang si intan plak nak over shadow kaksu. melampau. padahal dia pon ada keek dia sendiri SEBOK NAK MASUK KEEK ORANG JUGAK
PUTRIESNOORA : DAH TU TAK MINAT KAKSU LA? hahahahaha
Post a Comment