Assalamualaikum…
Tak sangka lagi 29 hari lagi dah
nak raya. Macam sekejap jer masa berlalu. Haha. Over giler kan? Bodoh nih!
Tahun ni first day puasa dengan
Shein. Smalam bukak puasa dekat umah Mak Tok. Orang dah la lapar nak buka puasa,
Baba dia sebok nak ajak tangkap gambar. Bekeping-keping. Last-last Sazli kata, ‘Ni
dah lapar ni. Bila boleh makan?’ Hahahaha. Excited Baba dengan Mak Tok dengan
Shein.
I memang biasa bukak puasa makan
nasik terus. Ongkampong cenggini la. Mesti nak nasik jugak-jugak. I sorang jer
berbuka sungguh-sungguh. Sazli, Bapak and Mak minum air, makan kuih sikit
dengan kurma pastu mahgrib. I? Makan nasik selera jer dengan air belacan. Kata
Mak dia panggil air belacan. Lepas tu bila solat rasa macam nak terkeluar semua
isi perut. Perrghhh!
Resepi? Ok. Macam ni. Lada kecik
dengan lada besar tumbuk kasar sekali dengan belacan. Bawang kecik hiris nipis.
Masuk dalam mangkok, pastu campur dengan lada-ladi (lada-ladi?) yang tumbuk
kasar tadi, pastu masukkan bancuhan air asam jawa and perasakan dengan
ajinomoto dengan garam. Setel. Sedap nak mampos. Kalau ada daging bakar, cicah
air belacan ni. Pengsan padan muke.
Tapi I kan pencinta kicap? Biasa
I campur dengan kicap kipas udang merah. Selera jer makan. Pastu Sazli biasa la
terliur. Dia nak jugak rasa. Sazli selalu terliur kalau I makan nasik. Ni
padahal nasik dengan lauk yang sama dalam pinggan dia. Dia ajak tukar. Kata dia
kenapa I punya nampak sedap? I kata la, sama jer. Taknak tukar. Pastu kata dia,
kalau tanak tukar takper, tapi tolong gaulkan macam I punya, nanti dia suap
sendiri. Tapi biasanya end up aku la yang kena suap sebab kata dia kalau I suap
lagi sedap. Boleh?
Smalam I rasa flat giler lepas
bukak puasa. Shein pulak nak ajak begurau senda. Last-last pukul 10.30pm I
tewas. Naseb la Shein bagi kerjasama tido jugak. Tido la bersempit dua beranak
dekat sofa. Pastu Sazli balik dari trawikh, kesian tengok I agaknya, dia suruh masuk tidur
kat dalam. Bangun pagi tengok kain dah siap sidai 3 trip. Umah dah bersih,
sinki dah setel, susu shein dah topap. Bersih dah! Bagus Papa bagus. I up gaji
U. Anak and bapak bagi kerjasama. I'm bless (sebab dapat tido tak sedar-sedar
sampai ke sahur!)
Ok. Sekian sahaja cerita puasa
kedua untuk hari ini. Kiter akhiri dengan gambar-gambar I dengan Intan dekat
Dewan Merak Kayangan untuk Majlis Bersama Pengerusi Felda malam Isnin lepas.
Gambar tadek kena mengena dengan cerita. Asal boleh jer letak gambar. Haha.
Yang kelakar bodohnya, I kan? Kalau melayan Intan menjadik jer. Konon pakai baju macam pwincess so I banyak la buat catwalk dengan Intan siap berangan jadik pengacara konon-konon sekarang dekat Majlis Anugerah. Intan pon kata, 'Nampaknya malam ni semua orang pakai baju menepati tema. Nampak meriah sangat' Bebel bebel bebel, lepas tu. 'Kiter bersama rakan setugas kiter dibelakang pentas'. Boleh? Kalau dia nak jadik pengacara dekat red carpet jer. I dia suruh jadik pengacara dekat belakang pentas. Aku baju dah lawa-lawa nak suruh duduk belakang pentas. Apa kelas?
Pastu yang kitorang bergelak ketawa, berangan catwalk semua tu. SEMUA TU. Masuk dalam screen besar yang satu dewan boleh nampak. Mana la I nak perasan. Lepas Kak CT Nurbaya (colleague) amek gambar dekat screen and masukkan dalam FB baru la kitorang tau. Mampos!
Esok pagi dekat office boss I cakap, 'Saya nampak Su dalam screen. Jalan macam model. Berangan ker?' Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Bodoh bodoh bodoh! Malu jer. Dah la Boss I jenis alim. Ok. Sekian. Lepas ni tak payah nak jadik usherer ke apa dah. Sebab kalau ada Intan, mampos dah tak boleh nak serius. Sebab kekadang kitorang jugak main Mak Datin-Mak Datin. Heeeee. 'Datin, U tau I beli handbag ni dekat Paris. Murah jer. Doblas ribu.' 'Eh, yer ker? I beli lagi murah dekat London, namblas ribu jer Prada ni'. Gitu. Mampu ko?
Kata Intan, baju dia tu macam orang giler yang kena gari and balut tu. Haha. Sama kan? Tinggal nak pasang gari jer, boleh terus hantar ke Tanjung Rambutan.
I rasa muka I Shein version perempuan. Tu. Yang gambar nombol 1 tu. Kan?
-EnD-
7 comments:
Salam Bu, yang suap2 makan kat Sazli tu betul ke tipu (he he he). Terharu dgr si Sazli tu rajin mengemas,menolong semua yek (apa rahsia? cer cerita citit). Aah memang gambar no.1 tu versi Shein pompuan. Tang bibir atas tu. Alamat memang ngikut la si Shein perangai Bu ni. Tengok gayanya memang ngikut perangai ibunya yang kelakor, kuat nyakat tapi baik hati. I like I like. Bu x buat keek ke masa jadi model belakang pentas tu? Bu akak tengok Bu sangat2 omel bila bertudung cenggitu selalu. ABTO.
Kak mas : Tenkiu kak Mas.. Heeee. keek mestilah ada... nanti su up. Oooo. su ada masukkan dalam instagram. kas mas tadek instagram ker?
kak su ni luculah!haha.anyway, kak su pakai tudung cantik.kemas je..
anon : cantik ker? ok. kalau cantik bak duit. hehe
hahahha bongokkkk kasuu !!!
kan dh masuk dlm screen satu donia felda tau hahaha ...
eeee jgn pakai pink ngn blue dh kasu.... jeles ... hahah a..
ha kan org dh kata shein tu mcm muka kasuuuu ...
As Salam Su.. tudung mmg color block lah.. syabas inspector shahab :)
vongoks nye ayat kaksu yg cakap intan mcm pakai bj wad giler tu...sbb memang macam kan???hahahaha....sabo je la.kaksuuuu, nak beli inner cam kaksu tu jugak....
Post a Comment