Friday, July 12, 2013

Happy Belated Birthday Papa Bubu ! (Belated sungguh ni)

Assalamualaikum..

Harini 12/7/2013 genap umur Shein Iskandar 7 months! Tak sangka sekejap jer masa berlalu. Dari masa mengandung yang I mabok sampai 5 bulan tadek mood nak update blog, sampai la drama nak bersalin bedah, ke drama Shein kembong, I bejaga malam sehingga tidur hanya dua jam sehari, sampai la sekarang Shein dah pandai gurau kasar korek hidung, pastu masukkan tangan yang dia korek hidung dalam mulut I. Bagus anak. Mama dapat rasa masin-masin tu. 

Rasa macam sekejap jer masa berlalu. Serious sekejap. Ni kalau mengandung ni, tak lama dah nak bersalin ni. Membesarkan anak rasa sekejap, melalui saat-saat mabok Ya Allah hazab! Tapi bila tengok muka tak bersalah Shein waktu tumpahkan air pastu siap dia berenang guling-guling atas tikar dia tu sampai lencun satu badan I rasa berbaloi ah mabok yang muntah terjelepok dekat toilet bowl tu.

Bila ada Shein, hari-hari rasa sekejap jer. Macam magic giler! Malam tadi Shein dah tolong I mengemas beg dia, pastu kemas charger laptop sekali. Ha.... Dah pandai mengemas anak Mama. Esok dah pandai sikit tolong Mama lipat kain pulak. Ok Shein? Eh. Taknak ah tolong lipat kain. Tu kerja orang pempuan. Ok takpe. Takpayah tolong. Mama buat sendirik. Haha.

BTW ni I nak update pasal birthday Sazli masa 20/4/2013 haritu. Giler lambat giler nak up. Dah nak masuk 3 bulan baru nak cerita. Haha. Mampos!

Kitorang pergi simple lunch birthday dekat Inter-Continental KL (Dulu Nikko KL) jer sekali dengan Baba and Mak Tok. A day before I amek cuti. Mintak Ira teman I carik birthday prezen untuk Sazli. I belikan dia T-Shirt dengan kasut Ed Hardy. Padahal membebel-bebel tak suka si Sazli pakai baju tengkorak darah-darah tapi bila birthday dia Ed Hardy jugak la yang I pegi. I bawak T-Shirt dia dengan kasut dia sebelah usung masuk butik. Boleh? Haha. Takot tersilap size ker apa dah satu hal nak tukar pulak. Kot nanti bila bawak Sazli, dia pilih T-Shirt yang lengan panjang ada diamond mampos I pergi kerja bulan depan pakai sependa jer kang. 

Patut I bagi esoknya time birthday dia. I simpan dalam bonet kereta. Esok birthday dia baru la nak bagi. Tapi takder der. Hati dah tak tenang. Jubor dah ketar-ketar selagi tak bagi. Pastu malam tu jugak dalam pukul 9 malam I dah surrender. I kata, 'Papa, Bubu nak surprise Papa esok tapi tak tahan. Pegi ambik hadiah Papa dalam kereta'. Boleh? Sazli gelak jer, dia tanya nape tak tunggu esok? Macam la tak kenal bini dia ni jenis tak boleh tahan maka dia pon ambik la paper beg dalam kereta and bersila depan I malu-malu nak bukak hadiah dia.

Bila tengok Ed Hardy, terus mata dia begenang-genang. Shah Rukh Khan sangat Sazli ni tau? Suka buat I sebak. Di peluk-peluk cium kasut dengan T-Shirt yang tak seberapa tu. I kata pada dia, itu jer yang I mampu bagi. Nak ikut taste design T-Shirt yang dia suka (material and design lain) I mungkin makan meggi je sepanjang bulan. Tapi kata dia takper Bubu. Papa suka sangat ni. Kasut ni pon cantik. Yayyy!! Glad he like it. I pon tak sempat nak amek gambar kasut dengan t-shirt tu sebelum dia pakai. Segan. (Segan? Pui!)

Kek pon I tak sempat nak order dekat Huda maka call hotel, suruh dia sediakan kek dari hotel jer. Apa yang ada la. Tak kisah. Janji ada. Maka jadiklah surprise cake untuk Sazli time kitorang tengah makan. Tapi ada yang nyanyi Happy Birthday, ada yang nyanyi Selamat Hari Jadi. Tunggang langgang pekerja hotel nyanyi. I nak gelak pon ada. Haha. Takper la. Janji niat sampai kan?

Untuk Sazli. Selamat Hari Lahir yang ke 31. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, bertambam hemcem, bertambah kaya dan boleh belikan I Prada bulan sepuluh nanti. Haha. Sesambil jer wish pastu ada persenel interest siap. U are my best friend ever! Bubu sayang Papa sampai syurga. Janji lapan kali kiter hidup sama-sama sampai mati. Ok? Janji janji janji janji janji janji janji janji!



A very down to earth Ed Hardy T-shirt yang I beli sempena birthday Sazli. Heeeeeee. Masa ni Shein 4 bulan! Muka macam tak rela jer kenapa Shein? Shein pon pakai Ed-Hardy jugak hari tu. Sama macam Papa. Romper dia tu ada la 2 kali jer dia pakai. Sayang sangat nak bagi pakai sampai sekarang kalo nak pakaikan dah jadik macam balut nangka. Takper. Mama akan wariskan pada adik Shein pulak nanti. InsyaAllah.
Kek dari hotel. Banana chocolate and custard. Sedap!
Antara makanan yang I sempat snap. Buffet. Ada macam-macam. Dari traditional malay cuisine. Western and ke Japanese. Semua ada. Makan sampai pengsan!


Sazli current obsession. Skarang ni member tengah usha-usha Harley Davidson pulak. Kata dia baju dah rock, motor kena la rock jugak. I kata, I ok tapi motor tu jangan nak sama harga dengan Snow White. Or else. I nak kereta lain. Baru adil dunia ni dan semua orang akan gembira.

Dah pakai baju rockers, pastu berangan nak pakai Harley. Nampaknya lambat lagi la dia nak potong rambut. Haha. Takper la rambut panjang pon. Janji dia baik hati and always buat I happy. Semua isteri dalam dunia akan kata suami dia yang terbaik kan? But I sendiri tak boleh bayangkan macam mana my life would be without him. Serious. Dia bukan kaki jeles tak tentu hala. Always respect my privacy dari becinta sampai sekarang tak pernah sekali pon dia pegang and check handphone I. Actually tadek menda pon nak sorok but we both memang macam tu. Tadek nak cek-cek handphone.

Trust each other.

Bila dia nampak I penat, kain dah banyak tak basuh. Dia akan tolong I buat semua. Balik kerja semua dah setel walaupon sidai kain tak ikut spec I. Haha. Siap balik kerja, dia suruh I rehat. Biar dia jaga Shein. Jaga sampai tidur Shein. Pastu kejut I masuk tidur kat dalam bilik. Bangun pagi sinki semua dah setel. Susu Shein siap topap. I'm bless.

Walaupon cuma sekali sekala jer tapi dah cukup buat I bersyukur. Tenkiu Papa.  Akhir kata I sudahi dengan kata-kata magic ini.....Papaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... Nak uwet!

-EnD-

2 comments:

Mimie said...

Kak sue.. kata2 yg atas semua macam terharu gila...bila sampai part last skali tu..potong stim betollll..hahahaahahaha

Anonymous said...

Salam, mata tengah ngantuk tahap baboon ni. Bila baca entri ni buat mata akak segar bugar, gelak sorang2, ketawa sorang2 sampai kuak ayak mater. Tang si Shein korek hidung tu memang x menahan. Ingat dulu x satu entri Bu tanya waktu ngandung berkenaan tahi hidung muahahaha.

p/s : Akak dari tadi asyik dok imagine macam mana rasa jubur terketar2 tu yek? cer cerita.Lawak tul la mu ni Bu. ABTO