Wednesday, July 10, 2013

Selamat Berpuasa!

Assalamualaikum semua nak murid…!

Selamat Hari Raya! Haha. Mampos puasa baru sehari dah selamat hari raya. Hehe. Gurau jer… Tu semua orang, mata jangan nak layu sangat. Pagi benar lagi ni. Anyway, hari ni nak berbuka apa? (Lagi over belum tengah hari dah fikir nak berbuka apa). Melampau kan? Huwaaarghhhhhhhhhhhhhhhhh macam ada gam jer kat mata ni. Apeshal yang ngantuk benar neh? Wargh!  Setan setan go away! Walaupon setan dah kena gari tak kira nak salahkan setan jugak.

Pagi tadi I bangun pukul patsengah. Setelah sekian lama tak masuk dapur, (ada la setahun lebih semenjak yang mengandung tak boleh bau minyak sampai la dah ada Shein ni  ha) baaaru la pagi tadi berkesempatan nak masak. Eleh. Masak la sangat. Padahal goreng telur mata jer pon dengan goreng ikan bilis, angkat. Pastu masuk bawang besar, lada kecik, bawang putih hiris. Tumis. Masuk sos tiram, kicap kipas udang merah dengan air asam jawa plus gula skek. Last skali masukkan ikan bilis goreng garing awal tadi. Siap! Selera benar Sazli makan. I tanya dia, ‘Papa, sedap tak Bubu masak?’ Pastu kata dia, “Sedap sangat Bubu’. Sambil air mata bergenang. Hahah. Sian laki aku.

Ikan bilis kicap dengan sambal air mata berdarah memang I akan kerap makan la sepanjang puasa ni sebab itu jer la yang I selera makan pon. Memang kalau bulan puasa ni menu I merundum jatuh menunduk ke tanah la pendek kata. Makan Ikan bilis jer kau! Mampu? Haha. Giler merendah diri. Haaa. Time ni la selera kampong dot com datang. Takder der Sushi Steak bagai. Itu semua poyo! I memang bulan puasa suka makan kering-kering jer. Takyah kuah-kuah ayam golek bagai. Biasa-biasa jer. Senang and jimat.

Tadi pagi Sazli tanya, ‘Arini Bubu nak bukak puasa apa?’ Pastu I kata ‘Apapa pon boleh Papa’. Siyes tadek specific nak makan apa. Tapi setakat ni la. Pasal kenyang lagi. Karang lagi lima menet kot dah lapar semua aku nak makan. Lembu sekor pon boleh habes mangkali. Ishk Ishk Ishk.

So. Dikesempatan ini I nak ucapkan Selamat Berpuasa untuk semuaaaaaaaaaaa readers Chooyaya Secret Garden tak kira la yang selalu komen ker atau yang silent reader sungguh-sunguh. Semoga puasa kali ini dijalankan dengan penuh sabar dan penuh dengan keberkatan. Amin…

Last but not least, terimalah gambar Shein Iskandar membuta pagi tadi. Sakit jer hati bising-bising kuar masuk bilik, mandi, pastu pasang lampu haram dia nak bangun. Ok? Celik pon tidak. Dapat mana la perangai hantu tidur dia tu. Haha. 


Sepanjang bulan puasa ni, Sazli yang akan hantar Shein pergi sekolah sebab sekolah dia bukak pukul 7.00am. I tak sempat nak hantar sebab I sendiri paling lewat kena kuar pukul 6.45am dari rumah. Kat opis I ni ada 3 option waktu bekerja time Ramadhan. Option pertama masuk 7.30am kuar 4.15pm, option kedua masuk 7.45am kuar 4.30pm and option ketiga masuk pukul 8.00am kuar pukul 4.45pm. I nak masuk option ketiga, kuar option pertama. Tapi boss tak bagi. Kedekut. Nyampah.
 
-EnD-

12 comments:

Anonymous said...

Melopong2 dia tidur ntah apa yang penat sangat tu.Nasib baik dia x bangun waktu orang bersahur. Kalo x haru biru2. Bu, akak suka tengok Keek Bubu, lagi2 kalo ada si Intan kelakor. Latest punya Keek tu suka tengok Bubu panic bila kena pinn pinn.Muahahaha.ABTO

cik wan said...

selamat menyambut bulan Ramadhan jugak kak su..

Chooyaya! said...

Kak Mas YP : Terima kasih kak mas. kak mas ni sayang su ker sayang intan? **merajuk

Chooyaya! said...

cikwan : selamat berpuasa cikwan :) nak uweeettt

Ibu Dhia Danial said...

ayat last kak su mmg berdekah la kite ketawa d buatnye.. hahahaha

anw happy ramadhan kak sue.. shein bestnye tdo x sedar.. anak kite dgr bunyi sikit pun dah terkejut..

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Selamat berpuasa!!!
Sy lg la...blm sahur sblm tdur dah tnya laki esok 'sungkai'(buka posa) mau masak apa ya????
Laki jwb...puasa pn blm suda igt mknn sungkai..hihiks...
Bby shein smakin montok la..gerammmm

rina_mazlan said...

Selamat berpuasa dear... *nguah* ngantok nak tido.

PutriesNoora said...

hahaha..klakar option kak sue nak tu..hehehe..selamat berpuasa kak sue!

Chooyaya! said...

ibu dhia : selamat berpuasa! ayat last tu ikhlas tau? ikhlas daru hati.

Chooyaya! said...

qaeh : yes! ada geng! hahahahah. bersahur pon blom dah fikir nak buka apa kan?

Chooyaya! said...

rina mazlan : selamat berpuasa!

Chooyaya! said...

putriesnoora : selamat berpuasa. nak uwet!