Tuesday, July 2, 2013

Dengan rendah diri, I presenting my new baby... Pink Daisy Collection

Assalamualaikum...

I kan, selalu rasa nak buat orang yang dekat dengan I, basically family and close friends to be happy. Selagi I mampu. Sebab I percaya kalau kiter buat orang lain happy, Allah akan bagi kiter happy jugak one day dengan cara yang tak disangka-sangka OR kiter akan mendapat pertolongan pada masa kiter betul-betul dalam kesusahan dan diberikan hati yang lapang ATAUPUN dapat uweet dengan cara yang tak disangka-sangka macam... Tetiba duit turun dari langit ke? 

Haha. Gurau jerrrr. Ayat first dah nampak sipi-sipi macam pakar motivasi tapi nak last-last ada jer unsur merepek. Yer la kan? Tak merepek, tak Suraya Sulatin la pulak. *Libas rambut

I nak cerita pasal kakak I. Nama dia Suhaida. I panggil dia De. Mak pulak panggil dia Taik Kude. Sian De. Tetiba jadik taik kuda.  Jangan tanya macam mana dapat nama tu sebab itu kan kuasa veto Mak, maka sesuka hati dia la nak panggil nama apa kan? Dia akak number tiga I, lepas Kaklong, Suzalina atau Mak panggil Gona and arwah Kak Ngah, Suhani atau Mak panggil Ros (kurus). Oh. Nak tau nama manja I jugak ker? Orang kampung panggil Adik/Dik Cik. Mak panggil Kocheeeeeppppp macam tu. Sebab apa Dik Cik padahal sekarang gemok bukan main sebab Adik Kecik. Adik paling kecik. Dah. Jangan nak tak puas hati ker apa dengan nama panggilan yang tak tally dengan tubuh badan tu.

Dulu De kerja Alps. Dia jadik 'Line Leader'. Merasa la pergi Jepun, China business trip. De I ni jenis pemalu, tapi tegas. Pemalu sangat sampai nak cakap pon biasa suara memang low pitch. Kalau dia marah atau jerit mesti ada getar-getar sikit suara dia. Haha. Memang tak boleh masuk Akedemi Fantasia. De ni rapat dengan Arwah Ayah since arwah yang ambik/hantar anak dia pergi sekolah kalau dia kerja. Boleh kata, career dia agak stabil. Kalau tak, tadek la melawan dengan I. Minyak wangi Estee Lauder kiter, Estee Lauder la dia. Mekap Mac kiter, Mac jugak la dia siap kekadang up sikit beli baju dekat Zara sampai tiga pat ratus sepasang. Aku pon pikir dua tiga kali nak beli baju mahal-mahal. Makan mahal takper. Tu lain punya kepuasan.

Sampai la arwah ayah I meninggal De terpaksa berhenti kerja sebab siapa lagi la nak uruskan anak-anak dia ke sekolah kan? I respek pada pengorbanan dia sebagai emak dan isteri. Waktu dia memula ambik/hantar anak dia pergi sekolah naik motor, rentung habes kulit dia. I gelak bila tengok De dah terbakar tapi deep down I rasa kesian. 

Kesian sebab rupa dia dah jadik cenggitu and kesian jugak sebab dia sendiri dah kurang pendapatan dan tak boleh nak berbelanja macam dulu-dulu. De ni I tau dia jenis menyimpan. Memang ada banyak duit tapi jenis berjaga-jaga unlike me kalau ada duit dalam bank, jam-jam tu nak habeskan semua. Haha. I ni jenis kata la ada duit dalam bank RM50. Maka sekarang baru tengah bulan. Patut makan kena la catu-catu sikit tapi I tidak. Kalo haritu tingin nak makan sushi bento harga RM45 I tetap akan makan walaupon sedar duit dah tak cukup and kebarangkalian nak makan kaki esok-esok sebab kalau makan kaki kan free tapayah bayar. Cenggitu. Duit habes takper, janji puas. Tapi tu contoh jer la.

De lain. Dia jenis menyimpan. Memang bagus giler. Jenis menyimpan macam ongdolu-dolu. Simpan bawah tikar getah. Skali selak, nah amek kau pat lima ratus ada. Dah bau getah dah pon. Giler bapak lama simpan. I kalau spend duit, duit panas garing-garing kuar bank ada la selamat kat tangan dalam sehari. Haha.

De memang simpan impian nak ada kedai sendiri sejak dari dia berenti kerja lagi. Tapi ada jer halangan. Sementara nak ada kedai sendiri tu dia penah la jual nasik lemak. Time tu banyak jugak dia dapat collect. Dapat la tujuh lapan ratus untung bersih sebulan tapi memang penat I tengok dia. I pon pernah balik kampung awal-awal dari KL sebab nak tolong De meniaga sama. De yang jenis pemalu ni, boleh jual nasik lemak. Seriously I rasa kalau nak jual nasik lemak memang kena ada semangat yang tinggi. I? I dont think I can do it. Lama jugak la dia jual nasik lemak sampai after sometime, dia berhenti.

And sebagai Adik, I rasa sedih bila ada yang menyampaikan pada I yang orang ketawakan dia jual nasik lemak. Yang menyedihkan, kawan I sendiri. Kenapa eh manusia ni selalu ada rasa benci/tak puas hati dengan orang lain? Jual nasik lemak pon orang boleh pelecehkan kakak I. Tau tak manusia yang sorang tu hati dia sangat tulus? Serious I rasa kalau korang kenal De, memang personality dia berbeza dengan I. Dia lemah lembut. I kasar. So U boleh bayangkan tak macam mana I rasa sedih bila ada orang mengata De macam tu. Takper De. Orang hina nko. Allah ada.

Rezeki De, baru-baru ni ada satu kedai kosng dekat Bandar Pusat Jengka atau sekarang orang panggil Bandar Tun Razak. Orang tu tanya pada Abang Halim (suami De) kot-kot nak meniaga ker and De la orang yang paling happy sekali. De kata dia nak meniaga kain tudung. Dia nak ajak kawan dia untuk jadik business partner. I seriously rasa risau kalau De nak kongsi dengan kawan dia sebab we dont know. Kawan pon boleh jadik lawan kalau dah share-share meniaga ni kalau tak kena gaya.

De a little bit down. Dia kata dia macam takot nak start alone. Bayar sewa kedai, upah pekerja. Sebab dia rasa macam total amount tu a bit high. Sian De. I nampak dia sedih. Hurmmm...

Lepas I fikir-fikir, I setuju share dengan De. Untuk bukak kedai tudung macam yang De impikan. Ekspresi muka De time I bagitau I boleh share dengan dia? Priceless. Tapi I dah bagitau De yang I seriously tak boleh nak bagi full commitment. I duduk KL and De pulak duduk dekat Pahang. So urusan kedai and semua-semua (since we start from scratch) dia yang kena uruskan. Kata De dia tak kisah as long as I ada sama.

Lepas semua urusan bersihkan kedai, daftar Syarikat and segala mala tok nenek yang I tak pernah tau maka jeng jeng jeng! Terhasillah Pink Daisy Collection! Seriously bila De happy, I rasa tumpang happy dengan dia. I harap I boleh buat De happy and I doa supaya perniagan kecik De dengan I ni berjalan lancar. I takder pengalaman meniaga sebab seriously I sediri tak sangka yang I boleh share dengan De untuk bukak kedai kecik comel ni.

Ada la yang tak berapa nak suntik semangat macam 'Kenapa bukak kedai tudung, kan dah banyak kedai tudung dekat Bandar Pusat ni? Or something like boleh laku ker?' Tapi De kata, dia dengar masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Takper. Dia percaya pada rezeki masing-masing yang Allah dah tetapkan. And guess what? Sales untuk hari Ahad dengan Isnin dah boleh cover sewa kedai! Syukur Al-hamdulillah....

I plan untuk buat online jugak anytime soon. I akan cuba manage time I memandangkan I bukan sahaja Mama Shein, Isteri Sazli dan pekerja berdedikasi opis I tapi jugak Power Rangers Kuning. Remember? Kan ker bizi tu I nak menyelamatkan dunia dari resaksa jahat jugak but I will learn slowly. Nak pulak ada cadangan suruh I jadik model Kain Tudung I sendiri. Haha. Bagos! Aku punya produk, aku model. Tak macam giler kuasa ker?

Ha.... Panjang lebar kan cerita asal usul Pink Daisy Collection ni? So dekat sini I nak mintak sokongan pada readers blog ni tak kira la secara terang-terangan (macam Eda, Nonoi, Kak Mas Yong Peng, Zareen, Diana Ramli, Kak Yus dan semua-semua lah) serta yang mengikut secara sembunyi-sembunyi supaya boleh like page Pink Daisy Collection tu dekat sini. Dan kalau boleh panjang-pajangkan pada kawan-kawan ye? Tapi kedai kecik jer tau? Bukan butik ker apa. Serius kecik jer tapi cukup la macam ni dulu. Mana tau esok-esok ada rezeki lebih boleh bukak kedai besar sikit.

Pink Daisy Collection ada pelbagai jenis tudung rekaan terkini yang semestinya berkualiti dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Sekarang ni pon tengah ada promotion. Sebarang pembelian RM50 dan keatas anda akan dapat shawl percuma (selagi stok masih ada). Pastu pulak kalau ada yang nak custom made tudung pon kiter boleh buat jugak :)


Sebahagian dari koleksi tudung dekat kedai comel kiter. Ada Chiffon Three Layer, ada bawal manik, bawal sulam, ikan bawal, ikan patin. Haha. Ada macam-macam jenis la. I pon tak hafal. Tu tauke besar (De) tengah gigih study malam ni nak hafal tudung and jenis tudung. Bagus. Tudung kanak-kanak pon ada. Omel-omel semuanya. Boleh la beli untuk pakai raya. Kalau nak beli pakai kat rumah pon boleh jer. Haha.


Yang ni pulak shawl dengan inner. Inner yang ramai pm I dekat FB tanya macam mana inner terbentuk cantik tu, ada dekat kedai ni. Datang beli sorang sepuluh ok?

Nanti kalau I dah start buat online booking I akan update either dekat FB I atau dekat page Pink Daisy Collection sendiri. Kalau ada apapa cadangan yang bagus pon boleh jer kalau nak share dengan I. I terima dengan hati yang terbuka :) Email I dekat surayasulatin[at]gmail[dot]com ok?

Lokasi kedai dekat area Sakan. Sebaris dengan kedai makan and bersebelahan dengan Kedai Kek EMCC. Tau tak? Map? Haha. Tadek. Tak sempat nak buat lagi.

Sekian. Terima Kasih.

Yang Benar,
Suhaida & Suraya on behalf of Pink Daisy Collection
gituuuuuuuuuu....

-EnD-

P/s : De la ni. Comel benar dia. Orang mintak gambar banyak-banyak dia eksyen kata bizi dekat kedai. Dah la bagi gambar pon gegar-gegar. Lepas tapis-tapis ni je yang boleh pakai. Haha. Ada kesempatan I update yang lain ok?

7 comments:

eda said...

dh likeeeeeee dhhh ...... ~~
nak shawl preeeee hehe ...

ijan said...

Tahniah! Dah like the page..and I will support u lah, Su.

Jan kan hantu online shopping, kikikik. kita support member!

Lagipun, dah nampak tudung yang berkenan..hiks

ijan said...

dah like!

Jan akan support member!

Dah nampak dah tudung yang diminati..huhu

Gud luck, Pink Daisy

Dibsy N0n0i said...

Kita kan kalau lambat baca blog kak su macam ala lambat baca,over kan.hahaha.kalau dah buat on9,aade duit lebih kite beli okay?takpun mama shein belanja,camnilah melayu cane nak maju kann?semua nak free.hahahaha

Dibsy N0n0i said...

Kita kan kalau lambat baca blog kak su macam ala lambat baca,over kan.hahaha.kalau dah buat on9,aade duit lebih kite beli okay?takpun mama shein belanja,camnilah melayu cane nak maju kann?semua nak free.hahahaha

Unknown said...

xper kak..biaq lar org hina ..kutuk kita...asalkan kita buat kerja yang halal...:)

Chooyaya! said...

tq ida, noi, jan. semua orang dah beli tudung pink daisy collection EDA JER TAK LAGI. GRRRRR