Monday, July 29, 2013

Durian Durian Durian!

Assalamualaikum..

Masa balik kerja hari Jumaat haritu kan kan kan? I nampak ada orang jual durian oren dekat simpang umah. Menggelupur nak benti beli tapi takot lambat pulak sebab dah janji dengan Sazli haritu nak bukak puasa dekat umah Tok Che Amah.

Pastu bila Sazli balik, I kata. ‘U, boleh bagi I 2 menet tak? I ada menda nak cakap’. Haha. Sazli saspen jer. Pastu I bagitau nak beli durian dekat simpang tu. Member dok ingat ada la menda penting nak cakap, RUPANYA PASAL DURIAN JER POOONNN… *libas rambut

I memang tetiba naik hantu tingin makan durian sampai, tak cukup dengan durian crepe gemok I paksa Huda buat (yang tak sempat nak makan tu pon) Lagi I nak makan durian fresh. Haha.

Sebelum pergi Umah Tok, I pon beli la durian tu. Nama dia Durian IOI. Apa la nama macam jenama ladang kelapa sawit je aku dengar. Ada yang cakap durian 101. Harga dia RM10/sekilo. I beli la sebijik jer. Tak boleh tamak kalau nak makan durian ni. Amalam syaitan (kedekut padahal).

Timbang-timbang. Abang durian kata 2.5kg. So sebijik RM25.00 la.

I mintak dia kupas siap-siap. Senang nak makan. Dapat la sepinggan. I kata, ‘Bang, boleh tak kalau nak beli isi jer?’ Pastu Abang tu melawan ok? Kata dia. ‘Adik ni nak beli mengalahkan Askar Jepun zaman dulu. Kejam. Haha.’ Kedekut! Sapa ntah nak makan kulit durian tu. Sebab yang berat tu kan kulit dia ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

Masa sampai dekat rumah Tok. Sedang elok, Mak buat pulut kukus sebab nak makan dengan ikan masin and kelapa (macam pelik jer combination ni?) Pastu I tumpang sekaki la makan pulut durian. Kebetulan santan memang ada. Tinggal nak masak jer. Sebab rumah Tok tu, takat ni kalau kiter nak makan menda ad-hoc memang jarang la yang takder. Manjang ada jer. Kecuali nak makan sashimi memang la takde. Tampar nak?

Malam tu I berasa sungguh puas hati dapat makan durian dengan gembiranya.. Paling puas hati bila malam tu tak boleh nak tidur pasal batok. Sebab durian panas. Campur dengan pulut jadik sejuk. Minum air satu jug pon sejuk. Itu yang batok dah macam pesakit tibi.

Batok pon batuk la. Janji puas hati.

-EnD-


Durian IOI. Pengsan.

 

A symphony of Durian Crepe by Huda. Boleh jer kalau nak order. Sapa yang teringin. 


Drollinggggggg

1 comment:

nurul said...

kak...pulut makan dgn ikan masin + kelapa tu bukan terengganu punya style ke. sbb pernah gi umah mak kepada kak ipar kat ganu. dia hidang pulut cenggitu. terkebil2 saya tgk nak makan dgn apa. sekali dia sua ikan masin + kelapa. terkulat2 pulak saya nak makan =P yela masa tu dah 20 tahun hidup 1st time makan pulut camtu.

pastu makcik tu perasan kot saya kepelikan dia explain la napa mkn cmtu. katanya senang & cepat. takyah nak menumis bagai.