Tuesday, July 30, 2013

Tips Nak Calmkan Baby Yang Cranky

Assalamualaikum..

Lagi berapa hari eh nak raya? Tak lama dah kan? Sedih pulak rasa. Pejam celik pejam celik dah nak raya. I kan, really looking forward nak raya tahun ni. Special sebab ada Shein and sebab I rasa raya tahun ni akan member seribu kenangan manis pada I. (Ayat novel tros keluar). 

Doa la yer semoga raya tahun ni bagi kenangan manis bukan sajer untuk I tapi untuk anda semua tak kira dimana sahaja anda berada. Baca ni ala-ala Ras Adiba Radzi ok?

Idola tu…….Kan dia pembaca berita? Jangan nak buat-buat lupa cita-cita I. Haha.

Ok. Harini I nak kongsi tips macam mana nak bagi baby calm waktu dia tengah menangis beria sampai macam nak terkeluar anak tekak. Sebabnya Si Shein ni la. Nak tumbuh gigi agaknya, Cranky jer manjang. Sian dia. I sampai tahap bila dia nanges, letak depan I pastu tanya, 'Shein.. Shein nak apa lagi sekarang ni? Cuba bagitau Mama.' Skali Shein kata, ‘Tanak apa Mama, nak M6 jer’. Haaa. Mampos ko kat situ. Padan Muka.

Semalam I ada call Dr. Adrian tanya pasal Shein. Kata dia Shein mungkin tak selesa. Mungkin nak pandai merangkak. Mungkin nak tumbuh gigi. Mungkin sakit perut and macam-macam mungkin lagi. Boleh bagi paracetamol untuk bagi dia selesa sikit. 

Yes. I tau ada Mommies yang tak berapa suka bagi ubat pada baby. For me, selagi dia tak harm my baby and bagi dia selesa. I ok. Sebab yang bagi pon Doktor kan? Dia mestilah tau apa yang terbaik untuk baby.

Dah kalau kiter tak percaya pada dia, baik tak payah dia jadik doktor kan? Baik jadik Pembaca Berita lagi senang.

I also dapat advice dari Paed friend (Biasalah paranoid. Selagi ada kawan doktor semua nak refer) kata dia macam ni.. Malas pulak I nak taip balik. Copy paste jer la. Haha.

‘Cuba masa dia tidur nanti you cek gusi dia. ada tanda-tanda nak tumbuh gigi tak? kalau tak ada tengok result lepas you bagi paracetamol ni, kalau still same bawak la jumpa paed dia. 

Dari segi poops dia normal la tu. kalau sakit sebab oleh milk/foods, poops dia akan keras. kalau texture terlampau cair/lembik tu boleh jadi sebab panas dalam atau masalah lain. yang I cakap ni untuk 6-12 month. 

You ada tukar diet shein ke dari segi foods? tapi cuaca kalau panas sangat pun tak elok untuk baby. haze ada lagi ke?'

I bagitau Shein punya poops tu sebab kekadang baby nanges tak selesa sebab sakit perut. Macam mana nak tau, kiter boleh cek poops dia macam mana. Keras ker, cair ker atau solid. So far poops Shein normal. Semenjak dua menjak ni memang hobi I dah bertukar dari makan dan tido kepada tengok poops Shein. Hebat tak hebat penangan anak. Pasal poops pon boleh buat kite happy. Kan?

Geli pulak nak br poops poops. Taik sudah. Haha.

Ok. Back to petua orang Jepun macam mana nak calmkan baby bila dia nanges kan? I dapat ni dari FB and I dah try dekat Shein. Hasil dia agak bongok tapi menjadik jugak. I nak gelak pon ada time tengah taip ni. Haha.

Macam ni. Kiter ambik air. Masukkan dalam mulut. Lepas tu buat macam bunyik bubble tu. Nanti automatic baby akan diam sebab dia bajet dia ada dalam perut Mak dia lagi sebab masa dalam perut, bunyik tu la yang buat dia diam. Bunyik air mengalir menggelegak macam tu.

Penah masuk kolam pastu tahan napas tak? Tau kan macam mana bunyik air kan? Ha.. Bunyik macam tu la.

So semalam bila I buat macam tu, Shein pandang I pastu senyum. Awwwww comel sangat Shein. Dah senyum dia gelak. Tapi memang dia berenti la merengek. Macam dia nak cakap pada I. ‘Mama dah kenapa Mama?’ Haha. Pastu Sazli tanya Shein, ‘Shein ingat lagi ke macam mana bunyik dalam perut Mama?’

Pastu I buat sampai habes la satu botol air. Sebab banyak telan. Nak naik kembong perut I. Sendawa tros keluar air sebab perut penuh dengan air. Sampai nak muntah buat macam tu tak ok jugak kan? Shein pulak nampak macam syok jer.

Tak boleh jadik. I guna method lain.

I bukak YouTube and I search. Sound of river, sound of rain. Bila bukak jer. Terus Shein nyonyot jari lepas tu lena. Its work baby! Jangan nak kata Shein, I sendiri bila dengar tu rasa macam aman damai ngantuk jer. Bilik wangi sebab pasang air purifier, aircond sejuk. Lampu malap-malap and dengar pulak sound sungai and hujan rintik-rintik. Nikmat.

So, kepada Ibu-Ibu yang menghadapi masalah baby cranky boleh cuba la cara ni. Menurut kajian Orang Jepun, 8 out 10 babies akan senyap bila dengar bunyik air ni.

Good luck! Tapi jangan la Baby mengamok tak tidur-tidur tapi kiter pulak yang terlena tak ingat donia. Aku tampar kang.

-End-



Demi mu anak, dagu dabel pon Mama rela


8 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

wah, betul jugak kan method ni. sebab mmg dari dia sperm & ovum lg dah duk berenang dalam air. kena try nanti

Jan@Afzan said...

hihi..nampak mcm x caya je method ni berjaya..Tapi semalam, Jan try teguk air, pastu buat gulp2x..baby Jan terdiam jap tgk Jan, pastu senyum...hihihi. DAN of coz, dua kali teguk je, terus teringat Su kata, kang kembung perut...hahaha

Jan try download sound of ombak.. Play it.. Dan he stopped dan listen to it.

BUT, jan buat semua ni time baby tak nangis...kikiki.

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue.
Masa baca tajuk mmg dah bajet nak bagi petua ni. Sekali Sue mmg Bijak la..
Ok lah tuh minum aiq banyak,kan.. kata 2 liter perday :P
Klu orang cina kan pasang iaq terjun dalam umah.. umah yg ada aiq mengaliaq katanya feng shui baik... ntah lah..
apa kata beli aquarium, boh dalam bilik, ada bunyi aiq ngaliaq,kan.. sesambil cuci mata.. nak beli aiq terjun mini, takut si Teruna tu terjun plk :)
Good luck...
Selamat Hari Raya na....

yatiyahya said...

xper..i suka dagu u....kluk..kluk...kluk...kalau ari raya masak ayam turki sedap tak kobes?

missalongwani said...

hahahhahah..aah..menjadi kan teknik tuh...tp..jenuh la nak menyedut air sokmo kak su eh..hahahha

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

eda said...

wahhh kasu .. terer bangat nehhh .. leh tambah lg 5 adik2 shein neh ... pis of kek gtu ....

Anonymous said...

hi im your silent reader...i guess since few years ago :) untung la kak su dapat peminat loyal macam i ni :) seriuosly, bila takde mood or tension i need to read your blog. and i couldnt imagine how abang saz boleh cool jer ngan kak su punye gila-gila ek?hahhaha like tis entry, funny to max as usual.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...