Wednesday, July 17, 2013

Ongtue!

Assalamualaikum..

Harini I nak cerita pasal topik ngek sikit. Orang bulan puasa cerita pasal nak sahur apa, nak berbuka apa atau share tazkirah, aku cerita pasal menda bangang. Lantak. Haha. Sebab biasa kalau bulan puasa ni urat perut kan ker tegang, so kiter bagi la relief skek ok?

Menda ni ialah pasal perbualan yang selalu I dengan bebudak ni borak dekat office. Memasing adaaaaa jer modal kalau bab nak mengenakan/mengutuk orang. Ni semua bermula dari Intan la. Dia tu kalau orang silap cakap sikit or mana perbuatan nampak pelik laju jer nak komen.

Yang terbaru ni kitorang cakap pasal 'ayat orang tua'. Antara contoh ayat.
  • Pegawai - 'Fizul dengan Dyba Pegawai kan?' Haha. Orang tua jer cakap pegawai. Orang muda remaja sebut officer. 

  • Steno (secretary) - 'Intan, Suraya tu steno CEO kan?' Pastu Intan jawab 'Maaaaa, bukan steno la. Secretary. Setiausaha. Ee. Cakap steno macam orang tua.

  • Pejabat - 'Dik, pejabat nko dekat tingkat 7 kan?'. 'Kak. Office ok? Office. Pejabat tu makcik-makcik jer yang selalu sebut.

  • Kentucky - 'Intan, kalau Intan puasa penuh, abang belanja Kentaki'. 'Kentaki??? Hahahaha. KFC la abang! Kentaki tu orang tua je sebut!

  • Terima Kaseh/Maseh - 'Su, nak eja terima kasih tu 'kaseh' ker atau 'kasih'? 'Bos, kasih. Kaseh tu dah lama sangat orang tak guna. Orang tua zaman-zaman dulu eja la kaseh, maseh, sa-hingga. Please ok?' **Ayat seterusnya sebut dalam hati. Ko nak mampos cakap macam tu dekat bos?

  • Kelapa - 'Kaklong, kalau coklat, Kaklong suka jenis apa?' 'Bounty'. 'Coklat kelapa tu?' 'Ha-a, kenapa?' 'Pau kelapa, kuih koci suka?' 'Suka la, kenapa??' 'Orang tua memang suka makan makanan yang ada kelapa. Sama la macam Mama Intan. Sikit-sikit nak beli roti kelapa'. Haha.

  • Sokan (sukan) - 'Tahun ni Syarikat tidak dapat mengadakan hari sokan kerana tidak mencapai keuntungan yang ditetapkan didalam KPI'. 'Boss, sukan bos. Bukan sokan, malu kat orang aih. 

  • Obat (ubat) - 'Kalau sakit perut makan la obat pil-chi-kit-teck-aun' Obat satu hal dah ongtue, suruh pulak makan pil chi kit teck aun. Mampos bedabel-dabel ongtue.
Tapi paling best haritu Si Intan la nak mengenakan Abang Man. Man Patihee. Driver boss dia.

Intan : Abang Man, suka makan tak kuih yang dalam dia ada kelapa
Abg Man : Kuih apa Intan?
Intan : Ala. Kuih yang ada kelapa la. Macam pau inti kelapa, roti kelapa, kuih koci
Abg Man : Suka! Abang suka tu kuih yang ada inti kelapa
Intan : Eeee Abang Man ni macam orang tua. Orang tua memang suka makan kuih ada kelapa

Abang Man tak respon. Bengang kot.

Abg Man : Intan suka tak makan ubi rebus?
Intan : Suka abang.. Suka sangat. Lagi-lagi cicah sambal tumis pastu ada ikan kering. Perrghhhh! *sambil buat muka bersungguh2.
Abg Man : Intan lagi teruk, makan ubi kayu. Orang zaman dulu suka la makan ubi kayu
Intan : T_____T

Pahadan muhuker ko Intan! Hahahahahahahahah

Dah. Tu jer nak cerita. Nak pergi ngorok sekejap. Selamat berbuka!

-EnD-


 

Pendek dok tepi la Intan

8 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

ayat orangtue cakap b.melayu kaksu,, org mude cakap omputeh.. tak memasal Intan tu kena balik. hahaha

min said...

u pakai tudung gi ofis ke?

Haris Zuhaina said...

As Salam.. Hahahahaha,
Su, jaket tuh merinin aih... :P

Hani said...

Kihkihkih terkencing baca nih. Intan tu mcm lurus2 bila sekali tengok. Comel pon ia jugak.

Chooyaya! said...

ms yana : ha a... bahasa ongtue bahasa buku punyer

Chooyaya! said...

min : ha ah :)

Chooyaya! said...

haris zuhaina : merinin tu apa? kena cek kat sazli ni. hahahaha.

Chooyaya! said...

hani : hahahaha. intan memang!