Assalamualaikum..
Mintak maaf sebab I busy sangat lately sampai tak sempat nak menjengok blog pon. Pastu ada adik mana komen kata Kaksu jangan la bila nak pomot barang baru nak up blog. Wahahahaha. Sentap terus I. Mintak maaf tau? Cenggini la orang baru start nak meniaga. Macam kelam kabut pon ada.
Ko mampu tido pukul 4.00am sebab nak up stock baru dekat FB siap dah ada gambar pastu harga akan diupdate kemudian sebab tauke besar (De) dah tido. Haha. Tenkiu untuk yang dah buat pembelian and like page Pink Daisy dekat FB. I dah ada up stock baru, lekas tengok sekarang. Kalau sudi nanti beli la eh? Kalau tak beli nanti I merajuk. Tanak kawan dengan semua orang.
Kelakar tadi masa jual kat opis sikit. I diam jer duduk tepi. Habes I bagi murah semua sampai Ira pesan. Kaksu ni kalau meniaga bukan takat tadek untung. Siap rugi. Kalau orang beli inner satu pon dia nak bagi free postage. Caneh? Si Intan pulak macam biasa la berangan macam dekat kedai tudung, 'Yanggggg, cantik Yang. Sesuai dengan muka U, ambik dua terus. Ira bungkus dua dekat kakak ni' Camtu. I? I dok tepi je cangkung pastu malu-malu. Caneh? Haha.
Pastu Si Nonoi kan ada issue dengan penjual online yang selalu guna Yes Dear, Ye Yang, Ye Darling.. Pastu kata dia, Kaksu taknak jadik macam tu jugak ke? I kata I taknak. Segan la nak panggil orang manja-manja ni pastu kata Nonoi buat macam ni dekat page. 'I dont do babe doing my business'. Giler bapak sombong mengalahkan Kim Kardashian meniaga. Hahahahaha.
Pastu cambiasa la I tak boleh nak serius. Ada je nak buat lawak. Takper. I akan cuba memberi jawapan yang bagus lepas ni. Tadi Nonoi tanya pasal material bawal paisley. 'Kaksu, ni material jenis apa?' Pastu mana la aku nak tau jenis apa. Sebab I tak familiar. Nak call De tak boleh sebab tengah huru-hara dia nak handle anak-anak dia ke sekolah so I jawab jer. Material ni jenis materialistik. Haha. Janji respon. Gitu I punya prinsip perniagaan selain dari bagi je murah siap free shawl bagai sampai rugi T_____T
Ada orang rindu Shein tak? Kalau ada yang rindu boleh follow keek I sebab I akan selalu up telatah baru Shein dekat sana. Malam tadi I nak nanges sebab Shein gigit tetep kaw-kaw punya. Dia ingat niple tu teether ker boleh nak kunyah-kunyah macam tu? Siapa yang face problem ni dengan I tolong la ajar macam mana nak kabokan Si Shein ni supaya jangan buat macam tu lagi. Siyes I phobia kot nak bagi dia tetep dah. Jadik macam taknak dah bagi dia menetek. Takot nanges dengan kerakusan Shein ni ha. Geram jer!
Tak bersalah jer muka kan? E!
Ok lah. Tu jer nak cerita. Lain kali kiter borak lagi. Ingat. Beli tudung aku tu.
Bye
-EnD-
Nak jugak selit sikit gambar tudung Pink Daisy Collection. I bubuh sikit jer ni. Sehelai untuk setiap design. More pilihan visit Page Pink Daisy Collection ok dear? Haha
Hi Quality Chiffon Three Layer RM60 sehelai free and sehelai shawl worth RM10
Double Layer Chiffon Kristal RM50.00 sehelai and free sehelai shawl worth RM10
D'Ayesha Satu RM50.00 sehelai
D'Ayesha Dua RM45 sehelai
D'Ayesha Plian RM38 sehelai
Chiffon Two Layers Polkadot RM35 sehelai
Bawal sulam RM28 sehelai
Bawal tribal Manik Klasik RM25 sehelai
Bawal Tribal Klasik RM15 sehelai
Shawl Size Besar RM15 sehelai
Shawl Size Kecik RM10 sehelai
D'Ayesha Dua RM45 sehelai
D'Ayesha Plian RM38 sehelai
Chiffon Two Layers Polkadot RM35 sehelai
Bawal sulam RM28 sehelai
Bawal tribal Manik Klasik RM25 sehelai
Bawal Tribal Klasik RM15 sehelai
Shawl Size Besar RM15 sehelai
Shawl Size Kecik RM10 sehelai
Syria Tribal RM25 sehelai
Syria Plain RM22 sehelai
Bawal paisley RM15
Bawal Tribal RM15
4 comments:
Kaksu upload jelah video kat insta,malas r nak bukak keek.manede org bukak keel dah!hahahahaha
Salam akak. boleh bg emel. saya nk beli, tapi xde fb.
Salam sayazakiah. Saya suraya. Haha. Email : surayasulatin@gmail.com
tahniah atas perniagaan sue..semoga sukses!kita dah like FB awak..
Post a Comment