Assalamualaikum…
Ada yang rindu Shein dengan Mama Shein tak? Takder? Kthanxbye! Haha.
Harini kiter borak-borak kosong lagi la eh? Haritu ada yang bertanya, apa masud Shein Iskandar sebab memang jarang (or tadek kot) jumpa nama Shein ni lagi setakat ni. Shein Iskandar maksudnya ialah Cantik dan Pelindung. I dengan Sazli yang pilih nama ni. Sebab kitorang memang nak carik nama anak-anak bermula dengan huruf ‘S’ sebab nak sama dengan kitorang (Sazli & Suraya).
Kata Sazli nak nama yang kalau sebut, biar nampak international (amboi). Contohnya macam Sarah, Diana (Dayana), Sue, Dyba. Eh tak. Kalau Dyba bukan international. Hahahah. Ok. Sambung… Zack, Din (Dean) etc. Got me? Tapi dalam international biar nampak Islamic sikit. Amboi. Walau hidung besar lombong tapi nama nak international jer. Haha.
Sazli berangan la. Kata dia. Nanti kalau Shein dah besar dekat Airport and ada paging. ‘Paging for Mr. Shein, Mr. Shein please come to the concierge’. Wah gitu. Pastu nanti orang taktau dia ni bangsa apa. Ha.. Mampu ko berangan terus sampai kat Airport? Haha.
Memula kitorang nak spell Sean, tapi takot nanti dekat sekolah orang panggil Se-An. Ataupon Shane, nanti orang panggi Sha-Ni. Terus sama nama dengan Shani pelakon tu. Haha. So, to make it easy at school kitorang decide untuk eja ‘Shein’. Kalau nak sebut, bunyiknya ialah ‘Shen’.
Memula memang ada kekeliruan sikit. Masa Shein dekat Klinik Dr. Adrian, nurse tu panggil ‘Muhamad Shawn’. So I buat bodo jer. Lepas tu ‘Muhamad Shawn Iskandar’. Sazli pandang I, kata dia. ‘Eh, Bubu. Ada anak orang lebih kurang sama dengan nama Shein la’. Lepas I pandang nurse tu and nurse tu angguk. Hahaha. Skali Muhamad Shawn terus. Nak sangat international kan? Mampos.
Ada jugak yang panggil Shin. Macam Kaseh anak Kaklong. Kaklong. Ngah Betik and anak-anak dia. Shin pon ok jugak kan? Sama la dengan jenama kedai gunting rambut. Haha. Kalau ada sesape yang notice, Shein ni ialah sebenarnya hurup yang dalam Muqaddam tu. Sin, Shein, Sot, Dot, To, Zo. Perasan tak?
Kelakarnya masa Sazli bagitau dekat Josham (Suami Dyba) pasal nama Shein ni. Kata dia, macam mana boleh dapat nama Shein ni? Macam cool jer. So Sazli pon kata, ‘Biasa kan ada nama-nama yang dalam Al-Quran. Macam Aliff, Min, Ha. Shein macam tak ada sangat’. Pastu kata Jo ‘Ba?’ Hahahaha. Spontan kitorang gelak.
Ada ker nama orang Ba?
Ok. Sekian sahaja sejarah nama Shein ni. Kata Sazli, kalau ada anak, dia taknak la letak sampai 3 perkataan. Dia nak simple. Biar satu atau dia. Macam adik beradik KRU. Norman Yusry Edry. Simple kan? So dia nak letak nama ‘Shein Muhamad’.
‘Hi, I’m Shein. Shein Muhamad’. Shein hulur tangan dekat sorang awek cun rambut kenteng body mantap sebab nak ngayat. Hurm… Tak boleh. Bunyik macam player sangat. And I pulak memang teringin nak bubuh nama anak Iskandar sejak dari darjah enam lagi.
So acaneh? Mohamad tu memang kena bubuh sebab nama Sazli and Bapak and Atok dan ketatas semuaaa ada Mohamad. Maka jadiklah Mohamad Shein Iskandar bin Mohamad Sazli. Heeeeeeeee. Lepas ni memintak la dapat anak perempuan sebab I dah reserve nama untuk anak perempuan. Yay!
-EnD-
Mohamad Shein Iskandar Bin Mohamad Sazli
5 comments:
asal baca blog Sue mesti tergelak.aritu je nangis laju2 masa baca post Sue lepas bersalin.
eee kening dia tuuu kening dia tuuuuuu !!!!
comel...
AS Salam Sue, sekali tgk rambut depan cam temenggung jugah/abu nakar elah... tp lg cun lah la.. gurau ya :P
handsome shein...cumelcumel nak gigit jek rasanya...kakmasyp
Post a Comment