Wednesday, August 28, 2013

Drama Durian


Assalamualaikum.

Semalam kan I teringin giler nak makan durian. Sebenarnya dah sebulan la rasa macam hari-hari nak makan durian tapi tu la, nak mendapatkan durian yang bebetul sedap, macam payah sangat kan? I suka yang isi oren sungguh macam Durian IOI, D24 and Musang King. Yang durian pahit and isi putih tu I tak suka sangat. Tapi orang Cina memang suka makan durian yang pahit-pahit. Kalau makan durian pahit baik makan ubat jer, kan? Haha.

Masa sebelum raya tu, I teringat pernah beli sebijik durian IOI yang isi dia oren giler and sedap sangat-sangat. Sebijik RM30 kalau tak silap. Walau sebijik jer tapi sungguh I puas. Kena pulak time tu kitorang bukak puasa dekat rumah Tok and Mak ada kukus pulut. Terus boleh makan pulut durian yang makan dengan santan tu. Sedap giler and I puas hati. Tido malam tu pon senyum jer.

Lepas raya tetiba teringin lagi. I ajak Sazli carik dekat Ampang. Dekat area Taman Kosas. I bajet harga sebijik dalam RM30.00 la, skali bila Sazli bawak masuk kereta kata dia RM68.00 sebijik. Mak ai. Rupanya Musang King. So, balik rumah berkobar-kobar la sangat nak makan durian sebijik RM68.00 ni. Apa la mahal sangat. Ni kulit dia tak boleh buang ni, rebus buat juice. Sebab sapa suruh mahal sangat kan?

Bila bukak-bukak. Serius I hampa giler. Tidak la sedap mana. I agak macam Sazli kena tifu. Betul ke durian Musang King tak sedap macam ni kan? I rasa macam sipi-sipi nak rasa macam tempoyak. Macam benyek sangat and ada part yang isi dia macam dah lebam. KECEWA.

Kelmarin, I nampak dekat simpang rumah I (Simpang tiga dekat Permai Court Ampang belakang dengan Sekolah Menengah Dato’ Ahmad Razali). I berenti jer and I mintak sebijik durian sedang. Masa nak amek Shein dekat nursery I pon ajak la kanak-kanak tiga orang tu makan sekali. Seriously memang sedap. Isi dia pon tak benyek. Jenis D24. Dah la sebijik. Makan pulak 4 orang. Haha. Walaupon I makan paling banyak. Tapi tetap tak puas hati sebab tak cukup.

Berebut-rebut makan dengan bebudak tu. Sambil suap durian sambil I jeling Aniq. Jangan la dia ambek yang ada dalam pangsa tu. Nervous I. Haha.

Maka semalam sebab tak puas makan, kali ni plan nak beli 2 bijik. Size sedang.

So, I pergi la kat tempat yang sama. I malas nak keluar. So dari dalam kereta I mintak Abang tu durian 2 bijik. Nak yang size sedang. So Abang tu bukak la sikit and tunjuk isi dia. I kata ok. Sebab yang tu size dah besar so I mintak size kecik pulak yang lagi satu. Tetiba dia bagi size yang besar jugak. Dah siap bukak sikit, takkan la taknak beli. I yakin jer dengan Abang tu sebab semalam dia jual isi elok, so harini mesti elok jugak kan?

Tanya-tanya harga. Kata dia RM60.00. Maaaakkkkkkkkkkkkkk mahalnya?? Semalam saya beli RM12.00 je sebijik? Kata dia sebab tu kecik. Pastu I kata, ‘Kan saya kata taknak yang besar. Nak yang sedang. Mahal sangat la RM60.00’. Pastu Mak dia kata, takper. Amek la RM55.00

Terus dalam kereta cakap dengan durian, U durian, U better be good. Macam mahal sangat la RM55.00 for durian sebab ni la ketama kali beli durian over RM50.00 dengan duit sendiri. Biasa guna duit Sazli. Haha. So sampai dekat rumah Mak, I tengok sebijik tu ok. Tapi yang sebijik lagi yang besar tu, berulat ok? Pangsa dia pon dah terbukak sendiri. I frust giler. I cakap kat Sazli I nak pulang balik. Tak kira. Masa tu memang berapi-rapi la I rasa. Dah set ni dalam kepala nak cakap macam-macam sebab geram. Sazli pesan, go very mild Bubu. Jangan marah-marah. I diam je. Hati tengah bengkak kan?

Bawak kereta pon I terketar-ketar sebab memang nak marah sangat. Meh sini Abang Durian aku nak sekolah kan kau. So sampai dekat sana, I tengok tengah ada orang beli durian jugak. So I cakap. “Bang, durian ni buruk la’. And dia amek buat belek-belek. Dia belek tempat yang tak buruk and dia kata tadek pon? I cakap. Belah sana. Meh saya tumjuk.

Pastu kata dia. ‘Takper. Tukar jer. Takyah tunjuk’. Hek elleh. Kerek pulak nko ni kan? Pastu I cakap, ‘ Tak baik la meniaga macam ni bang. Ni namanya amek kesempatan. Takkan la tak nampak durian tu buruk? Abang sendiri tau kan quality durian ni macam mana. Dah la saya nak yang kecik Abang bagi dedua besar. Sekali buruk. Ni naseb saya duduk area sini je. Kalau saya duduk jauh macam mana? Tolong la jujur sikit kalau nak meniaga’. Tapi. Hehe. I cakap dalam hati je sebab kesian tengok selipar dia buruk sangat. Haih.

Abang tu sebok nak pilih durian lain. Pastu I kata ‘Ni ada jer yang kecik-kecik, tadi kata takde?’ Cakap dalam hati jugak. Haha. Dia pon amek la sebijik durian and kopek sikit yg tiga segi kt kulit dia. Pastu I tengok, laaaa buruk jugak. Kali ni I tegas sikit. I cakap. ‘Bang, ni buruk. Saya taknak’. Kata dia, ‘Ni elok ni, kulit je buruk, isi dia ok’. No. Saya taknak. Saya nak pilih sendiri. Masa tu I memang ketar giler. Memang nak marah sangat. Yang nak bagi aku semua durian butuk ni aperhaaaal??????????????????

I pilih sendiri and end up amek 3 bijik semua kecik-kecik. Abang tu memang muka tak puas hati la sebab I pilih sendiri. Ko dah kenapa Abang Durian? Jahat sangat nak bagi semua orang beli yang buruk kenapa? Dah la mahal. Jahat giler kot? Masa dia hulur durian dekat I macam marah-marah je muka. Skali tangan ada tattoo ok? I tak perasan pulak tadi.

Dah. Baik aku blah sebelum parang naik kat kepala. Kang tak pasal masuk Harian metro muka depan. Sorang wanita cantik mati ditetak penjual durian. Tak pasal jer. Kang nanti Shein pulak yang malu. ‘Eh Shein, your Mom meninggal sebab apa? Ha? Sebab bergaduh dengan penjual durian?’ Ha kan dah malu tu Shein. Hahahahha.

I memang dah rasa tawar hati nak makan durian. Sebab sakit hati dekat Abang Durian tadi. Sumpah memang I takkan beli dah durian dekat situ. And lepas ni kalau nak beli durian, jangan nak mengada duduk dalam kereta. Keluar and pilih sendiri sebab bukan semua orang jual durian jujur kan?

Naik lift kat rumah, I naik dengan sorang kakak ni. Dia dukung baby. And ada 3 lagi anak dia yang hampir sebaya kecik kecik jer semua. Anak dia pon dok usha jer durian I. Lepas tu macam bisik-bisik kata nak durian ker apa entah. I amek dua bijik, I bagi kat bebudak tu. Semua melompat-lompat suka and Mak dorang cakap terima kasih banyak-banyak kali.

I keluar lift sambil senyum. Ada hikmah rupanya beli durian buruk. Rezeki budak-budak ni tadi agaknya. Bila Sazli sampai rumah, dia ketawa. Kata dia, kenapa comel sangat durian Bubu? Hahahaha. I tak makan pon lagi. Klan I merajuk? So I taknak makan terus. I agak ada la 3 ulas jer kot dalam durian yang I tak makan lagi tu T___T Sebab memang kecik benar. Hahaha.

Sekian pengaduan dari I pasal durian. I nak pesan, kalau sesape nak beli durian, molek la kalau pilih dulu. Jangan nak pemalas sangat duduk dalam kereta jer macam I. Ni sampai sekarang I masih rasa tak puas lagi makan durian. I nak yang kulit dia licin jer, Bila makan, kulit dia tu macam plastic durian crepe and tak benyek. Susah benar nak carik. Haih.

-EnD-


Credit to Year Of Durian untuk gambar ni. Mana nak carik entah durian gemok shontot macam ni. Boleh tengok dekat website tu semua cerita pasal Durian. Ok?


 Yang isi oren macam ni la yang I paling nak sekali. Tapi tak pernah jumpa pooonnnnnnnnn

Dekat website Year Of Durian ada macam-macam cerita pasal durian. I tengah nak baca ni ha. Macam best jer Rob dengan Lindsay travel around Borneo untuk study pasal durian. I dah ada email dia tanya dah try durian crepe ker belum. Tengah tunggu dia punya reply. SATU KERJA PULAK KAN? Haha.

12 comments:

ini.cerita.anak.HasMah said...

salam...haaa....durian nie kat sabah memang banyak...lemak berkrim disukai ramai...perghh..melelehhh... :)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

tak baik abg durian wat camtu..

Nur Zulya said...

Suee....kat Sabah byk durian jenis kaler oren tu.kita org panggil DALIT.tapi malangnya i tak suka makan sebab rasa lemak yang amat.terasa rugi pula.

Anonymous said...

kalau beli durian jgn bagi dia ketuk masa dia bukakkan durian sbb nnti mmg isi yg cantik2 je nmpk yg buruk x nmpk ...nie pon datuk saya bgitau...datuk saya ada dusun durian + rambutan + manggis dkt kampung ...klau x silap skrg bukan musim durian lgi sbb tu harga mahal ...klau nk murah tunggu dlm pertengahan september ..masa tu durian bnyk and hrga akan murah :)

NenetPenne (NP) said...

lain kali beli je yang dah siap dikopek... 3 pack 20 hengget... haa gitu... :)

Ayu sukatiakula said...

hihiii.. durian pun bley jadi pasal. i pun lama ngidam. telan ailiyo je la sbb cik abang allergic bau durian

beta kupu said...

giler klaka tahap gaban la kak su ni oiiiii...! haha

Anonymous said...

mkn durian kat ss2 huhu sepuluh hengget je sorang.. mkn sampai lebam..

Anonymous said...

Salam Bu, buat style akak memanjang aje beli durian x pnah yang 100% elok. Walaupun katernya buah baru jatuh ler, fresh from ladang lerr, itu semua poyo Bu. Lain kali Bu, bawak tuppeware suh dia bukak skali dan terus masuk dalam tupperware. Bawak sudu skali snang korek durian tu. Jangan plak suh derang yang masukkan isi durian tu dalam tupperware biar kita buat sendiri. Manalah tahukan derang tu ntah basuh tangan ke idok. May be lepas korek hidung ke. Nauzubillah. Masa tu agak2 kalo durian tu berair ke, busuk ke, keras ke boleh tukar. ABTO

Anonymous said...

kte pon sama kak su.kte beli durian pastu lepas die kopek sket siap suh rasa, bile nak baya die kata timbang rosak.pastu sesedap letak harge rm40 2biji..teruk betul.kite ni rs xsmpai hati xbeli sebab dah rasa bagai..apela meniaga gitu

Anonymous said...

pergi try kedai kat pandan jaya...ada stall durian tepi jalan...mostly durian elok2 dan sedap dan x mahal...sbb dia ala2 kedai jadi x payah nk risau kene tipu mcm orang yg jual tepi2 jalan nie..dr ampang turun ke pandan jaya mrr2 tu then str8 ke trafik lite and uturn bwh construction mrt tu...visible from the road..senang cari...d24 ada musang king ada semua ada...

Anonymous said...

arwah bapak i pon penah kena tipu... dapat durian buruk...die tunjuk bahagian yg elok je... bapak i turun beli... bukan dari dlm kete... malam tu jugak bapak i pg tukar..sound slow2...cakap dgn org tua pon kamu nak tipu ek... niat nak tolong org melayu.. tapi org melayu pon tipu... teros die malu.. kasik durian kat rak yg paling mahal skali...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...