Thursday, August 29, 2013

Garlic fried rice Sushi King Yang Lazat


Sekarang ni ada menu baru tau dekat Sushi King. Nasik Goreng. Itu kitorang yang cakap nasik goreng, Sebetulnya nama dia Garlic Fried Rice. Yang kelakarnya masa kitorang makan dekat Sushi King haritu, dok bising-bising la masa nak order, ‘I nak nasik goreng!!’. Macam tu. Cakap kuat-kuat sampai orang meja belakang pon dengar. Haha. Bongok kan

Mastu ada this one Aunty yang tengah makan dengan anak dia menyampuk, ‘Eh??? Ada nasik goreng ker?’ Adaaaaaaaaaaaaaaa!! Kitorang jawab ramai-ramai. Dah tetiba nak peramah dengan Aunty kat belakang tu. Pastu I tengok anak dia muka macam nak cakap ‘Maaaaaaa jangan la sampai macam tu. Malu la I’. Hahahaha.

 Garlic Fried Rice dekat Sushi King. TERBAIK.

Eh. Tadi I dah bagi salam ke belum? Belum la!!! Ok. Bagi salam dulu.

Assalamualaikum.

Sambung balik. Kitorang kalau dekat office ni suka la cakap bahasa omputih yang salah sebutannya. Kekadang dah sampai jadik habit. Yang pahamnya I, Intan, Ira, Dyba, Sarah and Kaklong jer. Mana asal usul bahasa ni boleh wujud pon I taktau. Kekadang kalau dah tercakap kuat tu, orang pandang jer.. Mesti dalam hati orang tu cakap, Apa bodoh la puak-puak ni Mac cakap Maq. Hahahahha.
Dyba pulak satu hal. Kat Sushi King tadi pergi cakap kuat-kuat. Naaaak sal-mon! Ngek kan?

Mc D – Makudu
KFC – Ka Af Sa
KLCC – Ka Al Sa Sa
JJ (Jaya Jusco) – Ja ja
Sushi – Sa sa
Breakfast – Brak Fas
What happened? – Wat hapan?
Kat mane? – Kat manen?
Hujan – Huzan
Buat Apa? – Buat napen?
Salmon – Sal-mon
MAC – Maq
Mother Care – Madaka
Guess – Gas
Ice – Cream – Askram
Confident – Kondifen
Confirm – Komprem
Bye – Baa
Level - Laval

Bodoh kan? Dah elok-elok dah perkataan tu dok buat jadik sound stupid. Teringat masa kat KLCC haritu. Dyba cakap kuat-kuat ‘Dyba nak pergi Gaaasssssssssssss’. Eeeee. Pastu Ira cakap ‘Dyba, malu kat oghang haih’. Hahahaha.

Tadi masa dekat Sushi King jugak. Si Intan nak amek edamame. Pastu kata dia, ‘Kaksu, dulu emamame ni murah jer kan? Skarang dah empat ringgit’. Pastu Dyba and Ira dah gelak kuat-kuat sebab si Intan ni kalau kat Japanese Restaurant boleh tahan kondifen. Kata I, ‘Dari Emamme baik Emma Maembong terus’. Hahaha.

Teringat dulu Intan pernah order dengan kondifennya dekat Sakae Sushi pavilion.
‘Bagi I 1 mitosomo, 1 kamiage’

Tak ternganga waiter tu? Punya la jauh Miso Sup dengan Mitosomo. Kakiage jadik Kamiage. Hhahahahhahaha. Intan. Kaksu malu (tutup muka terus).

-EnD-

 

Emma Maembong (Edamame)

 
Mitosomo (Miso Soup)

 

Kamiage (Kakiage)

5 comments:

Aimi Laili said...

hahaha gila selamba creative korang !

Cikgu Norazimah said...

hahaha ! gelak z duk baca..mmg condifen intan tu kan? byk2 yg kak su guna tu, z slalu guna condifen jer sampai tersasul ckp masa duk mengajar, menganga budak2 tu dengar !hehe

NenetPenne (NP) said...

nanti nak try
hari tu makan udon black pepper lepas tu apsal last2 rasa manis semacam??? haishh fail betul...

kesian emma maembong..hahahahha

adda syuhada said...

nampak sedap nasi goreng tu...nyum2..

Haris Zuhaina said...

As Salam.
Memang syoq lah klu p kherja dapat kengkawan yg otak gegila cam ni. sy cuma sempat time belajaq dulu ja.
la ni opis, sabit laki kherja sekali ja, tu yg dok nganga tunggu.. politik karut, so adalah belih baik menikmati keindahan sepi ja bila mai pejabat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...