Friday, August 30, 2013

Terima Kasih

Assalamualaikum.

Harini dah 23 Syawal. Dah tak lama dah nak habes bulan Syawal. Sedih pulak rasa. Bila puasa rasa lama jer, tapi bila raya amboi kemain sekejap dah nak habes dah. Biasa memang cenggitula. Bila kena berenti makan memang rasa lama but kalau ada makaaaaannnn sekejap jer rasa. Haha.

 Malam ni pon I ada rumah terbuka jugak. Rumah terbuka Huda dekat Bora Asmara. Hamek ko. Ongkaya buat rumah terbuka dekat exclusive restaurant terus.

Pada sesiapa yang bertanya, I memang tak buat pon open house. Not until I ada rumah sendiri. Kalau dah ada rumah sendiri (entah bila la tu) I promise akan buat jugak. Niat dihati I nak ajak semua readers yang sudi. Tak kisah la yang selalu komen or yang cuma jadik silent reader. InsyaAllah.

I really-really appreciate pada semua yang sudi baca blog I ni. Terima kasih banyak-banyak. Dengan adanya blog ni la I kenal ramai orang. Kenal di alam maya dan kenal jumpa depan-depan pon ada. Antara blogger yang I pernah jumpa dan jadik kawan setakat ni ialah Mimie, Nadia Bayu, Fillanie, Elly Yusnita, Aleeya, D (Green Aplle). Rina Salleh kebetulan suami-suami kami berkawan. Pastu Kak Tini yang dulu I kawan dengan suami dia, pastu tetiba dia baca blog I and sekarang I sayang dia lebih dari Fendi.

Pastu I kenal Fyda Ghazi. Sempat jumpa masa ambik Pavlova yang dia buat. And yang paling sekepala and dah janji nak jadik pengapit dia kalau dia kawen nanti, Miezi AJ. I start baca blog dia dari dia study kat US lagi. Penah jumpa pengapit pengantin lelaki perempuan? Ha. Tunggu la dia kawen nanti.

Pastu Mimie Fahmee, Adlyana, Liyana and yang paling menyampah dulu tetapi rupanya bila dah kenal macam best ialah Yatt (Cik Puan Bunga). Yatt. Kaksu rindu.  Tidak dilupakan Noi. Eh, nak tanya ni? Cikgu-cikgu Johor memang semua kena cantik-cantik ker? And Nadiha jugak.

Inipon ada banyak lagi yang I tak sempat nak share dekat sini. Kalau I tertinggal. Maafkan la I eh? Ongtue memang biasa pelupa.

Kepada Kak Yus, Kak Mas YP, Mrs Yana, Nur Zulya, CIkgu Zi, Nenet Penne, Beta Kupu, Miss Moon, Miss Along Wani, Ayu sukatiakula, Alfieee, Eda, Haris Zuhaina, RIna Mazlan, Capt Lalok, Ina Khairina, Jue, Fara Dillot, Putries Nora, Anak Pakcik Azhar, Mummy Raisha, Ika Lincoln, Chuya, Pau Kacang,  Adda Syuhada, Watie Shaharin, Kak Hani, Siti Nor Musyfiroh. Aisyah.

Eh. Ramai lagi la yang I tak tersebut dekat sini. (Cecece bajet popular). Kalau I terlupa, tolong ingatkan I eh?

Pastu ada jugak silent reader yang bagi Shein duit yang kerja dekat PPUM. Pastu ada yang pos barang baby dekat Shein. Ya Allah. Anda semua memang baik-baik belaka. Terima kasih banyak-banyak sebab selalu baik dengan I. Mana yang pernah benci cakap I pempuan perasan cantik, cakap Shein macam la comel sangat tu. Takper. I dah maafkan semua… :)

Jom la. Kiter kongsi kasih sayang ni. I ikhlas hargai semua yang pernah kenal I dekat blog ni. Yang mana silet reader bila beli trunki baru la contact (you know who u are) I sangat-sangat hargai. Terima kasih sebab buat baik dengan I. Walaupon trunkie dalam kereta tu sikit lagi nak berkulat. Haha.

I bukan la sesiapa dan andai kata la satu hari nanti tetiba I jadik sesiapa (jadik pembaca berita contohnya? – tak habes-habes lagi. Hahhahaha) kalau tetiba I tersombong. Tak reply whatsaap, tak reply email maka tolong ingatkan I eh? Sebab I taknak jadik ‘bukan sesiapa tetiba popular, dikenali ramai dan lupa diri’.

Minus tak reply komen dekat blog aaaaaaaa. I baca tapi tak sempat nak reply. Tapi I baca and tanam dalam hati betul-betul. Betul. Tak tipu.

I blog for fun. Kalau ada duit nuffnang sikit-sikit I bersyukur. Kalau ada yang nak mintak promote barang I boleh buat dengan upah menulis yang minimal. I tak rasa nak kejar trafik and jadik blogger tegar. Seriously I just blog for fun jer. Untuk kenang-kenangan I bila dah tadek nanti. Biar Shein kenal siapa Mama dia.

Untuk yang pernah tegur I bila jumpa dekat luar tu terima kasih sebab bagi I perasan popular sekejap. Untuk yang kenal Intan jugak tu, terima kasih sebab tak ambik gambar dengan dia and buat dia bajet popular. Untuk yang terjumpa I tapi tak tegur and lepas tu email or message kat Fb terima kasih sebab notice I.

Terima kasih semua.

Yang paling penting. Terima kasih pada Mama Imaan sebab buat hidup Kaksu hari-hari bertambah istimewa dan jugak Dr A sebab selalu buat baik dengan I. Saaaayang sangat. Untuk Yatie, tak payah nak cebik-cebik ok? Ini khusus untuk orang yang kenal dalam blog jer. Kiter sayang awak sampai bila-bila.

Jom la semua. Kiter berpelukan. Kalau selama I menulis blog ni I pernah lukakan hati sesiapa, I mintak maaf jugak yer? Sebab kekadang I selalu rasa apa yang I cakap tu tadek apapa but pernah buat sampai orang kecik hati. Sebab I selalu bajet semua orang suka bergurau and I pon sesuka hati nak gurau dengan orang macam yang I boleh trima gurauan. Maaf eh?

-EnD- 

Entry terima kasih tapi kaki Shein. Motip? Hahaha. 

P/s : tetinggal lagi sorang. bakal doktor yang badan kecik tapi boleh tahan ganas. Izy :)

21 comments:

ieda iedana said...

terima kasih kaksu sebab entry comel. bukan entry ni. ni entry serius...haha..thanks cerita ragam shein yang bulat tu...
rasanye kita tapenah bertegur di alam maya sbb ai is segan... =P

kaksu teruskan cerita macam biasa sebab clicking and reading to your blogpost is a choice. yang tertaksuka tetiba tu, diaorang ada choice.
my choice is kaksu si pembaca berita.. =)

harap satu hari nanti shein teruskan legasi jadi pembaca berita. masa tu mungkin yang terhensem di kaca tibi. masa tu ai dah tua makan kerepok krup krap tengok berita dengan penuh minat..haha

selamat hari raya kaksu...nak duittt raya!!

Mimy Hamid said...

erkk su mimie tu aku ke sapa hehehe..tetiba mcm nak pasan gak...hugs ketat2 su...tak malu kenal kenal jumpe huhu

Chooyaya! said...

miszme_ida : *hugssssss. nak uweeeettttttttttttttttttttt. tq :) sebak plak baca,. sensitip skek arini

Chooyaya! said...

Mimy Hamid : Dah tuuuuuuuuuuuuuuuu??? wasap aku wei. henpon aku format semua number hilang.

KecHiQuE oLiGoS said...

Da nak kecik ati masa baca blog panjang tahap max ni kan sb xde credit utk i! Da nk tekan X kat atas tu mata terpandang izy. Perlu ke nak state bakal doc yg boleh tahan ganas? Nt i xde patients nk jmp. Hahaha. Pasni edit blog xmo letak muka sendiri bagi mengelakkn hospital rugi ada doc ganas. Hahaha.

Thanks kak sue Came into my life, be part of actress in my world. Hugs!

ijan said...

Terima kasih juga pada Su yang menceriakan hidup Jan dengan penulisan dari sebleum kawin hingga dah ada shein..Lagi2 shein sgt hensem dan comel!

Tq su...

Hani said...

Ni entry before gi obersea kah? hehe tu Kak Hani tu sape? akak ke? kang perasan plak hahahaha kalo akak, memang terharu nehh :)

by the way akak pon suka je baca blog Su ada yang gelak2 sampai nak terkencing sebab kelakar.

Unknown said...

Su,
Aku rasa mcm comel sgt entry ko ni.. aku suke blog ko walaupun kekadang ko nyer lawak tu mmg sengal..tp aku tau hati ko baik.. teruskan menulis krn ramai yg syg dkt ko.. moga ukhwah yang terjalin dapat dieratkan lagi.. insyaallah..
Tak sempat jumpa shein masa open house huda tadi..
@WatieShaharin

ynadona said...

fine lah..kita x sebut.majukkk sgt!

nadyrah khairy said...

hai kaksu...keep on blogging tau...aktiviti pepagi bile masuk opis adelah bc blog kaksu dgn penuh perasaan...bila kaksu x hapdet rs frust sgt..eh? hahaha anyway, dh rs mcm kaksu n shein keluarga2 sgt even x knl rapat...hihi...hope one day blh jumpe n rapatkan silaturrahim....hehe..

Haris Zuhaina said...

AS Salam.
Thank Sue. Kami puntak mahap la,kt2 dok tegoq, hampa terasa hati.. Tu semua tanda sayang kami kat hampa jugak tau.
Hari2 klu tak baca blogh ampa, rasa cam tak complete gitu.. Dasyatnya penangan blog hampa ni.
Selalu blog-walking, sampai blog seniri sekadar ada ja... memang salute lah sapa yg rajin up-date blog ni.
Nice knowing you,dear..
:) :) :)

Home4health said...

terharu baca entry ni.ada juga nama kita ye.ingatkan Sue tak perasan. :) big hugs utk Sueeeee..teruskan mencomel dengan Shein.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

konpius tu kaki ke peha Shein ooi.. thanks Kaksu list kan nama saya jugak (terharu)

aisha said...

saya saya saya....

Unknown said...

hehe..saya silent reader kak su jugak..me too blog for fun

NenetPenne (NP) said...

saya saya saya...

sebab entry u kelakar lah i baca tau..hahaha...

tapi shein memang comel yer...

Liyana said...

Kak sue..nak tanya soklan mcm kak mimy hamid gak...Liyana tuh refer ke saya ke?hahahaha!tetiba nak peluk kaksue ketat2 gak!lebiu kaksue!

p/s : berani lah kaksue nak sombong ngan yana kat luar kan?nanti yana sondol kete kaksue kat petronas ampang baru tau!bahahaha!

sharika lincoln said...

Su teruskn menulis semakin hari semakin mantop....dan terpaling best....skg dh jadi blog emak2 x per best ... esok2 x sabo nk tgk ko ckp dh jadi blog nenek2 hahahahahaha eh eh hidup lagi ke aku masa tu kan.....apa pon tq sebab sentiasa ada masa update blog....best betul keja ko kan....hahahaha....kaki shein mmg mcm abg kawasan sangattt

Unknown said...

Nm aku x ckp pun...sedih ar..x mau kwn.

yatiyahya said...

hahhhhhhh...disebabkan bukan blog makanan...i terus scroll sampai bawah pastu tutup..tq sebut nama i.i lap u oso..jgn lupa turun jb..i ajak u mkn ketam gergasi ok kobes?

Anonymous said...

haaaa....saya ni silent reader su...follow hbs..nk mintak tolong boleh...su bagi email..nt saya email...jasa mu aku hargai....heheheh...