Thursday, August 22, 2013

Merajuk dengan Shein (Pon Boleh)


Assalamualaikum.

Harini I nak ngadu paal Shein. I kecik hati and merajuk dengan dia.

I perasan Shein ni kan, kalau I balik dari kerja excited berindu-rinduan ambik dia dekat nursery atau dekat rumah Mak Tok nanti dia samaada paling tempat lain bila I jerit-jerit panggil nama dia, (macam menyampah sangat) Ataupon buat bodo. Terkinja-kinja la I ni depan dia. Boleh dia buat muka boring???

Tapi kalau Sazli panggil dia, kemain menggelupur ok?

Dengan Sazli nak pulak. Bila Sazli dah dukung, I hulur tangan dekat dia. Dia buat bodo jer. Aaaaaaa Sheinnnnn kenapakah begitu kejam dengan Mama? Ada sekali tu, I buat experiment dengan Sazli. Biar I duduk dalam rumah, Sazli duduk luar. Sazli hulur tangan dia nak. Oooo maybe sebab dia ingat Sazli dok luar nak bawak dia jalan.

Ok. Takpe. Tukar strategi. Sazli pulak duduk dalam, I duduk luar. Hulur tangan kat dia. Dia buat bodoh ok??? Member lagi rela main mangga rumah tu dari pandang muka Mama yang cantik (la sangat) ni.

I sentap terus sebak. Rasa macam. Shein. Apa salah Mama yang taknak dengan Mama ni? 

Kan Mama yang bawak Shein dalam perut Mama dari Shein kecik sampai la Shein keluar. Mama yang ada stretch mark. Mama yang mabok sampai masuk hospistal. Mama yang takot masa kena bedah. Mama yang sakit tetek masa susu penuh sampai bengkak and demam tetek. Mama yang jalan macam orang Jepun sebab sakit kesan bedah. Mama yang berjaga Malam. Semua pon Mama. Semuaaaaaaaaaa Mama tapi kenapa Shein buat bodoh dengan Mama?

Ok. I memang emos. Pastu I cakap pada Sazli. ‘Papa, Shein tak kenal Bubu. Shein tak sayang Bubu’. Pastu Sazli pon pujuk. Kata dia. Mana boleh Shein tak kenal Bubu. Bubu kan Mama dia. Lagipon Shein kan macam muka Mama? (Ambik hati. Padahal sah-sah la Shein muka dia)

So. Semalam I buat plan lain. Ok. Fine. Takper ko nak buat sombong eh Shein? Mama dah lama merajuk ni. Semalam bila Sazli balik, I buat bodo kat Shein. Kemas bilik, basuh baju. I totally ignore him. Memula I pandang dia, Dia buat bodo. Ok takpe. Kiter tengok…

Pastu bila I lalu dekat dia, dia tengok jer. Tadi taknak tengok muka Mama sangat kan? Pastu I pergi dapur, Sazli dukung dia bawak pergi dapur jugak. Dia pandang jer I. Pastu I lintas depan dia. I jeling. Ok. Memang I jeling Shein sampai nak terkeluar bijik mata. Last-last dia sebik-sebik nanges hulur tangan dekat I.

Ooooooooooooooo. Baru tau eh Shein??? Sombong sangat dengan Mama selama ni kan? 

Haha. Sudahnya semalam nak berkepit jer dengan I. Tido pon kaki mau parking kat badan I. I agah sikit-sikit pon beria gelak. Nak ambik hati la tu. Baru Shein tau kan? Macam mana Mama sedih bila Shein buat bodoh kat Mama. Mama rasa macam Shein tak sayang Mama. Now u know!

Rasakan.

Boleh jer eh merajuk dengan anak umur lapan bulan? Haha.

I ada baca dalam intenet. Kekadang baby ni dia ada rasa nak merajuk dengan kiter. Tu sebab dia buat tatau. Sebab pagi-pagi kiter dah hantar dia pergi nursery. So bila kiter excited nak ambik dia, dia pon merajuk. Nak perhatian. Balasan pada kiter sebab tak hiraukan dia.

Tapi sebenarnya. Baby ni dia ada sense. Takkan la dia tak kenal emak dia kan? Aku pon boleh tahan perangai. Dengan baby umur lapan bulan pon nak merajuk. Hahahaha. Naseb la ko Shein dapat Emak macam ni. Haha.

-EnD- 

Shein kemiam gelak dengan his Auntie Ezzaty. Oh. Jangan lupa tengok Ezzaty dalam Autumn Di Hatiku dekat Tonton eh?

11 comments:

beta kupu said...

rsa nak guling2 gelak bca!
bley tahan sengal kak su eh? haha

Anonymous said...

so sweet..manja je..tingin nak ada anak sendiri..nk mjuk nk anak sndiri kihkih tp kawin pun blm lg cmne nk ada anak haha

Cikgu Norazimah said...

hahaha ! irfan pon sama tau, selalu merajuk dengan mama dia sebab jumpa weekend jer sampai taknak dengan mama ! last2 mana leh tahan nk nenen terus nangis kejor mama dia..hehe

Liyana said...

hahaha dgn shein pown kaksu majuk?ok ini mmg leh gelak dpn pc sampai kuar air mata!

Capt Lalok said...

aishh tak menahan betul..nasib baik tahu shien tu anak ko..bila baca title tu..aishhh su oiiii

f.m.y said...

Agagaga sengal la su... Ngan Shein punnnnnn boleyyy nak majok.. But nice try, terasa gak dihargai bila Shein asyik nak berkepit sepanjang malam.

ina khairina said...

Sama la kiter pun suka jugak majuk dgn ank2 burung kita....jeles okeh depa baik n rapat dgn apak lbh dr mama,mcm kan apaknya yg usung perut 9bln!!

ehhh tertumpang emo sekali pulak,soriiiii!kehkehkeh

Anonymous said...

Salam Bu, Ezzaty ni orang sekampung ke? Mcm si poja tu pun kawan Bu jugak kan. Glamer u Bu. Kawan ngan retis. Sure shein jadi retis pas ni.ABTO

Anonymous said...

Salam Bu, Ezzaty ni sedara Bubu ke? Si poja tu kawan bubu gak ya. Glamer u Bu, kawan ngan retis. ABTO

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Shein tau macam mana pun mama tetap takkan ketepikan dia.. sekali sekala test macam tu pun bets gak kan

Jue said...

haha.. samala perangai kite kak sue.. sy pn pnah wat kat anak gegurl cm2..umur 4 bln lbih time2. Now dh 5 bln..Die asek sonok ngn bpak die..ngn kite die x heran..sdih gler n jeles ngn bpak die..alih2 wat x taw jerk time die blik dr BS..sbuk kmas umah n masak bgai..sudhnye nanges n nk melekat ngn kita dh..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...