Tuesday, September 17, 2013

Baju Carrefour Je Pon...

Assalamualaikum..

Weekend lepas my life is so hectic. Dari Hari Jumaat pergi ke Berjaya Time Square nak carik baju untuk pergi Majlis Resepsi Along (anak buah sulung) Ahad tu. Berangan konon nak pakai dress lawa-lawa. Kata Aty dekat Time Square ada banyak dress yang murah and lawa. So gigih la dari pukul 2 sampai pukul 6 I dekat sana carik dress nampaknya sia-sia.

Naik ketar-ketar lutut tapi tak jumpa pon. Yang ada sleeve tak berapa nak cantik. And yang takde sleeve dah cantik tapi ingat ni nak pergi wedding Mat Saleh ke? Ada la jumpa perfect lawa semua, kaler tema dah kena sekali RM700. Ok. Selamat tinggal. Esok pegi kenduri pakai je baju tak peach. Nanti kalau orang tanya mana baju ikut tema I tunjuk la sependa jer. Sebab I memang ada sependa kaler peach. Haha.

Hari Sabtu tu pulak I amek stok tudung untuk kedai tudung kat Pahang sana. Memang ambik masa yang lama la kan? Kepala I dah dok serabut fikir esok dah nak kenduri. Baju takde lagi. Hadoi. Esok kalau takde baju ke apa, pakai je baju opis kaler peach. Habes cerita. Pastu ikut plan tadi, kaler tema yang I ikut cuma sependa. Janji ada.

Abes amek stok tudung I pergi Aeon Big Wangsa Maju sebab De nak ambik baju Shasha yang dia nak tampal lace dengan bubuh batu-batu tu (Taknak kalah dia ni. Kata Shasha. Baju dia mesti sama macam Ibu dia. Lace orang, lace la dia. Batu orang, batu la dia. Nanti kalau tak sama mau meroyan) Masa jalan-jalan sekali nampak satu dress kaler peach lengan panjang. Try pakai ngam-ngam dengan badan. Ambik je la. Masa dekat kenduri tu ada ramai yang tanya beli dekat mana. I kata kat Carrefour (Skarang dah jadik Aeon Big) depa gelak jer. Kwahaja. Sape kata baju dekat Carefour tak cantik?


Takde la buruk sangat kan? Haha. Yerlaaaaaa baju beli dekat Carrefour jer ponnnn... Btw ni la De I. Kurussss jer. Makan banyak tapi. I saspek dia bela saka. Hahaha. Ni la dia tauke besar Pink Daisy Collection.

Sepanjang majlis Shein takde cranky langsung. Alhamdulillah.. Tengahari ada la dia tido sekejap. Dah tak larat nak lawan mata and nak sampai petang tu dia tidur atas riba Huda. Lama jugak. Ha... Time petang sikit dah dia buat perangai nak dukung je. Dia fikir dia ringan agaknya kot? Menempel je dekat I. Takpee la. Asalkan dia senyap dah.

Majlis berjalan dengan lancar. Ramai orang datang sampaikan  masa peak hours tu ada yang berdiri nak tunggu orang bangun and Kaklong pulak buat style macam open house. Ada nasik minyak lauk sedap-sedap. Ada isi ikan masak sweet sour. Ada udang ada kambeng golek ada ayam kuzi jelatah tok nenek siap ada mee rebus and mee soup. Kuih aneka macam and ada apam balik jugak. Tidak dilupakan buah buahan tempatan. I tak sempat nak makan semua sebab buat-buat bizi. Padahal tak buat apa pon. Hahahha.

Gambar lain next entry eh? I gigih update guna handphone ni. Sementara nak tunggu publish ada la sekandang babi dah keluar. Dua jam nak buat sebab jari jemari gemok. Kejap - kejap kang terclose. Kejap kang kena bukak lain la. Eee!! Till then. Have a nice day U'Olls. I nak sambung tido. K. Bye.

-eNd-

12 comments:

beta kupu said...

'ada la sekandang babi dah keluar'- ingatkan k.su tnmpak babis tu ke kan, bla dah baca full ayat baru paham! gelak guling2 haha

Chooyaya! said...

Hehehheheh. Tu kira mcm perumpamaan la

Home4health said...

lawa la baju Sue..boleh buat baju nikah da kalau ikut stail sekarang.gila lawak ayat sekandang babi keluar.pikir dua kali baru tau myumpah2 babinya.hahahahaha

Wawa said...

eh cantek ape baju tu...

Felis Domestica said...

alo... i tak paham plak aper tu eK?

Anonymous said...

Itu kakak ke adik? Ha ha.

Chooyaya! said...

beta kupu : hahahahahahhahaha. naseb baik paham

Chooyaya! said...

nur zulya : hahahahahahhahaha

Chooyaya! said...

wawa : boleh la... *jaga hati

Chooyaya! said...

felis domestica : itu maknanya i menyumpah seranah. hehe

Chooyaya! said...

anon : DONT WANT FWEN!

IbuNaufal said...

seronok baca blog kak su..boleh gelak sorang2.. since sblm ada blog lagi sy nk follow kak sue..lepas ada blog baru follow btl2..hahaha