Thursday, September 26, 2013

Edisi Potong Stim - Makan Nasik Mentah

Assalamualaikum.

Ada satu kedai ni yang selalu menjadik pujaan hati I tapi terpaksa I blacklist kan dah. Takmao dah makan dekat situ. M E R A J U K. Biasa memang suka giler sebab nasik dia sedap, ada lauk ayam dara dengan daging masak lemak + sambal belacan. Sedap. Just nice dengan tekak and air buah dia pon sedap. Tapi harini spoil nak mampos.

Masa nasik sampai, I dah gembira. Sebab Dyba order sambal ikan. I order sambal udang campur petai. Boleh la share-share lauk. Air buah pulak kemain sexy. Sedapnyaaaaaaa. Sekali suap nasik keras. Bila belek-belek, bukan takat keras, tapi tak masak. Ada nampak banyak  nasik yang kaler putih lagi. Ni makan nasik ke makan beras ni? Rasa ‘keseret’ masuk dalam tekak.

Nasik mentah tersebut.

I panggil la budak yang antar nasik tu. Pastu I bagitau nasik I mentah. Dia tengok and blah jer. Tak lama lepas tu dia datang balik kat table. Kata dia, ‘Kak, memang dapur kata first batch tadi nasik mentah’. Pastu blah. Cais! Tak sempat sebut pisang. I mulut nganga tangan naik dah sebab nak cakap sekali dia blah jer. Malu ai. Kalau dah tau nasik tu mentah yang pergi serve jugak kenapa? Bongek.

Pastu I cakap pada bebudak ni (Intan, Dyba & Ira). Kaksu dah rasa tak sedap hati nak makan kat sini, rupanya dapat nasik mentah. Bensi! Ni Intan la ni punya pasal ajak makan kat sini! Intan gelak-gelak jer sambung makan sebab dia punya nasik tak berapa mentah sangat. (Dia kata la). Selera jer aku tengok makan. Dyba jer la makan terkuis-kuis, tapi makan jugak. I jer merajuk terus tolak pinggan nasik dengan siku. Taknak makan!

I cakap, pasni kat cashier, I nak bagitau yang I taknak bayar nasik tu. Sebab I tak makan. Bukan I nak berkira RM2.00 tapi kalau I tak cakap, nanti I tak puas hati. Bila I tak puas hati, I rasa tak best. I pernah la dulu memang tak suka kalau bawak kereta, horn-horn orang yang potong q, masuk simpang tak bagi signal etc. I rasa benci nak guna horn sebab serasa poyo cembagossssss kalau nak horn-horn orang.

Tapi lepas I dapat horn satu kereta yang masuk tak bagi signal, I rasa puas hati giler.. FUh!!  Sebab. Hahaha. It may sound stupid. I kalau TERLEPAS horn orang, I akan horn jugak. Tapi dah jauh dah la pon. Sajer. Bagi puas hati. Hahahahha. Pastu mula la bebudak ni gelakkan and bongokkan I horn macam dah tak relevan.

Lantak ah. Janji horn.

Ok. Sambung pasal nasik tu. Masa kat cashier, I bagitau nasik I mentah. But still dia charge full price. Pastu I cakap, ‘I taknak la bayar makan yang nasik mentah tu’. Pastu budak cashier tu tanya I, ‘Tapi U makan ker tak?’. Eeee soalan dia kan? Tunjal baru tau. I kata la I tak makan. Pastu muka cashier dah macam tak puas hati. Datang la budak yang memula tadi bagitau, memang nasik tu mentah la wei.

Ha. Gadoh la korang kat situ. Patut tadi masa I bagitau nasik mentah, tukar la lain. Grrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Ini tak. Lepas bagitau blah macam tu jer.

Nama restoran I taknak share, sebab rasa macam kesian. I takot nanti customer dia yang lain hilang pulak. I myself memang taknak dah makan kat situ sebab I dah merajuk. See? Sebab U tak jaga kualiti makanan, dah hilang seorang kastemer cantik. (cantik ker????) *tangan kebahu, mata keatas.

Kata Shein. "Lawa ker Mama????' Haha.

-EnD-

Muka sebelum kejadian

P/S : Keseret tu maknanya macam terlekat/susah nak masuk tekak. Ni Mak I biasa guna perkataan ni. Cakap Jawa ke apa aku tak tau. Haha

5 comments:

NenetPenne (NP) said...

haaa kan..dah mentah tu tukar laaa nasi lain..tak payah bayar..in the house katanya...

dah tu dah tahu mentah, hidang jugak kat customer buat apa??? ini boleh mendatangkan amarah..bak kata 3 abdul... pinjam ayat jap eh...hahaha

ishhhhh.... apa laaaa..

Unknown said...

Su,
Adoi.. kalau aku mesti aku mengamuk time tu gak.. bongok...dah tau mentah.. tp leh selamba je... giller ke apa?? klu tengah lapar dpt nasik mcm ni.. mmg ase nak kunyah je org kedai tu... huhuhuh

Ibu Dhia Danial said...

hahaha mule2 bace keseret tu da terpikir dlm hati "reti pulak kak su ngomong jowo".. hewhewhew

nurul said...

ha'ah..mak bapak saya sebut seret jugak. ke ada imbuhan ke jadi keseret.

lynn said...

rs cam tau je tu kedai mana...hehehe.kedai tu pun i dh blacklist.sblom ni suke je mkn situ tp d sbbkan last 2 weeks mkn kt sana...xkenyang.blh?sbb ayam dia dh kecik gile...tp dragon fruit juice dia sdp nk mam...tpt lain wt xsama cam dia wt.. :-(