Friday, September 6, 2013

Movie, Makan Dan Shein Yang Bau Ikan


Assalamualaikum.

Semalam I cothi. Spend time dengan Sazli. Tengok wayang, makan and jenjalan. Sazli plan nak tengok Chennai Express. Cek-cek kat Gcs and Tgv semuaaaa show petang pukul 6.00pm onwards. Show tiga jam setengah. Ha mampos. Shein macam mana? So kensel. Sazli memang suka betul dengan Shah Rukh Khan. Sebab kan ada darah Menggali? Nak tengok cerita Conjuring takot. So end up tengok cerita Grown Up. Cerita league I jer. Cerita yang tak payah nak fikir and confirm happy ending. Haha. Memang tak mencabar pon I. I tau.  Lantak ah.

I kalau nak tengok movie dengan Sazli memang issue. I nak tengok komedi romantic kata dia tak mencabar. I suka cerita Superhero cam Superman, Ironman semua pon dia tak suka. Yang dia suka cerita cam zaman-zaman dulu-dulu yang lawan pakai baju besi naik kuda tu. Atau cerita yang kena fikir-fikir macam Angel & Demonds tu. I tak suka. Buat apa nak penat-penat fikir?

Macam semalam, dalam pada tak suka tapi Sazli gelak jugak. Ada satu dialog ni ada mamat black tu cakap, ‘Now, people no longer afraid to black people. I hate U Obamaaaa!’ Hahahaha. Bongok giler! Tak pepasal Obama salah. Pastu I jer nampak macam besungguh-sungguh ketawa. Orang lain tak gelak, aku gelak. Haha.

Sekarang ni semperna bulan kemedekaan, sebelum start movie dia ada tunjukkan yang pasal anggota keselamatan yang gugur di Sabah tu. I beria nanges. Sedih giler. Taktau la naper sensitip sangat. Nak kata mengandung tak pulak. Pastu ada lagu negaraku tau? Masa kat screen tulis NEGARAKU I sorang bangun. Orang lain duduk lagi. Hahaha. Bila nak start lagu baaru la semua bangun. Orang belakang dah gelak. Pegila mati. I semangat cintakan negara lain macam sikit.

Pastu ada sorang pempuan pakai tudung selamba makan tak bangun. Tak respect langsung lagu negaraku. I benci giler membebel-bebel dekat Sazli. I ikut hati nak jer pergi sana, tanya dia kenapa tak bangun. Sazli calmkan I. Kata dia, releks Bubu. Biarkan ajer orang macam tu. Biar dia bodoh sorang-sorang. Ok. Baiklah.

Habes tengok movie kitorang makan kat Chilis. Teringat zaman date suka benar makan Molten Chocolate Cake. I semalam extra manja dengan Sazli. Asyik nak pegang lengan dia MACAM AKU SORANG JE DALAM DUNIA NI ADA LAKI. Mesti orang lain tengok meluat. Haha. Pastu Sazli nak smoking. Kata dia, ‘Bubu duduk dalam la. Nanti kena Asap rokok’. Pastu kata I, ‘Bubu tak ngandung dah tapi?’ Pastu dia gelak. Kata dia, dia dah terbiasa tak bagi I kena asap rokok. Pui! Aku taip ni pon nak muntah rasa. Macam caring sangat kan? Ahahaha. Gelemaaaaan….!!


Semalam makan Molten Choc Cake dengan Triple Play jer.

Habes makan, pergi window shopping pulak. Sazli nak beli jersey Barca yang new season tapi tinggal size XL jer. Kalau ada size dia, kata dia nak suruh I beli sebab dah biasa tiap-tiap new season I belikan. Naseb baik tadek size *lap peluh. Hahahahaha.
 
Balik tu, kitorang amek Shein dekat rumah Mak Tok. Nampak dia pakai Baju Batik macam nak pergi pantai Ya Allah Sheinnnnnnnnnnnnnnnnnn. Geramnya. Mengelupur dia nampak I. Pastu I dukung dia sekejap, cium-cium bau ikan. Hahahahhahaha. Masam! Tapi I suka…  Dukung dah tak boleh lama-lama. Penat. Nak patah tangan sebab dia dah 10kg. Dah sama berat dengan seguni beras.

 
Dah macam beach boy. 

Shein bau Ikaaaannnnnn.

Ok. Dah la bercerita. Ni entry ker atau update diary ni? Habes semua nak citer aktiviti seharian.

-EnD-

 P/s : Ni video Shein begelak ketawa dengan Sazli. Dia geli kena misai Sazli kat leher dia. Haha.

5 comments:

Miss Moon said...

handsome nya anak teruna tew pakai baju ala ala hawaii tew ....meh sini auntie gomoiii sket

NenetPenne (NP) said...

mula2 nak cakap..homeiiiinyaaa sheinn pakai baju batik..

kedua..

kat radio red.fm tadi kan deejay, jay jay n lil kev pun ada cakap jugak pasal lagu negaraku dalam cinema.. dia kata bangunlah bila lagu tu dimainkan.. respect lagu tu..dia kata dia tak kisahpun berdiri masa lagu tu dimainkan biarpun dia sorang je yang bangun dan orang lain mcm pandang2 jer..

so for u su, bravoooo...

as for the pompuan yang makan tak bangun tu, bak kata sazli, biarkan pompuan tu bodoh sorang2...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

sebab pakai baju beach boy, terus bau ikan ek Shein.. seronok nya dating

Nurul Nadiah+Khairil Syazwan said...

One happy family at home :) Syioknya korang kan

Anonymous said...

cantik rambut bob u!and shein is such a handsome boy!:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...