Assalamualaikum.
Semalam I cothi. Spend time
dengan Sazli. Tengok wayang, makan and jenjalan. Sazli plan nak tengok Chennai
Express. Cek-cek kat Gcs and Tgv semuaaaa show petang pukul 6.00pm onwards. Show
tiga jam setengah. Ha mampos. Shein macam mana? So kensel. Sazli memang suka
betul dengan Shah Rukh Khan. Sebab kan ada darah Menggali? Nak tengok cerita Conjuring
takot. So end up tengok cerita Grown Up. Cerita league I jer. Cerita yang tak
payah nak fikir and confirm happy ending. Haha. Memang tak mencabar pon I. I
tau. Lantak ah.
I kalau nak tengok movie dengan
Sazli memang issue. I nak tengok komedi romantic kata dia tak mencabar. I suka
cerita Superhero cam Superman, Ironman semua pon dia tak suka. Yang dia suka
cerita cam zaman-zaman dulu-dulu yang lawan pakai baju besi naik kuda tu. Atau
cerita yang kena fikir-fikir macam Angel & Demonds tu. I tak suka. Buat apa
nak penat-penat fikir?
Macam semalam, dalam pada tak
suka tapi Sazli gelak jugak. Ada satu dialog ni ada mamat black tu cakap, ‘Now,
people no longer afraid to black people. I hate U Obamaaaa!’ Hahahaha. Bongok
giler! Tak pepasal Obama salah. Pastu I jer nampak macam besungguh-sungguh
ketawa. Orang lain tak gelak, aku gelak. Haha.
Sekarang ni semperna bulan
kemedekaan, sebelum start movie dia ada tunjukkan yang pasal anggota
keselamatan yang gugur di Sabah tu. I beria nanges. Sedih giler. Taktau la
naper sensitip sangat. Nak kata mengandung tak pulak. Pastu ada lagu negaraku
tau? Masa kat screen tulis NEGARAKU I sorang bangun. Orang lain duduk lagi.
Hahaha. Bila nak start lagu baaru la semua bangun. Orang belakang dah gelak.
Pegila mati. I semangat cintakan negara lain macam sikit.
Pastu ada sorang pempuan pakai
tudung selamba makan tak bangun. Tak respect langsung lagu negaraku. I benci
giler membebel-bebel dekat Sazli. I ikut hati nak jer pergi sana, tanya dia
kenapa tak bangun. Sazli calmkan I. Kata dia, releks Bubu. Biarkan ajer orang
macam tu. Biar dia bodoh sorang-sorang. Ok. Baiklah.
Habes tengok movie kitorang makan
kat Chilis. Teringat zaman date suka benar makan Molten Chocolate Cake. I semalam
extra manja dengan Sazli. Asyik nak pegang lengan dia MACAM AKU SORANG JE DALAM
DUNIA NI ADA LAKI. Mesti orang lain tengok meluat. Haha. Pastu Sazli nak smoking.
Kata dia, ‘Bubu duduk dalam la. Nanti kena Asap rokok’. Pastu kata I, ‘Bubu tak
ngandung dah tapi?’ Pastu dia gelak. Kata dia, dia dah terbiasa tak bagi I kena
asap rokok. Pui! Aku taip ni pon nak muntah rasa. Macam caring sangat kan? Ahahaha.
Gelemaaaaan….!!
Semalam makan Molten Choc Cake dengan Triple Play jer.
Habes makan, pergi window
shopping pulak. Sazli nak beli jersey Barca yang new season tapi tinggal size
XL jer. Kalau ada size dia, kata dia nak suruh I beli sebab dah biasa tiap-tiap
new season I belikan. Naseb baik tadek size *lap peluh. Hahahahaha.
Balik tu, kitorang amek Shein
dekat rumah Mak Tok. Nampak dia pakai Baju Batik macam nak pergi pantai Ya
Allah Sheinnnnnnnnnnnnnnnnnn. Geramnya. Mengelupur dia nampak I. Pastu I dukung
dia sekejap, cium-cium bau ikan. Hahahahhahaha. Masam! Tapi I suka… Dukung dah tak boleh lama-lama. Penat. Nak
patah tangan sebab dia dah 10kg. Dah sama berat dengan seguni beras.
Dah macam beach boy.
Shein bau Ikaaaannnnnn.
Ok. Dah la bercerita. Ni entry
ker atau update diary ni? Habes semua nak citer aktiviti seharian.
-EnD-
P/s : Ni video Shein begelak ketawa dengan Sazli. Dia geli kena misai Sazli kat leher dia. Haha.
5 comments:
handsome nya anak teruna tew pakai baju ala ala hawaii tew ....meh sini auntie gomoiii sket
mula2 nak cakap..homeiiiinyaaa sheinn pakai baju batik..
kedua..
kat radio red.fm tadi kan deejay, jay jay n lil kev pun ada cakap jugak pasal lagu negaraku dalam cinema.. dia kata bangunlah bila lagu tu dimainkan.. respect lagu tu..dia kata dia tak kisahpun berdiri masa lagu tu dimainkan biarpun dia sorang je yang bangun dan orang lain mcm pandang2 jer..
so for u su, bravoooo...
as for the pompuan yang makan tak bangun tu, bak kata sazli, biarkan pompuan tu bodoh sorang2...
sebab pakai baju beach boy, terus bau ikan ek Shein.. seronok nya dating
One happy family at home :) Syioknya korang kan
cantik rambut bob u!and shein is such a handsome boy!:-)
Post a Comment