Assalamualaikum..
Tuari masa balik kampong tetiba tekak kwahaja nak makan
ketam and udang gemok sebab ada satu orang tu hari-hari cerita makan udang
gemok sampai I sendiri jadik teringin. Dulu I selalu rasa yang udang tu ialah
satu spesis ulat gonggok laut. Macam sama kan? Haha.
So hari Ahad petang tu I pergi Bandar Pusat sesambil nak jengah Pink Daisy Collection. I bagitau De yang tingin nak makan ketam and
udang gemok, kata De ada jual kat kedai sebelah ni. Kedai Frozen. I tengok ada
ketam. Sepeket harga ketam bunga tu RM18.00, ok set. Ambik 2 peket. Ada lebih
kurang dalam 12 ekor. Tengok udang gemok pon ada. Sepeket harga dia RM27.00.
Cukup la untuk sekali masak.
Balik tu terus proses ketam. Kaklong la yang siang ketam. I
mana pandai. Makan ketam pandai la. Kata Kaklong not too bad. Tak la segar
sangat macam yang baru tangkap but kalau dah mengidam teruk mengalahkan orang
mengandung tadek hal.
Kitorang buat dua jenis Ketam Bercili.
Satu Ketam Bercili Merah, satu lagi Ketam Bercili Hitam. Nah
gambar! Cakap banyak pon tak guna. Sila jangan jilat screen henpon mahupon
screen computer.
Mesti nak resepi kan? Kalau tadek orang nak resepi pon aku tak kira, nak share jugak. Haha.
Ini resepi I main hentam jer
mengikut selera tekak I. Tapi turn out result memang jilat pinggan arr wa cakap
lu. Inzal habes. Ketam Bercili Merah resepi by Kaklong. Ketam Bercili Hitam
Air Mata by yours truly *flip hair
Ketam Bercili Merah
- Ketam yang dah digoreng awal (lumur garam and serbuk kunyit)
- Lada besar blender/cili kering blender (kuantiti mesti mau sama banyak baru colour dia seksi) Kalau merajin blender la asing. Pastu sukat. 2 sudu for each type of chili paste. Kalau malas, lebur jer sekali dalam blender.
- Bawang besar, bawang kecik – blender asing
- Cube ayam
- Sos cili, sos tomato, sos tiram (2 sudu for each)
- Sebiji telur di pukul manja
- Daun sup/daun bawang/daun ketumbar
Cara Membuatnya
Ok. Ini petua rasanya memang semua orang tau. Nak apapa masakan
pon sedap tak kira la asam pedas ke, mee ke, rendang ke, segala mala tok nenek
jenis sambal maka bila menumis mesti mau tumis bawang blender dulu sampai la
garing skek baru la masukkan cili.
Bila bawang dah garing skek, masukkan 2 sudu for each chili paste.
Pastu masukkan la 2 sudu jugak sos cili, sos tomato and sos tiram. Perasakan
dengan gula and cube ayam. Garam bubuh sikit jer sebab sos tiram and cube ayam dah masin. Ada orang suka manis
boleh letak lebih gula. Tak suka letak sikit. Suka hati lu orang.
Pastu masukkan ketam yang dah digoreng awal tadi tu. Ketam
tu lumur ngan kunyit and garam jer.
Ok. Bila dah sebati masukkan slow-slow telur yang dipukul.
Nanti kuah dia akan jadik pekat and lasssst skali letak la daun bawang/daun
sup/daun ketumbar. Ini suka hati la nak masukkan daun-daunan jenis apa. Your
choice. Sebab I taknak kalah maka I bubuh jer semua. Dasar!
Ketam Bercili
Hitam
- Ketam yang dah digoreng awal (lumur garam and serbuk kunyit)
- Bawang besar, bawang kecik, bawang putih, halia – blender asing dengan cili padi
- Cili padi, sos tiram – blender sekali (kuantiti cili padi ikut nak cirit tahap mana. terpulang)
- Kicap, Sos Cili, Sos Tomato
- Air Asam Jawa
- Cube Ayam
- Bawang besar hiris bulat or separa bulat
- Daun sup/daun bawang/daun ketumbar
Cara Membuatnya
Sama jugak. Mesti mau tumis bebawang samapi garing and baru
la masukkan cili padi yang diblender dengan sos tiram.
Bila dah agak garing masukkan la kicap kipas udang merah
sesuka hati ekau nak sehitam mana. Pastu masukkan sos cili/sos tomato 3 sudu
each
Perasakan dengan gula skek jer dengan cube ayam
Masukkan bancuhan air asam jawa. Pastu lebur ketam.
Masukkan bawang besar hiris bulat/separa bulat tu and angkat
Last skali kasik tabor Daun sup/daun bawang/daun ketumbar
SIAP!
Memang mengingkoh la menghadap nasik yang dah disejukkan. I
benci giler nasik lembik yang panas. So nasik musti mau sejukkan dulu baru la
selera nak makan. Makan ni jer dah cukup. Perrrghhh. Sambil taip sambil air
liur merembes. Memang cilakak!
-EnD-
2 comments:
baru baca tajuk dah telan air liur.lom tengok gambar lg tu.mencik laaaa...hahaha
hehehhe pahadan muhuker
hahaah
Post a Comment