Thursday, October 17, 2013

Cant believe it NO surprise for me - Hapyy Birthday Bubu Momot (Part 1)

Assalamualaikum…

‘Happy Birthday Bubu!’ – Sazli
‘Mekasyih Papa!’

Macam tu la I dengan Sazli setiap kali nak dekat-dekat dengan birthday I. Bangun pagi Happy Birthday. Nak makan Happy Birthday. Call pon mesti sebut Happy Birthday. Selagi tak sampai tarikh 12/10 macam tu la kitorang berdua. Hahaha. 

Tingat lagi birthday I dua tahun lepas yang I saiko Sazli masa malam birthday I, I tanya dia ada kek ker tak? Bukak semua almari dalam rumah sampai member tension and beli kek baulu kat kedai mamak bawah rumah ni. Baca kat sini. Walaupon malam tu I dapat kek kedai mamak jer dengan tadek cream semua tapi takper. Tabah. Esoknya worth it giler sebab Sazli buat surprise dekat office I bersekongkol dengan Sarah. Intan semua.

Tahun lepas sambutan birthday sekadarnya jer sebab I kan tengah mengandung tujuh bulan. Bawak Shein dalam perut. Yang muntah tak habes-habes sampai rasa tapayah la nak surprise bagai. I tak larat nak bawak badan pon.

So. Tahun ni memang I expect akan dapat la surprise dari Sazli and Intan semua. Memang mengharap. Giler bongok. Dah tua Bangka sebok nak harap ada orang surprise bawak kek dengan teddy bear besar atau paling busuk bunga dari kedai bunga Dany dekat kaki lima sederet dengan 7E Ampang Jaya. Dah la mahal. Mengalahkan kedai bunga dalam Shopping Mall. E. Geram! Nama kedai nak Dany Florist jer. I ban la Dany Florist! Satu bouquet bunga 6 kuntum pon charge sampai RM80. Dah la buat tak cantik. KLCC pon tak mahal macam tu.

Eh. Ni dah mengarut cerita pasal Dany Florist kenapa?

Ok. Back to our topic tadi. Si Ketua Penjahat (Intan) tanya, lunch nanti nak makan mana. (Jumaat lepas). Time tu 11/10. So birthday I the next day). I pon sebab agak Intan, Dyba. Ira & Sarah nak buat surprise dekat I so I pon taknak kalah. Nak makan kat Delicious jer. Hahaha. I tengok tadek bantahan. So ok la. I expect nanti (at least) time nak bayar bebudak ni akan cakap. Kaksu, takper. Kitorang belanja. Lepas tu dapat la (at least) one slice cake.

Tapi tak ada ok?

I pon masa sampai pura-pura nak pergi toilet. Pastu nanti bila keluar toilet SURPRISEEEEEEEEEEEEEEEEE. Tapi tak ada. Siot. Tak lama lepas tu Dyba & Intan plak pergi toilet and I cakap dekat Ira. Eeeee berdebarnya lah. Apa la korang nak surprise Kaksu eh? Pastu boleh tak Ira dengan Sarah dah gelak-gelak annoying giler rasa macam nak tunjak!. I tengok Dyba & Intan datang kat kitorang punya table and tangan kat blakang. Skali masa sampai kat meja surpriseeeee!!

Pastu bawak keluar tangan kosong. Pantek. Hahaha.

I tak putus asa. Tunggu jugak la dorang bagi one slice kek ker apa. TAK ADA. Sampai kesudah takder eh? Ok. Takper la. Ada la tu kejap lagi. Tapi haremmm. Memang takder. Sampai nak bayar dorang cakap go dutch. Cais! 

I makan Caesar Salad jer. Kata Nak kurus? Sarah makan Sirloin Steak. Pon sedap! Harga RM59.90. senyap jer dia makan. Sedap. Patut takde pelawa. Haha. Ira makan carbonara banjir.

 I rekemen kalau sapa suka ayam lepas ni datang Delicious boleh order Hainanese Chicken Chop. Nampak ada hina la sikit macam telur dadar, tapi rasa menggila sedap. Dessert kitorang ambik Chocolicious. Seafood Marinara tu Ketua Penjahat yang makan.


 Hari Kejadian. Dari awal muka I dah ada riak-riak kekecewaan. Haha.


Time tu I dah start sebak. I cakap macam ni. ‘Can’t believe it tadek surprise for me’. Sebab I kan terpaling bizi time birthday dorang. Dengan kek, teddy bear, bunga bagai. Semua I buat. Intan tu la paling special. I masa birthday dia balik Kedah tapi tetap monitor surprise untuk dia. I arrange hantar CIK MOK teddy bear yang sama besar dengan dia time birthday dia last year.

Walaupon yang kad kitorang buat tu, masa nak print colour, I mintak print kat tempat Intan. Haha. Dah la kad untuk dia. Pastu pergi print kat tempat dia. Bongok giler! 

Masa nak balik tu. I taknak jumpa Ira dengan Intan sebab I kecik hati giler serious sebak taktau nak cakap macam mana. Padahal lepas ni tak jumpa lama sebab Isnin I cuti. Tapi tak kira. I merajuk. Taknak jumpa jugak! Masa lepas hantar Dyba dekat Damai, Ira bagi dalam group. 'Kaksu. Jangan la sedih eh? Esok kitorang wish la kat Kaksu.' Pastu I reply. 'Dah la. Tak payah call, tak payah wish. Semua tak payah. Lupakan'. Pastu terus leave group. HAHAHAHAHAHA

Tadek mood bawak ker rumah. I rasa macam.. Ok.. This is worst birthday ever. Siap nanges bagai kat parking macamkan baru lepas putus chenta. Ok. Nak tau kesudahan drama air mata birthday I? tunggu esok. Esok I sambung. Bye!

-EnD-

2 comments:

Anna Dayana said...

cantik kawan kawan kak su ni, manis belaka...

Chooyaya! said...

yang paling cantik nama Intan tu kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...