Wednesday, October 9, 2013

Love You Mr. Arrogant

Assalamualaikum..

Sapa yang tengok cerita drama kat TV3 sekarang yang Love You Mr. Arrogant tu? Menggila best kan? I setakat ni tak pernah miss lagi tengok. Sambil tengok sambil berangan. Hahaha. Biasa baru nak senyum-senyum jer ada laaaa yang tegur. ‘Hoi hoi! Berangan???’ Hahaha. Potong betol!

Sebab dah tak tahan nak tau ending cerita tu (Yes, I memang anti klimaks) so I pulun baca novel dia sampai habes harini. Dari pagi tadi sekejap-sekejap pegang novel ni. Sebab I tak tahan nak tau jalan cerita and penyudah drama ni macam mana. Sebab time pukul 7 ke pukul 8 tu la yang Shein nak tido, nak susu, nak getel, nak blanket. Tadek kosentrasi dah I nak tengok. Shein pulak memang jenis dah tak sabar-sabar nak tido. Haha.

Intan punya novel ni. I pinjam jer la dari dia. Novel ni karya Aliesha Kirana. Usually kalau novel yang jadik drama or filem mesti jalan cerita, dialog dah jadik lain macam kan? Tapi Love You Mr. Arrogant version novel dengan drama ni tak lari jauh. Dialog lebih kurang. Cuma ada la sikit-sikit lain macam kereta Zafriel Irham dalam novel, BMW kaler putih, tapi dalam tv BMW maroon. Kereta dia lagi satu Audi S4, tp dalam tv tak silap I Porshe kot?

Yang lain-lain sama semua. I puas hati ending dia. Kalau jenis sad ending memang aku bakar ah novel tu. Untuk yang follow cerita ni and jenis tak sabar-sabar nak tau jalan cerita, beli jer la novel ni. OK? Sebab memang best. Sebijik sejiban macam version dalam TV.

Ok. Tu jer nak cerita. Bye.

-EnD-

Klik sini untuk tengok blog Aliesha Kirana. Seronok baca dia excited giler novel dia dibuat drama. Tahniah AK!

12 comments:

Anonymous said...

kaksu....bgth la ending..nsb sy mcm kaksu jgk.. ade baby yg umo sethun sebulan yg time tu la nk mcm2...& sorang kank2 berumo 4 thun yg time tu jgk la nk tgk katun kt astro....jd tgk cite ni...20 mnt je kot..

Chooyaya! said...

alaaaa. tak aci la! hahahaha. tp kaksu frust plak tgk zara zya yg real punya. sbb dia tak pakai tudung pon sebenarnya. infact sexy giler.

Cekgu Norazimah said...

novel ni mmg best ! dah lama baca sampai boleh cerita kat membe jalan cerita, tapi bila buat drama akan jadi tak sebest novel kan?

Puan Ida said...

ida pun follow cite ni
memg bes
sanggup postpone masak kol 8 hahahaha
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no 525

Chooyaya! said...

anon : ala... mana aci! hahahaha. sebab nanti dah tak thrill la nak tgk kan?

Chooyaya! said...

cikgu norazimah : ha a... mcm novel lg best jer

Chooyaya! said...

puan ida : hi puan ida. selamat berkenalan :)

NenetPenne (NP) said...

sueeee
bagitaulah akak, ending citer cemana...alaaatolonggggglaaaaaa

tak larat nak follow sampai abis niii....

akak pun mcm terkilan jugak dgn zara zya tu sebab dia kat luar boleh tahan seksi jugak...

all this while memang akak tak pandanglaa drama melayu tapi boleh kalah dgn citer Mr. Arrogant nih..haishhhh haishhhhh...

NenetPenne (NP) said...

sueee..komen tadi boleh publish,
komen ni jangan publish tau..its for your eyes only..hahahaha...

bagitaulah ending citer tu cemana... email kat sini eh

ztimmy@yahoo.com

pleasseeeee...*sambil buat muka ayu mcm shein*... hahahaha

faisal said...

msti smua xsolat mgrb..melengahkan waktu..jwb la nnty di alam kubur

faisal said...

jwb la di alam kubur klu melengahkan wtktu solat..haha..arragont di kubur la jwbnya

Chooyaya! said...

faisal : jawab la jugak sebab buat tuduhan melulu. mesti ke nak bagitau dekat satu dunia yang kitorang solat cepat walaupon tgk i love u mr arrogant.

eee. tak sabar nyer nak detect ip address orang ni. tingin jugak nak kenal u sapa. selamat berkenalan!