Showing posts with label Memory. Show all posts
Showing posts with label Memory. Show all posts

Wednesday, November 27, 2019

Memori dengan ayah...

Assalamualaikum..

I ingat lagi dulu masa I kecik-kecik. Arwah ayah sesekali dia akan masak untuk kitorang semua. Yang masak sesekali tu lah jadi terpaling sedap. I remember dia buatkan sambal betik. Betik muda tu dia parut lepas tu tumis sambal. Sambal guna lada kecik dengan ikan bilis tu. Sedap sangat! Dulu masa I sekolah pagi, balik tengah hari kan? Mak I dah masak je. Tapi I mengada nak Maggie yang Ayah buat. So dengan baju sekolah, baring depan TV. Mintak Ayah buatkan Maggie Soup. Ayah tumis dulu bawang-bawang semua, letak sayur and telur. Sedap! Nanti dia buatkan lepas tu hantar dekat tangga (antara rumah atas and rumah bawah). I tengok TV dekat rumah atas. Nanti Ayah cakap 'Kochip, ni maggie Ayah dah masakkan'. Siap makan, nanti dia datang collect mangkuk tu. Berbulu je Mak I tengok I. Hahaha. Nak bangun basuh mangkok yang satu tu pon I malas. Hahahaha. 

Pastu Ayah dia suka la tolong basuh baju dengan washing machine. Nanti baju sekolah I, dia akan basuhkan. Kasut pon dia tolong kiwikan. Mak I cakap 'Ayah nko ni takde kerja. Basuh baju pergi tunggu depan mesen buat apa?' Nanti Ayah cakap 'Pelik macam mana kain baju ni semua boleh bersih'. HAHAHAHA. Kalau Ayah tak basuhkan baju, memang malam la baru basuh baju. Kekadang pukul 10 malam baru basuh. Padahal siang tadi pukul 2.00pm dah sampai rumah. Baju padahal ada je 2 pasang. Tapi mengada suka pakai yang sepasang tu je. Tak ingat sebab apa. Rindu la dekat Ayah.. Bulan ni masuk 12 tahun Ayah takde. Kalau dia ada mesti best... Kalau Arwah Kak Ngah ada, sure anak dia dah 4-5 orang... Mesti lagi meriah kalau hari raya dekat kampung...


Ayah and I. Sepetnya mata. 


Friday, September 29, 2017

Throwback Friday

Assalamualaikum..

Harini kita throwback sikit la gambar masa tahun 2012 time kitorang masuk menari untuk Dinner Office. Haritu dalam group ada cakap yang soon ada Pertandingan Nasyid Maal Hijrah so HR suruh hantar team and ada yang share gambar ni. Nak gelak pon ada sebab teringat last 2 years masuk nasyid lepas tu kalah kah kah kah. Tahun ni InsyaAllah lah tak hantar wakil sebab Solo kitorang dalam pantang (Izzah). Dah sapa pulak nak nyanyi nanti? Sah-sah kitorang semua kalau masuk pon sekadar Prop je. Untuk Lelaki takde masalah sebab ada Abang Suhaimi. Dia suara level-level boleh masuk Gegar Vaganza. Apa ada hal? I pulak kalau nyanyi perasan berangan sorang-sorang boleh tahan la suara tapi kalau nyanyi depan crowd akan ada masalah anxiety. Pegang microphone pon boleh nampak tangan ketar-ketar WTH. Hahahahaha. Kalau duet dengan Intan, takot nanti jadik segmen Maharaja Lawak pulak tiba-tiba sebab Intan tu selalu tau cakap ‘Kaksu, suara dari perut, suara tekak, head tone’. Bongok la. Ada sekali I dah nyanyi jari telunjuk dekat dahi tapi kata Intan tu suara perut. Eksyen betul dia semenjak masuk kelas Iqra’ ni. Kalau Fiza pon sebenarnya boleh nyanyi tapi dia kalau dah naik syeh nanti dia tarik terus suara jadik macam Ning Baizura. Dyba pon boleh jugak jadik Solo. Eh betul laaaaaaaaaaaaaaaaa. Lupa dekat Dyba, dia memang suara patern nasyid. Sebab dia banyak suara hidung so paling sesuai untuk lagu ala-ala Lambaian Ka’bah tu. Hahahaha.



Dari kiri Kak Nira (Cikgu Menari), Ira (Resign), Siti Nohaliza, Siti (pindah company), Intan (Now dah HR and pergi stock take), Sarah (resign), Ros (tukar department), Dyba (bertahan), Mas (Resign) and Izzy (bertahan). Depan : Safuan, Hanafe and Fiezul (dah jadi Abang Bomba I Love You)

Thursday, September 8, 2016

Memory Zaman Sekolah Dengan Projek Sayur Hydroponic

Assalamualaikum..

Korang pernah tengok tak The Successful Story of A Bright Girl? Cerita Korea yang Jang Nara berlakon tu. Dia budak sekolah, Mak Ayah jenis tak berapa cerdik tapi confident. Memang sakit hati. Lepas tu dia sayang Nenek dia and dia bercinta dengan anak orang kaya yang dah takde Mak Bapak. Tu pon kenal sebab kerja jadik tukang gaji dekat situ. So irony. Tapi anak orang kaya belagak and poyo la. Biasa la typical cerita Korea. Hero mesti belagak. Jenis nak dekat heroin, tapi belagak lepas tu GF miskin. Hahaha. Dalam cerita tu I suka tengok Jang Nara ni sekejap. Tapi dalam cerita tu je la. Bila dalam My Love Patzzy pon berlakon bodoh-bodoh alang jugak terus menyampah. Malas dah nak tengok. Orang yang pandai tapi suka buat-buat bodoh sebab bajet kalau lurus bodoh ni nampak comel memang annoying. Yang suka act dumb for attention ni eeee rimas ok? Orang suka nampak pandai, dah ko yang nak jadik bodoh sangat kenapa? Dulu ada sorang I kenal, now dah takde dah. Dah resign. Jenis tanya, ‘Intan, beli lipstick kat mana eh? Yang pakai kat mata tu apa eh? Eye shadow tu apa? Macam mana nak pakai?’ OMG tu pon taktau. Lepas tu dia penah cakap tak bagi husband dia datang company dinner sebab nanti nampak Kaksu, lepas tu suka kat Kaksu macam mana T___T Mati la nak. Hahahhaha.


Dalam cerita tu, I suka tengok part Jang Nara makan BBQ lepas tu dia balut BBQ tu dalam salad. Salad tu dia petik sendiri dalam pasu. Lepas tu dia marah la BF dia sebab ambik salad sampai akar. Bila ambik sampai akar nanti macam mana daun nak tumbuh kan? Nampak dia makan tu sedaaaap je. Alhamdulillah merasa dapat makan macam tu masa pergi Korea last year yang entry sampai sekarang tak siap. HAHAHA. Entry Itali, Barcelona pon tak siap. Takyah la tanya bila entry Korea nak sambung. Yang entry Tanah Aina ni pon entahkan bila nak buat. Wahahahahaha. Masa I tengok Jang Nara tu petik salad, ada la rasa teringin nak tanam sayur sendiri dekat rumah tapi fikir balik, I ni jenis beremosi so baik tak payah la. Ingat kalau tak bercucuk tanam, I nak tanam Sawi Kerinting sebab reminiscing back memory masa sekolah dulu.



Beginilah rupa Sawi Kerinting. Gambar ambik dari sini. 
Click read more for continue reading

Monday, August 8, 2016

Atin, Yatie dan Buaya

Assalamualaikum..

This entry dedicate to Yatie & Atin. Kawan lama masa kami bujang-bujang dulu. Dulu I kawan dengan Atin and Yatie masa zaman kerja dekat Sutrajaya Shipping. Back in 2005-2006 macam tu kalau tak silap I. Zaman takde card credit, naik kereta Wira Aeroback Manual 1.3 and zaman baru 8hb tapi duit dalam bank selamba ada RM50.00, cash ada RM30.00 TANPA ada rasa susah hati tak cukup makan or what not. Zaman pergi kerja boleh pinjam baju kurung Mak and tak pernah kisah make up jenis takde jenama beli dekat Giant. Hahaha. Those days kalau ingat balik, rasa macam senak perut pon ada. Tapi yet, kita survive eh Yatie? Hebat sangat hidup kita dulu. Perrrghhh. Walaupon takde financial freedom tapi happy pulak tu yang peliknya. macam takde masalah. No money = No problem. Tetap berbahagia. Takde duit, nanti lunch time kita balik rumah Yatie, makan nasik and lauk yang Yatie masak. Simple pon takpe. Janji kenyang. Dapat je gaji zzzaaaapppp beli perfume toilet je sampai beratus. Hahahaha. I rasa masa tu I rasa takde masalah and happy je sebab I ada Yatie dengan I. Sebab we have each other. Macam saling melengkapi so takyah risau apapa. Cecece macam gopren boipren pulak. Anyway, kali ni I nak cerita pasal kisah Atuk Yatie and Atuk Atin dengan Buaya.


Terpaling cantik dah masa ni dengan rambut rebonding belaka. HAHAHA

Thursday, April 21, 2016

The Good Old Days

Assalamualaikum..

Mak  I kan? Dia suka sangat ungkit-ungkit balik perangai tak senonoh I masa kanak-kanak. Asal ada kawan yang baru kenal, seronok la dia bercerita pasal I. Paling dia highlight is, mengandungkan I paling seksa sebab dia mabuk teruk berbanding kakak-kakak I yang 3 orang tu. Kata Mak, dia sampai admitted and dehydrated. Nak masuk air dalam badan guna drip tu pon air tak masuk. Ye je drip air tak masuk. Entah saja nak cerita kasik best. Hahahaha. Kata Mak, masa dia kat dalam ward tu, ada Cina sebelah katil dia tu mengandung and meninggal sebab mabuk and dehydrated. Tapi Mak tak kata la dehydrated, dia cakap air tak cukup dalam badan. Kata nurse yang jaga dia, kalau drip tak masuk dalam badan Mak, dia boleh mati. Exaggerate je Mak ni. Dah la dimomokkan dengan cerita dia mengandungkan I paling menderita, lepas tu dia cakap I masa kecik selalu kena sawan tarik. Ada sekali, tangan Mak sampai berdarah sebab masukkan dalam mulut I. Sawan tarik tu sama dengan kancing gigi la kan?


Berkubang dalam longkang eh?

Thursday, August 6, 2015

Shein Dulu-dulu

Assalamualaikum...

Belek balik gambar lama, I jumpa gambar ni. Masa ni Shein only 30 days (nak ambik injection dekat klinik Dr Adrian). Muka pon toye suci murni jer. Sekarang ko ghaser?? Haha. Gewam nak tunjal je. Masa ni macam tak sangka yang Shein now dah boleh buat lawak, main peek-a-boo dengan I and Sazli also boleh gurau-gurau, merajuk guling atas lantai. Macam baru sekejap je jaga Shein, tak sangka he almost 3 years old now. Huwaaaaaaaa sedihnya... Hope Allah izinkan I untuk spend time dengan Shein lagi lama. I nak tengok dia membesar and ada anak jugak. Tingin nak timang cucu pulak. Kata orang, sayang cucu ni melebihkan sayang pada anak sendiri.

Kemain Shein umur tak sampai 3 tahun, I dah cakap pasal tak sabar timang cucu. Hahahahaha.

I pun masa ni masih dalam pantang. Rambut panjang! Tu la rambut paling panjang I dalam tempoh almost 3 tahun ni. Lepas rambut I gugur dengan gembira bersuka-ria, I memang tak boleh nak simpan rambut panjang lagi dah. Bra-length jer. If panjang more than that I mesti potong. Akar rambut tak kuat and I jenis rambut tebal so nanti dia gugur sebab rambut berat. Kalau cuci rambut dekat Salon, mesti shampoo girl ugut kena charge lebih sebab rambut tebal. Kalau Shampoo girl Cina, nanti dorang cong ceng cong ceng ngumpat I sambil tunjuk-tunjuk rambut. Nyampah je. Hahaha. Tapi tu dulu laaaaaaaaaaa, sekarang tak boleh nak simpan panjang dah. Gugur. Naseb baik I tadek masalah keguguran rambut kronik yang sampai dahi pon berkilat tu. 

So, tudung bila nak pakai betul-betul? Kbye.

-eNd-




Halololo Anak Mama!

Friday, December 5, 2014

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa - Part II

Assalamualaikum.

Haritu pergi rumah Kaklong, so masa tengok album lama, sempat la I snap 3 4 keping lagi gambar masa zaman kekecik dulu. Most of the photo’s masa Kaklong duduk Sabah dalam tahun 1990 keatas. Boleh tahan buruk I dulu. Hitam koreng kata Mak I. Pastu kurus keding, rambut kenteng perghhhh original people abadi sangat. Naseb dah besar ni dah up skek. Haha.


Time ni raya kot? Darjah 4 tak silap I. Tahun 1991.



Gambar ni dah share kan? Yang ni version yang lagi clear. Duduk dekat belakang I tu is Lias. Adik Abang Long I. Darjah 1 waktu ni kalau tak silap.


Ko mampu pergi Genting Highland pakai baju kurung? Hahaha. Kemain boria hijau adik beradik. Waktu ni Arwah Kak Ngah dah meninggal. Sian Kaklong. Terpaksa la kawan dengan adik-adik yang masih kecik. Kaklong dulu banyak kot buat I happy. Sesekali balik dari Sabah belikan coklat sampai satu peti ais. Jakun sangat dapat makan chipsmore, danone semua. Ongkampung kan? Masa tu Bandar Pusat bukan macam sekarang. Hypermarket mana la nak ada. Kedai runcit je. Biskut paling sedap pon biskut kapit tu. KFC kalau nak makan setahun sekali je. Setahun sekali kira naseb baik jugak.


Waktu ni hantar Kaklong dekat Airport. Dia nak balik Sabah. De dah naik sekolah menegah. I sekolah rendah lagi.  Seronok sangat dah kalau dapat pergi KL. Kalau tadek rombongan sekolah atau hantar Kaklong dekat Airport yang 2 tahun sekali tu, tak merasa la datang KL. Time tu jakun sangat tengok bangunan tinggi-tinggi.


Oh yang ni memang bangang nak mampos. Terserlah la muka anak orang asli I. Hahaha. OMG tu kenapa yang legam sangat Suraya? Rambut tak bersikat siap pakai seluar panjang sebagai sependa. Ko dah kenapa????

I beza dengan De 3 tahun. De dengan Arwah Kakngah 7 tahun. I dengan Kaklong 14 tahun. Banyak beza. So I banyak la kawan dengan De je. Sebetulnya dorang semua mana suka kawan dengan I, tapi tadek pilihan kan? Kena kawan jugak. Sebab kalau tak nanti I mengadu, ‘Maaaakkkkkkkkkkkkkk…. Kaklong kannnnn… Dia kannnnnn…..’ So masa I kecik-kecik, dorang 3 orang tu cukup menyampah tapi bak kata Kak Sha, ‘Ada aku kesah?’ Hahaha.

Masa I darjah 1, Mak dah kerah I sapu sampah dekat tanah. Sebelah kanan rumah De, sebelah kiri rumah I. Hukuman dia, selagi tak siap sapu sampah keliling rumah jangan masuk. Memang nak taknak kena jugak sapu sampai setel. Dah siap sapu, ada chief auditor tukang check (Mak la). Sapu sampah kalau ambik daun jer, memang kena la marah. Sapu dengan tanah/batu sekali kata Mak. Bersih-bersih. Dah la keliling rumah penuh pokok rambutan, kuinin, bunga raya yang daun dia luruh macam salji and paling hazab, pokok cempedak. Dah la besar pokok cempedak tu. Sebesar pemeluk. Bayangkan kalau musim luruh, daun turun macam mana. Nanges la kau kat situ. Selagi tak siap, jangan naik rumah.

Kalau hujan lebat baru boleh naik. Setakat hujan renyai-renyai duduk la kau berdua kat luar rumah. I kan baby lagi? Darjah 1 kot? Memang terkedek-kedek la nak buat. De selalu siap awal, lepas tu dapat masuk rumah. Kiter kecik macam tu mana la ada minat nak buat kerja macam tu kan? Sapu sekejap lepas tu main. Turun pukul 8.00 pagi, pukul 11 belum tentu naik rumah lagi. Haha. Dah banyak sangat selingan acane nak siap cepat?

Nampak pepatung dekat rumput tepi longkang nanti berenti. Ambik lidi, letak getah kuinin hujung dia lepas tu tangkap pepatung. Dah dapat tu, lepas. Main la kat situ sorang-sorang. De dah remaja sikit, darjah 3. So dia buat kerja laju. Longkang dekat rumah I yang depan tu memang bersih. Air jernih je macam terusan dekat sawah padi. Kekadang bila dah siap awal, datang angin rajin sapu sampah Mak/Arwah Kak Ngah bagi masuk rumah tapi lepas tu mandi terus. Jangan terus nak tengok tv. Dah la penat-penat, nak rehat sekejap pon tak boleh terus kena mandi.

Dah siap mandi, baaaaru la Mak bagi duduk depan tv. Tapi sekejap je la. Kata la sejam. Lepas sejam, kena tutup. Kata Mak kalau bukak tv lama-lama nanti tv meletop. Lepas makan, kena tido pulak. Nak main dengan kawan-kawan time cuti sekolah memang harapan la. Tengok bebudak main pondok-pondok pukul 3.00 petang macam tu, meleleh je la air mata. Petang pukul 5.30 baru Mak lepas main. Tu pon semua orang dah tak main pondok-pondok dah. Dorang main getah or toi. Tau tak main toi tu apa? Galah panjang. Atau main tuju selipar or baling tin.

Kiter kan kecik? Main dengan abang-abang and kakak-kakak yang dah besar, Cuma boleh jadik ‘ayam jer’. Maksudnya kalau main galah panjang, tak payah la susah-susah nak kasik menang. Duduk je kat tengah-tengah kotak buat hiasan. Hahaha. Lawak kalau ingat balik.

Masa kecik, Mak I garang ok? Disiplin, kerja rumah semua dia pantau. Dulu rasa la macam ‘WHyyyyyy???” I nak macam kawan-kawan lain. Boleh main bila-bila masa yang kiter nak, takyah balik makan time tengahari, boleh berkubang dalam paya, mandi kolam ikan Pakcik Md Selamat, menjala ikan dekat paya, naik basikal laju-laju, panjat pokok or mandi hujan. Semuaaaa tu Mak tak kasik. Kata la I panjat pokok jambu batu dekat rumah Dik La (Jiran depan rumah), nanti Mak jerit ‘Kochippppp panjat tinggi lagi….’ Kalau dah dengar macam tu, cecepat la turun. Mana la boleh berkawan sangat macam orang lain. Kalau setakat kena belasah dengan tali pinggang sebab maghrib baru balik atau kantoi mandi paya tak payah cakap la. Dah kebal. Bring it on bebeh!

Duduk Felda, macam tu la. Berkawan and main semua close to nature jer. Dulu rasa macam ‘Ini jer ker yang boleh dibuat?’ But now, rasa macam rindu sangat nak buat semua tu. RIndu childhood friend. Rindu pada Zali, Abang Mie, Kak Basirah, Ana, Arwah Nida, Arwah Najib, Dik No, Dik La, Comel, Ceni. Tu semua kawan-kawan dekat rumah.

Pada Mak, terima kasih sebab ajar Not macam ni. Ajar kemas rumah sampaikan masa Form 1, I dah boleh diharapkan kemas rumah luar dalam, basuh baju, sidai kain semua. Tadek masalah pon. Sampai la dah tua-tua macam ni dah terbiasa rumah kemas. Ni semua sebab Mak yang ajar masa I kecik-kecik dulu. Beza dengan bebudak zaman sekarang. Darjah 2 3 macam Sasha and Kaseh tu, satu kerja pon tak boleh diharap. Main jer kalau kat kampong. I petir la macam mana pon, takder deeeeer dorang nak heran.

Dunia makin lama makin moden. Nowadays bebudak lagi banyak berkawan dengan gadget dari close to nature. One day, bila Shein dah pandai arahan, dah pandai jaga diri sikit-sikit, I akan biarkan aje dia main korek tanah, korek pasir or gali cacing. Sama macam Mama masa kecik-kecik dulu. Takper. Kiter bersahabat dengan alam, tadek salahnya. Kan?

Sekian cerita KLMJ. Haih. Memory. Selalu buat kiter sedih. Yang tua ramai yang dah meninggal. Childhood friend makin menjauh. Kekadang jiran dekat-dekat rumah pon ada yang berbelas tahun tak tak jumpa. Hargailah masa yang kiter ada sekarang ni sebaiknya. Banyak menda yang I regret bila fikir balik. Regret sebab selalu malas nak layan Arwah Ayah berborak dulu masa dia sihat. Regret sebab nakal masa kecik/remaja sampai buat Mak risau. Pemalas (waktu remaja) nak buat kerja sampai kakak-kakak meluat and many more. Naseb baik bila dah dewasa, tetiba pandai baiki sikap.

Dulu waktu remaja I pemalas ok?

Kata Kaklong, ‘Ko pemalas Dik. Bab1 pon tak malas macam nko’. Haha. Ok. Over la tu nak samakan aku dengan Bab1 eh kak?

-eNd-

Wednesday, November 26, 2014

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

Assalamualaikum...

Kaklong send gambar ni dalam group WhatsApp family. This photo was taken masa umur I 7 tahun. Tahun 1988. Time ni kiter pergi balik kampung Abang Long dekat Felda Endau, Mersing.

Turut kelihatan dalam gambar ialah Arwah Ayah yang giler bapak kacak siap rambut depan dia kalau ada ombak lagi satu dah macam Erra Fazira waktu bertunang dengan Awie dulu. Now I know mana Shein dapat rambut depan ombak tu. Dari Atok Ayeh dia! Haha.


Dulu kalau nak jalan jauh, Mak pakaikan baju kurung. Sopan je. Rambut sanggul. Kalau tak sanggul, kata Mak nanti I jadik macam original people punya anak. Ko giler original people comel macam ni? Haha. MATILA.


Pastu budak lelaki gemok debab eksyen macam anak ongkaya tu ialah anak buah sulong I, Along. Dulu kiter masa kecik memang sukaaaa bergaduh. Semua nak rebut. Bantal, towel, selimut and teddy bear. But dulu one thing I remember, I sayang Along sangat. Selaluuuu je nanges-nanges sampai bengkak mata sebab rindu dia.

Dulu Kaklong duduk Sabah lama. Almost 10 years. Duluuu mana ada flight murah macam sekarang ni. So once a year baru balik. Tu pon dua minggu je. Kiter dah la adik beradik tak ramai. Sedih la kalau ingat sebab time Kaklong duduk Sabah, Arwah Kak Ngah dah meninggal sebab accident 2 days after dia punya wedding. So kat rumah cuma ada Ayah, Emak and De je. Kaklong pon jarang-jarang dapat jumpa. Hari Raya pon sesekali je dalam 10 tahun tahun Kaklong kat Sabah yang kiter dapat raya sekali. 

Haritu ada yang request nak tengok gambar Arwah Kak Ngah. Lupa pulak I nak ambik gambar dia dekat kampung. Takpe. Nanti kalau balik kampung lagi if umur panjang, I amek gambar Arwah Kak Ngah. Dia kawen muda, 18 years old. Meninggal pon muda lagi. I pon takde banyak sangat kenangan dengan dia. Sebab jarak I dengan Kak Ngah dalam 10 tahun jugak. Dia rapat dengan Kaklong.

Kiter adik beradik selalu cakap, kalau Kak Ngah ada anak dia mesti 4 5 orang. Sebab Arwah Abang Syafie (suami Kak Ngah) pakai spek muka skema je. Biasa orang muka skema ni anak ramai. Haha. Anyway, mintak korang yang baca ni sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Ayah dengan Arwah Kak Ngah ye? Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...

-eNd-

Thursday, October 9, 2014

Throwback Zaman Muda Remaja Liptik Pink

Assalamualaikum..

Throwback gambar lama. Waktu ni I dekat Sutrajaya dalam tahun 2004-2005 kalau tak silap. Seronok sangat time ni sebab officemate sebaya je and semua sekepala. Best! Waktu tu CEO I garang giler. I jadik secretary dia. Lawak bila ingat balik drama I gaduh dengan CEO sampai baling-baling pasu. Merajuk balik rumah tak kerja 3 hari.. I pon terkejut bila I boleh buat macam tu. Boss I la suruh I mengaku menda bukan-bukan yang I tak buat, tu yang sampai I baling pasu and dia cakap I nak jadik pempuan s**dal ke? Hek elleh nak jeles tak tentu pasal dengan bebudak kapal time family day. Mendapat la pasu kelantai. Ikut hati I nak baling je dekat muka dia. Stressed giler time tu. Itu la boss yang paling mengundang I menjadik meroyan and sakit jantung. Perrrghhh.


Blakang dari Kanan (Ke Kiri?) Kak Sha (tudung hitam), Fiza, Kak Marlie, Siti Nurhaliza, Kak Ayu, Acu. Depan dari Kanan, Ana, Kak Intan, Ila, Atin, Ama and Arwah Kak Tonah. Yatie takde dalam gambar sebab dia tak main netball. Simpanan pon tak dapat. Sian Yatie. Haha.

Dia punya stressed jadik secretary boss kepala angin sampai rasa baik I jadik tea lady or tukang cuci jamban je. Senang. Ni each time nak pergi office I mula la stress. Balik umah tido pon tak lena sebab teringat esok nak mengadap muka boss. Ya Allah. Memang tadek peace of mind langsung. Makan hati I sangat. Dah la boss I kalau marah jenis baling-baling file. Lantas I mengutip file dilantai sambil lap air mata dengan lengan baju kurung. Perrrghhh. I ingat menda ni ada dalam drama Melayu je. Tapi jadik pada I. untuk boss, I dah maafkan U. Thanx la sebab U, I jadik tough. Dengan U boss, I tak sangka I boleh jadik berani melawan. Sebab dah tak larat nak diam and makan hati berulam jantung. Gitu.

Ok sambung. Lepas I baling pasu, I ambik handbag, ambik kunci kereta and blah. Tiga hari tak datang kerja sampai boss I call Kaklong I suruh pujuk I datang kerja. Time tu I tak fikir apa. Lantak. Resign pon resign la. Darah muda macam tu la. Time tu umur I 24 kot? OMG muda giler! Bila fikir balik sekarang I rasa lawak pon ada. Macam mana I boleh baling pasu eh? Hahahahah. Garang eh kiter Yatie time ni? Dah la masa memula masuk orang cop I sombong. Tapi tak kenal maka tak cinta kan? Heeeeee.

Seronok la waktu kat Sutra. Ada Yatie, Arwah kak Tonah, Atin, Kak Sha, Kak Nini, Kak Intan, Ama, Abang Azza, Acu, Kak Ta, Kak Marli, Kak Tim… Memang best. Walaupon ada la seorang dua yang eksyen tak tentu hala. Mementang la time tu I bawak Wira 1.3 je. Sian I. Tapi tahun 2004 Wira ok ape? Haha. Naseb sekarang dah up sikit. Dulu I hitam sungguh. Dah la rambut rebonding lepas tu kaler rambut warna brown giler lepas tu kening hitam pekat. Pakai pulak lipstick pink. OMG. Krisis identity sungguh. Haha. Bebudak baru nak up macam tu la. Harap semua dapat memaafkan. I nak letak gambar kat sini pon tak sanggup.

Waktu tu I duduk dengan Kaklong. Kawan pon dengan Kaklong je. Along and Ayang masa tu kecik je lagi so tak boleh la nak geng sangat sebab mana cool kawan bebudak sekolah. Naseb baik la ada Yatie dengan Atin nak kawan I time weekend, kalau tak hidup I memang macam loser nak mampos. Tapi dalam loser-loser tu sempat masuak Gadis Metro. Hahahha. Yang tu I rasa I win giler. Hahahahha.

Ok la. Nak sambung tengok gambar lama and mengkagumi sense of fashion I time tu. Kbye.


Lawa rambut kejong?


-eNd-

Thursday, September 11, 2014

Memori Camping Masa Sekolah Menengah

Assalamualaikum.

Semalam Maksu (My childhood friend at Jengka) whatsApp I gambar ni. Masa tu I tengah makan coco crunch, terus bersembur dekat screen. Hahaha. Selenga habes muka. I ingat time ni masa dekat Kem Pengakap dekat Bandar Pusat Jengka. Apa eh nama kem tu? Jap nak Google. Oooo kata Google nama dia Kem Pengakap Tengku Mahkota. Sapa yang sekolah area Bandar Pusat Jengka (Now nama dah jadik Bandar Tun Razak) and dia pengakap, sure tau kat mana tempat ni. Belakang kedai Nasik Ayam depan tasik tu. Kitorang panggil Sudut Selera. 


Dari kanan. Ija, Siti Nurhaliza, Suzi Mat Saad and Ayu. Nama AYu dalam FB Ayumi Yoshi. Motip Ayu?

I dulu Pengakap. Tapi baju pengakap tadek ponnnn. Yang ada scarf tu je la. Sekolah lain semua pengakap dia one suit. Kitorang dari hari mula sampai habes pakai je la baju dengan t-shirt. Miskin sangat rasa. Hahaha. Dulu-dulu kalau time camping memang best. Excited giler. Tak silap I, I join camping ni start dari Form 3. Masa tu dah 15 tahun, so Mak dah bagi la nak join aktiviti sekolah yang overnight dekat luar. Walaupon dah pesan  TAK PAYAH datang tapi dia dengan ayah degil. Datang jugak. Nak ambik baju kotor and hantar makanan. Pffft. Jatuh reputasi I depan adik-adik sekolah rendah. Dorang pon camping tapi tadek plak Mak Ayah datang jengok. Basuh je baju sendiri. Makan je sendiri. Yang tu sampai sekarang I tak puas hati.

Pastu pulak kan, orang lain semua pergi naik bas. Usually, I, Erni, Ayu and Dewi kiter pergi naik kereta Cikgu Azaman. Memang every year macam tu. Nanti cikgu datang ambik dekat rumah and boleh pergi lewat skek. Let say orang lain pergi pukul 10.00am untuk pacak khemas semua, kiter datang dah petang pukul 5.00pm. Nanti Mak bekalkan dengan pisang and rambutan seguni sampai penuh bonet kereta Cikgu Azaman. Seronok sangat bila cikgu sayang. Cikgu lelaki memang sayang la. Cikgu perempuan ramai tak suka dekat I. Insecure takot orang ngorat laki dia la tu. Haha.

Kat sana kiter buat aktiviti memasang khemah. Lepas tu ada pertandingan buku log, pertandingan memasak and paling best, Malam kebudayaan. I ingat, ada dua kali Malam Kebudayaan I participate. I nyanyi dengan Ayip. Satu tu masa kat Kem Mahkota I nyanyi lagu Nurul & Ajai yang Aku CInta Aku RIndu tu (amboi. Bulu pon ada sikit-sikit lagu nak cintan je) and masa kat Tasik Chini I duet dengan Ayip nyanyi lagu Pergilah Sayang by Ella & Korie. And sekolah kitorang menang. Both menang. Sebab kiter buat sketsa lawak and lepas tu Ayip petik gitar and kiter dua menyanyi sama-sama. Time tu I tadek masalah nervous ke apa. Confidence level memang tinggi. Ko try suruh sekarang? Pegang mic dah gigil.

Rugi sebab time tu tak rakam or ambik gambar. Teknologi time tu mana la nak sama macam sekarang kan? I masa yang menang persembahan time kat Kem Mahkota yang nyanyi lagu Aku CInta Aku Rindu tu ada la rasa kembang-kembang sebab masa kiter pergi mandi kat toilet ramai-ramai skali dengan budak sekolah rendah and sekolah menegah lain, semua orang macam cakap pasal persembahan kitorang tu. Sebab sekolah kitorang buat lawak hantu ke menda ntah kan? So semua macam terhibur. Sekolah lain pergi nyanyi lagu Nasyid  Saujana Keluarga Bahagia la apa la. Pastu nak berilmiah je, memang la menguap semua. Haha.

Banyak kenangan time camping ni sebenarnya. I pernah pergi Taman Negara jugak ikut Pengakap Sekolah. Mandi dalam hutan time period, jumpa mayat kat tebing sungai. Jumpa hantu la, kena baling dari dalam hutan time malam-malam buta and many more. Bila ingat balik sekarang, nak masuk hutan berpacat rimas macam tu haishhh. Baik dok rumah layan tv lagi best. Hahaha.

Bila sampai je rumah dari camping, Cikgu Azaman hantar kan? Pastu Mak dah ada depan rumah. Dekat pintu. I masuk je rumah terus Mak kata, ‘Mandi sekarang! Ko ni dah macam orang Asli Sungai Bangkong dah’. Pastu dia jadik mando duduk dekat pintu bilik air. Pintu dia tak bagi kunci. Suruh gosok gigi, sabun 2 kali, syampoo dua kali. Bilas dua kali. Semuaaaa dua kali. Pastu bebel-bebel cakap apa la kotor sangat. Ko ni pergi khemah ke pergi berkebun? Lepas dah siap mandi terus kena paksa makan. Ponnnn dia tunggu depan I untuk pastikan I makan habes. Boleh? Boleh tak Mak I macam tu????? Hahahhaha.

Dulu I tak paham. Kenapa masa camping kat padang sekolah (je pon) masa darjah 6, Mak hari-hari datang cek I dari jauh. Dah pesan JANGAN DATANG DEKAT. Sanggup tu dia jalan kaki dari rumah ke sekolah sepanjang-panjang 3 hari I berkemah. Pastu bila naik sekolah menengah pon ada jugak Mak datang campsite yang Kat Kem Tengku Mahkota tu. Tapi kat Tasik Chini and Taman Negara dia tak datang la. Sebab jauh. Hahah. Padan muka. But now, bila I ada Shein, I faham dah apa Mak rasa. Risau anak tadek baju bersih, tido selesa ke tak, makan cukup ke tak. Dulu I tak paham.

Sekarang I paham. Pastu sebak plak rasa. Walaupon dulu menghentak-hentak kaki bila Mak datang bawak nasik ayam. Salam dia cepat-cepat lepas tu amek makanan lepas tu suruh dia balik terus jangan pusing blakang dah. Segan kalau kawan nampak sebab nak jaga reputasi but now bila ingat perrrghhhh sebak siot! Dia risau I lapar sebenanrya. Tapi I je yang tak paham sebab tu I merajuk and tarik muka each time Mak datang. Haih.

Sok lusa bila Shein dah besar, I pon macam tu jugak la kot? Pedulik la dia nak malu ke apa. Janji I pastikan dia cukup makan, cukup pakai. Hahahha. Tak kena gaya, I join je sekali camping. Haha. Naseb la ko Shein. Sheinnnnnnnnnnnnnnnnnn nak uwet!

-EnD-

Thursday, August 21, 2014

Throwback Raya Dengan Kawan Sekolah Menengah

Assalamualaikum

Ni gambar throwback raya ni. Dengan kawan-kawan masa sekolah menengah dulu dekat Sekolah Menengah Jengka 10 (SMJX). Every year, kalau ada kelapangan and kena masa, kiter akan kumpul and jumpa. Setahun sekali je. Tapi tak semua dapat join la. Mana yang sempat kontek je. Dari 18 tahun lepas bebudak ni plan nak buat reunion bebetul tapi sampai kesudah tadek. Sabar je la.  


Dari kiri. Ratna Dewi, Idura (Wife Hasnolhisyam), Yours truly (kalau tak kenal memang carik pasal, Maksu (Suziyana), Wani dengan anak dia and Zura Harun.


Dari kiri. Adik (Faizal), Edi, Hasnolhisyam, Ijal Jaafar and Dodit (Suami Wani). Adik dengan Edi tak kawen lagi. So Intan? Apa tunggu lagi?

Dalam ramai-ramai kawan sekolah, yang paling special mestilah Wani & Dodit sebab dorang bercinta dari Form 3 kalau tak silap I. Tak sangka berbekalan sampai sekarang. Anak dah 3 dah pon. Jodoh kuat betul Wani and Dodit walaupon dulu kan kan kan? Wani pernah terjun sungai sebab gaduh dengan Dodit. Yang kelakarnya, time Wani terjun tu dia tak lemas sebab sungai tu sampai keting je. Hahahahhahahah. Each time ungkit pasal ni Wani mesti bengang je. Wani please jangan marah, nanti cepat tua. Love U Wani!

Sebab biasanya cinta yang lepas belajar, masuk alam pekerjaan baru la membawak ke jinjang pelamin. Very rare kan nak dapat bf zaman sekolah jadik suami? Jap nak ingat. Dulu I zaman sekolah ada BF ke tak eh? Rasa macam tadek. Maklumlah I dulu hitam, kening tebal straight macam sinchan. Gigi rongak, rambut kenteng sapa la nak. Biasa jadik tukang pas surat kat Kasmawarni je. Dia dulu hot wooo zaman sekolah sebab muka dia macam Lydiawati.

Tapi kan? Tak sangka bila dah besar ni, jadik not bad pulak. Mesti ramai yang menyesal reject I dulu. Kah kah kah. Gurau je tau? Kang ada pulak Anon komen kata aku muka ala kadar tapi perasan cantik. Kecik hati ai. Anyway! Hopefully kiter dapat teruskan tradisi kumpul ramai-ramai macam ni sampai bila-bila. Amin…..

-EnD-

Monday, October 28, 2013

Memory Sekolah Menengah

Assalamualaikum.

Kalau boleh putar balik masa, macam teringin nak Tingkatan 3 and Tingkatan 5 balik. Time tu ada ramai Abang Senior yang jambu-jambu macam kumpulan BSB dekat sekolah (kahkahkah). Enal, Edi Chopper, Punk (Nama nak Punk jer walaupon nama sebenar  Mohd Hasni ), Syed Sadali, Arwah Abang Asrul etc. Kau tengok la budak ni kan? Patot cakap macam ni, ‘Kalau boleh putar masa balik, kiter nak belajar rajin-rajin and takmau nakal-nakal’. Haha. Ni sebok nak ingat Abang senior yang jambu-jambu. 

Teringat masa Form 5. Time tu tak sedar diri dah nak SPM tapi sebok pergi  rombongan sana-sini (Ongkampung la katakan. Jakon dot com). Sebok camping sampai ke Taman Negara siap masa tengah mandi, tetiba nampak mayat dalam sungai. Perrggghhh mencabar siot! Paling tak boleh lupa, masa camping tak kisah la peringkat sekolah or peringkat negeri mesti I naik pentas nyanyi duet dengan Ayep lagu Pergilah Sayang by Ella & Korie. Yang magik time tu tadek la suara ketar ker apa. Rilex jer. Mana entah perasaan gayat/malu time tu. Nauzubillah. Ko try sekarang. Baru kat tepi stage dah gigil jubor kencing dalam seluar.

Lately ni kawan-kawan sekolah buat group dekat WhatsApp and send balik gambar lama-lama. I sengih jer tengok kening rata macam pembaris. I dulu pengawas. Bukan buat kerja apa pon. Takat keluar awal time rehat je. Alasan : nak jaga kentin. Haha. Sajer nak glemer pakai baju biru. Time sekolah dulu ada jugak cikgu pempuan yang rasa insecure tak suka I tak memasal. Taktau ker dia I Form 4 pon pakai camisole lagi. Hahahaha. Budak tetep kecik macam ni pon rasa boleh bagi saingan ker? Choi!

Bila ingat balik, mesti senyum sendiri. Seronok! Macam-macam aktiviti buat. I dulu join Pengakap. Memang best. Nanti budak lain pergi camp-site naik bas, I pulak cikgu Azaman ambik dekat rumah naik kereta dengan Ayu, Erni and Dewi. Yang suka kat kiter cikgu lelaki jer pon. Kah Kah Kah. I miss you Cikgu Azaman. Sebab Cikgu selalu la I dapat pergi camping dekat Tasik Cini dengan geng-geng pempuan lain and dapat join bebudak sekolah lain. Time tu kalau dapat jumpa budak sekolah lain macam dah terpaling best dalam dunia dah.

Terima kasih kawan-kawanku. Erni, Dewi, Nik, Syikin, Ayu, Yatie Kadir, Arwah Faezah, Wani, Apis, Kamalia & Eja untuk memori yang indah-indah. Untuk  geng kelas 5 Bistari, Kasmawarni, Zuras, Lela & Idayani (Ida, U tak suka I sampai sekarang. Motip?) Haha. Tak lupa Linda Hayat & Hanim yang pindah sekolah awal. Untuk kawan-kawan lelaki dimana sahaja anda berada. Ijai, Lie, Kamal, Tam, Didi, Azdi, Wan Nazir, Dodit, Edi Besi. Terima Kasih untuk memori yang indah ini.

Semoga nkorang semua sihat, hidup bahagia forever and ever. Happily ever after. Untuk yang dah meninggal (Faezah, Wan Sirat, Sarizi, Iskandar Mashuri, Acek etc) Semoga Allah merahmati anda semua. Alfatihah. Amin…

-EnD-


Kiter Penawassssssssssssss (Yang ni dengan Dewi. Kakak Kawasan) Anak Tok Kamal. Polis Jengka Satu.