Assalamualaikum.
Harini last I kerja
untuk minggu ni. Khamis sampai Ahad I balik Kampung Tok Sazli dekat Kuala
Ketil Kedah sana nu. Kampung Merbau Pulas. Tau tak?
Tengah dok nak imagine macam mana la Shein nanti dalam
kereta. Sekarang ni kalau naik kereta mana ada dah I duduk depan. Duduk
belakang jer dengan Shein jadik bos sebab kalau dia duduk depan nanti semuaaa menda nak
dipegang. Dari aircond, ke radio, gear tingkap tok nenet. Kalau kasik chance,
dia nak meniti pergi kat Sazli, pastu nak drive kereta terus. Haha.
Itu baru sekejapan dalam kereta. Kata la nak pergi Kajang
ke, Shah Alam jer, dah huru-hara I dalam kereta. Ni nak berjalan 5 6 jam. Haha.
Aku gelak jer la. Pepandai la Baba and MakTok dia handle. Mama nak
tiiiidddoooooooooooooo. Ada yang anak jenis diam dalam car seat. Shein? Ikut
mood. Tapi mengikut pemerhatian I perangai Shein ni memang tak aaaa dia nak dok dalam car seat.
Itu sebab la kalau orang tanya macam mana I boleh kurus,
jawapannya ialah Shein. Shein yang punya
pasal. Dengan penyakit penyapu freak I ni, balik umah letak handbag terus
mengemas. Penat woooo. Bila penat mana nak lalu makan dah. So I selalu skip
dinner. Ni Shein baru merangkak meniarap, esok lusa dia dah dapat kaki
fengshaaaannnnnnnnnnnnnnn. Memang tambah kurus la agkanya (amin…)
Ada yang tanya I, macam mana I handle Shein time nak
pakaikan pampers and tanya I pampers apa yang I guna kan? Ok. Macam ni. I tak
guna pampers yang easy pants tu tau? Sebab I tau Kaklong cakap pampers jenis tu
mudah bocor, lagi-lagi kalau berak. Mudah sangat bocor. Memang la senang nak
pakaikan, tapi tu la. Tak berapa nak praktikal. Kalau bocor, dah satu hal kena
kat seluar. Lagi la leceh. Memang la senang nak pakaikan. Kata ongdedule. Susah dulu senang kemudian.
I pakaikan Shein Huggies. Kaler merah. Biasa ambik kaler
merah la.. Huggies Total Protection nama dia. Tapi sebab semalam ada sale kat
Jaja (Jaya Jusco) I amek Huggies Dry yang kaler biru tu. Kekadang kalau Huggies
Ultra yang kaler hijau tu sale, I beli jugak. Haha. Janji Huggies. So far I
rasa ok la. Sebab kalau kencing banyak mana sampai berat pon molek jer tak
tiris. Pastu tadek bau air kencing sangat. Amsyar anak buah I pakai Drypers.
Pon ok jugak. Pet Pet pon ok jugak. Cumanya I rasa macam bila kencing, ada
berbau sikit. Kalau Huggies ni tadek bau
sangat. Itu sebab I suka.
Yang Ni la. Huggies Total Protection. Terbaik!
Bab petua nak bagi anak diam time pakaikan pampers, ikut dan
jer. Ikut mood Shein. Kena mood dia elok main bagi apa pon diam, ok la. Paling
senang nak bagi dia diam, bagi ajer Remote Astro. Kompem diam. Kalau tak,
tarzan la I. Kalau dah tension sangat I lantakkan ajer dia bogel. Pastu bila
dia pandang I, I cakap, ‘Taknak kawan’. Kompem dia datang meleset nak buat baik
balik dekat I.
So. No specific petua or what not. Depends on baby. Tapi
kalau dalam Mall, sebelum I tukarkan pampers I akan cakap, ‘Shein, Shein duduk
diam yer? Mama nak tukar pampers sorang-sorang ni. Jangan buat Mama kalau tak bak duit’. Kedip-kedip
jer mata dia, pastu behave molek pulak. Takot betul Mama mintak duit dia. Haha.
SO kesimpulannya apa motip entry kali ni? Jawapannya ialah
hampir tiada motip. Haha.
Sooooooooooooo Ongkedah mana yanga ada kat sini angkat
tangan. Kot ada yang nak belanja makan jumpa kat Penang ker kan? Or nak jumpa kat Kuala Ketil ker bagitau la
eh? Nak uweeeeeet !!!
-EnD-
8 comments:
aku dulu umur shein si fayel ni mmg bersilat la...aku pakai yang jenis seluar tu tapi kejap je...ni dah setahun lebih dah ok sue...dah besar kan dah paham bahasa...kejap je renyah nya pun
5-6 jam perjalnan pasti bb akan buat hal.kalu jalan malam, ok la.kalu jalan siang hummm..standby je la..kena brenti 2-3 kali gak tu
sy kalu nk jalan jauh, download siap2 memacam kartun dlm phone, sediakan kudap2an..settle
selamat berjalan jauh.. peluk cium tuk shein
5-6 jam perjalnan pasti bb akan buat hal.kalu jalan malam, ok la.kalu jalan siang hummm..standby je la..kena brenti 2-3 kali gak tu
sy kalu nk jalan jauh, download siap2 memacam kartun dlm phone, sediakan kudap2an..settle
selamat berjalan jauh.. peluk cium tuk shein
saya kalo balik kg kt seremban mmg siap cd upin ipin,ultraman psg lam kete..siap la biskut2 bagai..nk layan sambil2 mkn mcm dok umh..hadoiii..abih ngn ayah bonda sekali kena layan..hahahah...utk si adik plak..siap donlot katun billy bam2 lam ipad..asal nak susu ja kena pasang..utk pampers plak..abg ngn adik mmg dr dulu pakai pet pet atau pun huggies..tp lebih pada pet pet sbb kencing x bocor..yg penting x jd ruam..2 beradik ni kalo pakai dryper abih bebird n tut depa ni merah2..sejak si abg ni dah bulat..pet pet dah x padan sbb kena cari saiz xxl..skrg dh jd pengguna tetap huggies dry yg biru tuh...
Hehe.. shein shein.. kedekut eh dgn mama
Ok gak tips tu, CN pon nk gak ler mintak duit kat Irfan kalau dia takmo pakai pampers ! btw..sama la kita, Huggies gak the best ! pernah try petpet dan drypers, tapi tak berapa best compare ngn huggies ;)
baby i setia dgn huggoes hijau. Memang penah cuba brand lain tapi i rasa huggies jugak yang best...shein ni i rasa lebih kurang baby i je umurnya..:) tapi mmg baby suka remote kan? Coz baby I sanggup bersusah payah nakkan jugak remote astro tu...:)
Kakton org kedah,jemput la mai umh kat sg petani....makanan2 spesel menanti
Post a Comment