Assalamualaikum.
Minggu lepas kan? Shein sampai batuk-batuk sekejap sebab
penat travel jer. Dari Sabtu sampai la hari Selasa. So mommies out there, if
baby batuk-batuk sepanjang travel tu jangan la risau ok? Itu sebab baby penat.
Untuk baby yang below 1 year old tak perlu bagi ubat dulu. Tunggu 2 hari. Nanti
dia akan ok sendiri. Tapi kalau lepas dua hari dia still batuk baru la consult
dengan Paed masing-masing (Yang ni Dr. A yang cakap).
Kan semalam I gigih cerita pasal pelampung siap gelak-gelak
tengok pelampung sangkut dekat leher tu kan? Haha. Tapi kata Mysara dengan Ida
Mummyzara, pelampung sangkut kepala tu la baby lagi enjoy. Tergedik-gedik kaki
dia dalam air. Lagi syok. Anak My lagi la hebak, siap terjun tiruk masuk dalam
kolam. Nanti dia akan tenggelam kejap lepas tu dia akan timbul balik. Seram
pulak aku dengar. Haha.
Sabtu tu I sekeluarga (Sekeluarga tu ialah Sazli, I &
Shein) pergi ke Kuantan sebab nak pergi majlis Cukur Jambul anak Hadry dengan
Lynda. Edrian Qayser nama anak dia. 2 months old. So kitorang stay dekat Zenith
Kuantan berdepan jer dengan East Coast Mall (ECM). Hotel tu I book guna
Agoda.Com.
Sekarang ni kalau nak book hotel selain dari guna corporate
rate opis I, I akan check dulu dengan Agoda. Mana lagi murah. Untuk U guys out
there yang selalu travel and suka holiday masuk hotel, resort boleh la book
melalui Agoda dot com. Memang murah dari harga kalau book hotel terus. (Ke
semua orang dah tau sebenarnya?)
Overall I suka la hotel Zenith ni except for corridor dia
yang keluar dari bilik sampai ke lift macam bahang jer. Tak pasang aircond. So
rasa a bit stuffy and lemas. Shein ok jer. Mama dia kan ada penyakit tak boleh
panas sikit. Padahal ongkampon jer pon. Eksyen kemain tak boleh panas bagai.
Pui!
Tapi serious sesapa yang mudah panas, kaki menggeletar,
tangan menggeletar, nak mengamuk jer kerja-kerjanya and heart-beat laju sila la
buat blood test. Itu memang betul ada
penyakit. Hyper tirodism nama dia. Ini I serious ni. Tak tipu. I pon sekarang
memang memang under treatment dengan Doktor Fatimah Ismail (Gleneagles, KL)
untuk rawatan sakit ni. Not so serious. Boleh makan ubat semua cuma kalau buat
rawatan kiter akan selesa sikit la. So jangan risau ok?
Ok, back to cerita hotel tadi. I tadek amek gambar banyak
sangat gambar sebab Pak Incik ni, dia kalau I bawak keluar henpon nak amek
gambar asyik buat muka jer. So. I pon amek la Shein kekonon nak amek gambar
Shein. PADAHAL. Hahahaha.
Sampai-sampai jer terus humban Shein atas katil. Kemain berpeluk sakan dengan susu container dia tu. Macam la orang nak rebut sangat.
Bilik besar, katil besar, toilet ada bath tub and semua la
kemudahan yang hotel 4 star should have. Dekat dengan town and dekat nak pergi
pantai semua. Kolam pon not too bad la, tapi mana boleh lawan kolam dekat Villa
Wangsamas umah yang I duduk time anak dara dulu. I sekarang ni kalau pergi
mana-mana, kalau dia hebat dia mestilah lagi best dari kolam dekat Villa
Wangsamas. Haha.
Beeesar bilik. Seronok Shein geledah.
Sebok jer la dia ni!
Harga dia untuk bilik superior king size bed with two
breakfast is only RM280 jer if order through Agoda dot com. Value for your
money kan? Ikutkan I lagi suka resort dari hotel tapi if nak stay tido jer baik
duduk hotel kan? Sekarang ni I ada plan dengan Dyba, Ira, Intan & Sarah nak
check in hotel kat KL. Malas nak plan jauh-jauh kompem tak jadik so kitorang
nak check in dekat Flamingo jer. Bila bagitau Sazli dia gelak jer. Kata dia
baik dia tido kat umah jer. Kwahaja kan?
Kan yang I excited sangat dengan pelampung and baju mandi
Shein tu sebabnya nak mandi kolam la pagi Ahad tu. Naseb baik baju mandi Shein
tigaplo lapan hengget ada jual dekat hotel. Yayyyyy! Kata Suria, next time
kalau nak bagi baby mandi swimming pool boleh beli pampers swim diapers. So
kalau dia absorb air, dia takkan la berat sampai senget pelampung macam Shein
last time. Ok. Baiklah. Lenkali kena la beli pampers jenis ni. OK?
Baju mandi tigaplo lapan hengget yang selalu dibanggakan. Happy eh Shein? Taktau telor dia dah kecut -mecut.
Huggies Little Swimmers!
Makan kat Majlis Cukur Jambul Edrian Qayser memang best la.
Ada ikan patin masak tempoyak. Giler ah. I suka yang lemak bawah dagu ikan
patin tu. Sedap gilers. Pastu all dessert by Dada adik Hadry. I terpaling suka
macaroons dia. Makan banyak giler. Mana la tak gemok dot com kan? Sebab bila
tengok dessert I akan terus lupa diri. Macam I, tak makan heavy takper. Janji mau
ada kek, or yang manis-manis. Tanda bakal dapat kencing manis ker apa ni?
Yang dukung Shein tu tunang Acap. Cantik giler. Kan? Ada Go jugak. Go ni hebat giler. Dia pandai masak Beef-Wellington. Dia dengan Asma his doctor wife dah layak sangat nak masuk Master-chef. Tapi sambal air mata tatau la dia boleh buat ker tak. Kah kah kah.
All by Dada. Hebat giler!
Sekian cerita Kuantan. Sekarang ni I tengah mencarik second
stroller untuk travel jer. Yang boleh fold sekecik-kecik alam sebab pengalaman
bawak stroller Shein Quinny Moodd ni memang penuh la bonet. Susah nak masuk
barang lain. Bonet jadik limited space. Kata Syikin, kalau boleh stroller untuk
travel tu pakai untuk travel jer sebab stroller yang lipat-lipat ni mana ada
span. Rangka jer. Sian kat baby. Nanti dia tak selesa sikit. Sakit badan.
So, kalau setakat nak jalan-jalan kat KL boleh la pakai
stroller gemok. Tapi kalau travel molek kalau ada stroller yang boleh fold
kecik-kecik. I suka la Zen Yo-yo tu tapi sengaja jer nak tengok yang jenis lain jugak. Macam Yash senang. Dulu bawak
Graco, selesa Farel tido macam atas katil. Sekarang ni nak jalan dia bawak
stroller macam payung tu jer. Aku tengok dah macam stroller Barbie jer. Haha.
Sebab dia pon mengandung sarat kan? Mana nak ada tenaga nak hangkut-hangkut
stroller yang gabak.
Macam smart kan Yoyo Zen Stroller ni. Boleh pegang macam beg jer. jimat ruang dalam kereta and sesuai untuk travel. Ker ada lagi jenis lain yang best? Share
Btw, tahniah Yashie sebab selamat melahirkan baby girl. Nama
dia Balqis (je). Simple. Abang nama Farel, adik nama Balqis. Simple and nice.
Comel anak dia. Tapi I tengok macam muka Apai jer. Apai version perempuan.
Haha. Matikla. Mak yang sesusah mengandung sesenang anak-anak ikut muka bapak. Sama
macam Shein ni la. Sekarang ni kalau orang jumpa Shein cakap depan I, ‘Shein ni
sebijik muka bapak’, terus I potong. ‘Ikut muka Mama’. Hahaha.
Kekadang sampai kecut mecut dah jari dia kena nyonyot jer. Dah la bau masammmmmmmmmm.
Yash kan memang terror handle baby. Dia boleh bedung Balqis
atas perut jer. Pastu burp kan nampak macam dah terror giler. Kata Yash, dia
belajar teknik breathing yang farah ajar. Boleh kurangkan sakit. Tak payah guna
epidural pon. Kata Yash anak dua cara burp kan dah lain. Nanti kal;au anak 4
burpkan guna kaki jer. Dah tak kuasa. Hahaha. Bongok giler.
Comel sangat anak Yash! Farel lagi kelakar. Masa Yash baring, dia letak kepala dia kat perut. Pastu kata Yash, 'Baby already come out'. Hahahaha.
Sekian cerita. Yang peramah sangat aku harini dah kenapa?
So. Sebab cerita panjang, ‘Nak uweeeeeeeeeeeeeet!’.
-EnD-
4 comments:
combi stroller pun ringan k.su..
saya beli utk travel berat 5kg jer..ape eh nama ntah lupa.stroller tu x buleh nk baringkn la..mmg utk duduk jer..tp kalo travel saya mmg kena bwk 2-2 stroller.yg 1 lg buleh baring buleh la tukar2 ngn si adik sape tido duduk lam maclaren..beli maclaren pun psl stroller tu yg buleh menampung berat si abg yg gemok tu dia pun sebok nak duduk lam stroller kalo gi mana2..kena la beli yg sesuai dgn berat bdn beliau..huhuhu...maclaren buleh tampung berat bdn smpai 25kg..
eh..saya baru tau ade pampers utk swimming..buleh la beli nnt..selalu risau nk bg diorang mandi tau kang tetiba timbul plak ketul emas dr kolam tu..hahahha
panjangnya kisah..tatau nak komen mana dulu.. haha..
hypertiroidsm ke cane tah ejanya tu.. ada sorang doktor pernah tulis kat blog dia pasal wife dia kena.. agak bahaya.. so hati2 ya..
shein comeyy!!
eh hebaknya dada buat semua menu tu.. jeles.. dia bisnes ke?
akhir sekali..tahniah untuk baby baru fash.. hihi
hahaha lawak la kak sue ni.. anw shein, i can see ur teeth!! so cute ok..
McLaren comfortble jgk utk travel. Mcm sy dulu jadikan mcLaren tu as second stroller time nk naik flight je. Sbb senang nak handle. Lama2 rasa selesa plus tahan lasak, terus jual je quinny. He2...cuma nye kalau jalan berbatu-batu tak rata tu susah sikit la nak handle mcLaren kalo nak dibandingkan dgn quinny. Sbb roda jenis keras kan. Rasanya mcLaren yg new version ni blh baringkan. Senangla nak tdo...
#Selamat membeli stroller baru ;)
Post a Comment