Thursday, November 7, 2013

Pelampung Baby

Assalamualaikum..

Sekarang kan tengah sales kat Mothercare? So last week on Friday I pergi la ke KLCC dengan Intan, Dyba, Ira & Sarah. Jakun Makkon naik LRT dari Damai ke KLCC. Kitorang naik LRT sebab Friday biasa car park full. Malas nak pusing-pusing parking sampai lapan round. Bukan dapat point pon.

Si Dyba eksyen ok sebab dia kan otai LRT? Yang jakun semestinyalah yours truly. Haha. Kecoh giler Intan. Kitorang kan masa elok naik tangga, pastu train sampai. Intan kata macam ni, ‘Korang naik la dulu, jumpa Intan kat KLCC’. Hahaha. Sebab dia takot tak sempat sebelah kaki lagi naik, train dah jalan. Nanti dia jatuh. Bongok kan? Padahal sempat jer semua. Ingat ni bas ker boleh cicir-cicir macam tu? Intan ni banyak sangat tengok drama kat tv ni. 

I excited giler nak beli baju mandi dengan pelampung Shein dekat Mothercare sebab nak pergi Kuantan esoknya. Tengok harga baju mandi kat Mothercare boleh tahan la mahal. Sampai hundred over. Yang murah sikit ada pelampung kat pinggang. Macam baju cacat jer. Pastu sependa renang RM50++ tak silap I.  Dah la sama jer pesen dia. I tengok baju mandi baby girl comel giler rasa macam nak gigit-gigit2 jer. 

Pelampung I tengok ada yang jenis untuk 2-3 years. Ok. Beli jer la. Padahal Sazli pesan suruh beli yang kaki masuk celah dia tu. Yang ada lubang kaki sebab kalau yang pelampung kosong macam tu jer mesti la bahaya kepada baby kalau tetiba kiter termeroyan dalam kolam and terlepas pandang nanti baby boleh lemas kot? Sebab baby mana nak pandai control bergayut kat pelampung lagi. I pon Mak Ngek tak fikir apa ambik jer la pelampung tu. 

S E K A L I masa nak bayar tengok barisan panjang giler sampai kat department stroller tu. Tak kuasa nak beratur terus keluar kedai sambil hentak-hentak kaki. Skali Intan yang hebat cakap, ‘Kaksu, mesti ada kan pelampung Shein dekat Toy R Us?’  Eh. Betul jugak. Boleh pakai jugak Intan ni kadang-kadang. Haha.

Kitorang pergi la kat sana. Sekali hamek kau lapan puluh juta jenis pelampung alat mandian tok nenet siap kolam ada dekat situ. Yang perlu ada sekarang ni duhet je. Pilih punya pilih Ira besungguh suruh beli yang katak. Padahal I suka Penguin. Masa I cakap nak beli pelampung yang siap macam rumah ada atap tu semua bantah. E! itu impian I masa kanak-kanak nak pakai pelampung tu. Nak la turun pada Shein tapi mendapat bantahan pulak. Takper. Nanti diam-diam I nak beli jugak. Kalau Shein taknak masuk, I masuk. Kalau muat la. Hahaha.

Kejap. I Google pelampung baby tau? Sekali keluar image ni. Hahhahahahahah. Kesian giler ok? Hahahhahaha. Nanges aku gelak dalam office ni. Tak sampai hati pulak nak bagi anak berenang macam ni. Badan semua dalam air. Kepala je keluar. Dah macam kura-kura. Hahahha.

 Hahaha. Omel giler! Pelampung ni memang sangkut kat kepala jer eh? Tu tengok yang pelampung pink tu Ya Allah. Ko mari sini aku gomel sikit!

Ada macam-macam jenis pelampung dipasaran. I rasa kan kalau nak praktikal takyah nak atap and mainan sangat la. Buat semak jer. Beli yang boleh masuk and ada tempat sandar sikit. Udah. Nanti baby boleh fe-feeling macam cerita bawang putih bawang merah kais-kais air panggil ikan kaloi nak bagi nasik malukut sayur kaladi tu.
 

kredit to belfashop
Yang ni sesuai untuk baby. Ada tempat kaki and ada tempat sandar sekali. Selesa jer nampak kan?


kredit to farahwahyda
 Yang macam ni la yang I kata kat atas tadi. Simple je. tadek semak samun kat depan.

Yang I beli Shein punya yang katak tu kan semak jer dekat bahagian depan dia, so dia macam tak boleh nak tengok view depan. I tengok yang hotel punya lebih praktikal. Macam ni. Simple and praktikal.

Ada banyak jenis kan? Eeee best giler yang ada atap tu. Untuk dewasa memang tadek eh? Tak adil la macam ni. Hahahahha. Tolong la cipta orang dewasa punya pelampung yang ada atap ni. Tapi kalau ada la kan? Aku pon malu nak mandi dalam kolam public. Mandi dalam besen dalam bilik air je cukup. Hahaha. Bongok giler.



 Yang ni jenis ada atap

Kalau korang nak carik pelampung urgent and tadek time nak beli online, pergi jer dekat Toy R Us. Semua ada kat situ. Yang jenis life jacket pon ada. Yang jenis masuk kat tangan ada. Semua adaaaa. Mak Bapak jer yang tadek. Hahaha. Harga pon way murah dari Mothercare. Mampu milik kekdahnya,

First experience Shein time masuk kolam. Aku yang terlebih jakun excited sampai nak muntah. Macam la kat rumah tadek kolam kan? Tetap nak menjakon mandi kolam kat hotel. Shein macam biasa la buat muka tadek perasaan. Yang menggelijat lebih mesti lah Mama dia. Hahaha. I pon boleh tahan Mak Ngot. Pergi pakaikan shein pampers. Masa dah 5 menet masuk kolam pampers dah berat pastu Shein macam tenggelam senget sikit. Haha. kelakar giler. 

Anyway, pesan I kalau nak beli pelampung beli sekali la alat pam dia tu. Putus nafas I tiup bola. Sazli lagi kesian tiup pelampung. Lepas dah siap tiup, bersandar member dekat tepi katil. Hahaha. Kalau rajin boleh google apa kebaikan bawak baby berenang. OK? It’s a good and fun exercise jugak. Tapi jangan la ko rendam baby tu sampai kaki biru. Tak ok jugak tu.

Last but not least, gambar Shein dalam kolam. muka mesti la masam. Kata nak jaga reputasi sebagai Abang Kawasan Ampang kan?

 

 Baju mandi beli kat Hotel Zenith Kuantan tempat kitorang stay. murah nak mampos. RM38.00 je pon. Haha. Size S. Untuk umur 3 tahun. Tapi molek je Shein pakai. 

-EnD-

5 comments:

ynadona said...

eh memang ade eh jual kat hotel pelampung sume?ingat kena bawak sendirik.haha. aritu pergi zenith tak tahu pool close pukul nam.pergi kedek2 areil sampai tgk2 guard x bagi masuk dah.sebab indoor pool katanye.terus mandi bath tab sudey..kakakaka

mrs kayrul said...

cantik plak pelampung shein tue....

Haris Zuhaina said...

Mahai jg la kira plampung tu kan Sue.. Sy bli kat TESCO ja :P
tp kena monitor, plastik lapik pungkoq tu masuk juboq, tkt sakit/pedih.. klu bb girl lagilah... bl dah besaq sikit, lapik pungkoq tu leh gunting :P

Azziah Nawawi said...

best eh pelampung ada atap tu? klau anak i, mau sehari duk dlm kolam. budak tu klau jumpa air, mcm jumpa emas.. haha

Fara Dilot said...

Pelampong leher je tu baby x suke sgt.. tp safety la.. tp ktrg selam kan aje tayah pakai prlampong2.. ngohohi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...