Wednesday, December 18, 2013

Birthday Dinner Shindong!

Assalamualaikum.

Ok. Kesinambungan dari entry pasal semalam. Pasal yang bekeday dinner Sheindong tu. Kitorang pergi dinner je. I, Sazli, Shein, Mak and Bapak. Bapak suruh I choose tempat mana. Pilih punya pilih, tetiba rasa macam nak makan dekat Angus Steakhouse. Macam dah 18 tahun tak datang sini (poyo je). 

 Amboi muka Mama Shein, macam tepong gomak. tak baik tau flash buat ai macam ni. Haha. Tu tengok la Shein, birah giler muka kan? Geram nak tunjal.

Angus ni ada dua cawangan. 1 kat Pavilion and 1 lagi dekat Starhill Gallery. I pilih dekat Starhill sebab kompem kat sini memang tadek orang sangat. Kalo kat Pavilion tu macam ramai ongcina dindong dindong alaxander bising hingaq baq ang. (Eh. Tak racist kan?)

Oh btw, Angus ni Halal tau? It’s a International Western Italian Cuisine infuse with Japanese flavors and style. Kekdahnya macam ni. Dia ada Steak, tapi dia jenis Wagyu  (Japanese cow) and gravy dia Japanese style. Ada spaghetti, tapi with telur ikan. Ada dessert, tp tiramisu. Paham ke tak ni? Kalau tak paham bloh klik sini. Ada gambar and details more about restaurant and menu. 

Kalau nak rasa Wagyu beef yang terpaling sedap dalam dunia (bagi I) boleh la makan kat sini. Tapi harga kemain kwahaja sampai up to RM250/100 gram pon ada. Pastu kalau nak kenyang kena la amek yang 300 gram. Dah berapa tu. Kira sendirik.  Ko dah ngape yang nak mahal sangat ni Wagyu? Minum Evian kah kau lembu? Boleh arr nak makan tapi start esok pergi kerja pakai sependa jer la. Hahaha.

Steak lain yang macam Sirloin, Tenderloin, Australian Steak tadek la mahal sangat macam Wagyu. Kalau set, ada salad, entrée, dessert, main course semua around RM180++ full set. Kalau nak ala cart pon ada. Spaghetti, grilled chicken pon ada. Semua ada. cakap je. Yang takde mak pak je. Kah kah kah.


Mana yang sempat jer la snap. Sebab segan la ngan Bapak. Perangai suka amek gambar makanan ni biasa orang lelaki ni susah sikit nak paham. Haha.

Masa memula sampai, Mak kata pasaipa yang macam takdak orang sungguh ni? Sunyi je. Hahaha. Dia dah cuak. Actually memang macam tu. Yang kat Starhill ni actually macam tempat more to business lunch/dinner jer. Memang tadek orang sangat. Tapi sebab nak bawak Shein molek la kalau tempat yang macam ni. Tak la segan sangat kalau dia meroyan nanti. Kang nanti aku nak makan pon stress. Walaupon ini birthday dinner Shein tapi nak kira acane ni? Mak pulak yang beria makan taknak gangguan la apa. Haha.

Tengah-tengah duduk, pastu kazen Sazli Si Aty and Safia ada datang and join sekali. Lagi la meriah sebab ada ramai orang. Depa daatang sebab nak pas hadiah pada Shein. Tq Maklong Safia and Mak De Aty! 


Shein with his aunties yang belaka la kurus tinggi cantik . Sebelah peha I sama dengan 2 peha Safia yang dicantum. Kan?


Malam tu, Shein la yang terpaling happy sekali. Bagi sudu buang, bagi pinggan buang. Taknak eh duduk dalam baby chair. Dia boleh keluar and panjat atas meja. Memang hingaq. Meroyan pulak Shein ni. Naseb baik la kat sini tadek orang sangat so tak la macam menganggu sangat. Kan?

Shein bila diletak je kebawah habes terus berdesup merangkak atas lantai. I biarkan ajer. His day kan? Biar dia happy. Sampai dia dah puas audit satu floor Starhill baru la basuh tangan dia and letak dia balik atas kerusi and potong kek. Budak ni mana ada disiplin punya worang. Bising giler ok? I selalu cakap dekat Shein, ‘Shein jangan nak bising-bising sangat. Malu kat orang’. Shein pandang sekejap macam paham pastu sambung buat bising. Hai la anak. Haha.

Lepas dah potong kek, makan semua baru la balik. Hurm. Macam mimpi jer Shein dah setahun. Rasa macam baru jer sangat lagi bersalin tetiba Shein dah boleh berenang atas meja makan. Haha.

Anyway, thank you untuk semua yang wish birthday Shein. (12/12/12 - nak jugak highlight tu) Doakan biar Shein sihat-sihat ajer yer? Ni pon member tengah demam sebab I perasan Shein kalau bejalan jauh mesti demam. Haritu yang demam sampai admitted tu pasal dari Jumaat ke Isnin bejalan dari Kl-Kuantan-Jengka-KL. Yang ni pulak sebab kami balik Kedah. Balik umah Tok Chak and ada wedding kawan Sazli. Si Apit. Yang tu nanti I citer eh?

Kbye!

-EnD-

P/s : Hi Lin! Tenkiu sebab perasan Kaksu masa kat wedding Apit. Boleh la perasan cam ada orang kenal sekali sekala. Haha.

3 comments:

ijan said...

happy birthday Shein hensem.. nak uwet!

Wah2x, best nye birthday boy merayap kat restaurant ek.. aktif jugak ya Shein! budak2 memang mcm tuh agaknya, sama mcm anak Jan..

MAkan pun tak senang, bila dia ada...:P

ikafantasi said...

jap je da setaun shein omey tu

dilot said...

Su.. shein bising kt kedai makan mewarisi sape ek.. bkn slalu su klo kuo g lunch ngan kwn2 slalu mmg meja paling bising kn.. hahaha..