Monday, December 23, 2013

Sheindong Admitted (LAGI)

Assalamualaikum.

Shein admitted lagi. Dia demam since Ahad yang kitorang balik dari Kedah tu. Malam tu dia dah ada temperature. Isnin tu, dalam tengahari Baba call. Kata dia, dia otw pergi klinik sebab Shein dah ada temp. Around 38.

Doktor Adrian pulak half day, tapi lucky sebab dapat jugak jumpa dia around 1.00pm mcm tu. Suhu dah ada. Tekak dada all clear. Dapat ubat demam je. Kata Dr. Adrian, Shein demam sebab penat berjalan. Baby memang macam tu. Dia tak bagi antibiotik sebab takkan la asyik nak bagi je. padahal tak sampai sebulan kan masuk ward?

Ok. Dipendekkan cerita, Selasa and Rabu badan Shein on off. Both day Sheindong Kedondong dengan Bapak and Mak. Pastu Rabu malam suhu dia naik sampai 41.5 humang aih memang tinggi menggila tapi tadek sawan ker apa lagi. Lepas masuk ubat vontot slowly suhu dia turun and ok balik. My mistake. Sebab sepatutnya kalau suhu dah 39 over, lepas masuk ubat bontot terus pergi emergency jugak. Ni Doktor A pesan la. I pon naik seram kalau fikir balik. Gigih tabah nak jugak pergi klinik Dr Adrian esoknya (Khamis).

Naseb baiklah Shein tadek apapa. Actually lepas amek ubat vontot tu suhu dia dah turun and still I lap-lap badan dia dengan towel basah. Ingatkan tak bahaya ke apa. Kus segamat. Eh. Kus semangat.

Khamis tu, Dr Adrian still on leave so kitorang jumpa partner dia. Dr. Patric Chan. Omel giler. Demok, jalan kedek-kedek macam ayah-ayah lepas tu rambut belah tepi. Pastu kuat bebel giler. Haha. Kata dia, better admitted la. Kat hospital boleh masuk drip antibiotik and esok Dr. Adrian masuk, dia akan take over.

Kejap eh? I tak boleh nak cerita banyak-banyak. Shein ada dekat opis ni ha. Tu tengah huru-hara dengan Intan kat belakang tu. Oh. What a day. Dah la dekat hospistal dari Khamis sampai sekarang. Shein baru je discharge. Urus semua kedebak kedebuk. Sampai je opis tak sempat nak letak vontot kat kerusi Bapak dah call. Kata dia Mak jatuh tangga so kena amek Shein pulak kat umah.

Cobaan.

Later ok sayang? Shein ok. jangan merisaukan diri. nanti free I sambung cerita.

-EnD-

All is well. All is well :)

1 comment: