Monday, December 2, 2013

Kisah Shein, Kak Yang, Paul Walker And Viva Oren Intan

Assalamualaikum.

Ada orang rindu Shein tak? Kalau ada meh Mama dia letak gambar Shein sekeping dengan KakYang giler dia dekat Puncak Alam semalam masa wedding Ayiel & Alan. Si Ayang sewel ok? Semalam masa kenduri Ayiel, I suruh dia ambik buah. I duduk je kat meja. Pastu kerja I ialah arah orang ambikkan air, ambikkan buah. Macam boss je. Macam tauke kedai. Haha.  Tauke kedai mana boleh buat kerja. Kerja dia lipat tissue jer lepas tu arah orang buat itu buat ini. Sapa malas kerja malam ni jangan makan pastu tidur reban je. Ok?

Sampai kat meja tetiba ada buah jatuh. Pastu Ayang sesungguh tikam buah yang jatuh dari pinggan dengan garpu. Kata dia macam ni. ‘Ha, mati pon ko buah. Tadi idup lagi’. Hahahaha. Bongok giler. Pastu berebut makan buah dengan Along, Atin. Ayang nak jilat semua buah tu sebab taknak share. Tak sempat dia buat, I ambik pinggan. Tunggang pinggan. Masukkan semua buah dalam mulut sampai penuh pipi. Makan buah macam hamster. Macam anak kazen Ira. Makan jenis simpan sikit dalam pipi. Hahaha.

Sesambil makan buah sesambil borak pasal pelakon Tokyo Drift yang meninggal pasal accident tu. Paul Walker. Hensem nak mampos. Umur 40 tahun. Kurang dah seorang dalam list manusia terpaling hensem dalam dunia. Masa dorang tengok gambar tu, Along anak buah I tanya. Kenapa sampai meninggal? Dia langgar apa? Bawak kereta apa? Masa ni dia borak dengan Sazli.

Pastu KakYang entah dari mana menyampuk. Bawak kereta Viva. Pastu meninggal sebab accident langgar lembu. Bongok kan? Bila tanya sapa Ayang? Dia kata, ‘Mana Ayang tau. Ayang main jawab jer’. Ngek! Takkan la paul Walker nak bawak kereta Viva. Viva tu kan Intan jer yang suka bawak. Terutamanya yang kaler oren. Haha.

Sekarang trending dalam FB pasal tak boleh sebut Rest In Peace (RIP) dekat orang bukan Muslim. Takot nanti terpesong akidah. And ada yang tulis dekat FB, Takyah nak beria sangat la sedih Paul Walker si Kapir Laknatullah tu mati. Bukan Ahli Sufi pon. I taktau nak cakap apa. Tengok. Baca. Menung. Macam tu sekali kata pada Paul Walker. Orang kapir katanya. Yer la dia orang Christian tapi macam tak molek jer cakap macam tu. Apa salah paul Walker dekat dia entah.

Okla. Tu jer nak cerita. Kbye!

-EnD- 

Shein. Tangan tu landing mana tu? Padahal suka tapi cover line buat kerut kening. Haha.

4 comments:

Rai Ourkizuna said...

agaknya lepas ni cakap semoga cepat sembuh kat orang kapir pun dipersoalkan.. haishh.. banyak lagi isu utama yang lagi penting..

Haris Zuhaina said...

AS Salam. :) bila baca pasal jilat buah semua cos tak mo kongsi, teringat plk kami kecik2 dulu.. makan apa tak mo share.. jilat segalanya... mmg nostalgia.. rupanya masih ada lagi ya spesis tu... :) sapa lah peturun ilmu... :)

Halim Othman said...

nk knal dgn org dlm pic nie...hihi...nie no sy 0145323104

Halim Othman said...

nk knl yg dlm pic nie blh? if x berpunye lg...nie no 0145323104

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...