Assalamualaikum.
After almost setahun tak karaoke, tadi I pergi dengan Dyba,
Ira & Intan dekat Wangsa Walk. Sarah tak ikut sebab banyak kerja kat opis
(Tahun ni U dapat Anugerah Pekerja Cemerlang Bb). Ko tau la bebudak ni kan?
Always over jer. Si Dyba memang terpaling over. Sebab dia menari giler babi
stock kalau nak bawak gi clubbing memang malu woh. Macam ni. ‘Eh Intan, tu Dyba
dekat Dance Floor pergi tarik dia, malu kat orang’. Haha. Dah la menari tak
ikut beat lagu. Pastu nyanyi nak lagu Adele jer. Time corus jer berebut mic.
Part lain menung jer tengok screen. Hahahaha.
Ira paling romantic. Langsung tak nyanyi. Tarik ajak nari
taknak. Dok la anti sosial pegang henpon. By the time keluar dari Wangsa Walk,
amek kau. Bederet video kitorang nyanyi joget semua keluar dekat IG dia.
Caption terbaik. ‘Meroyan’. Hahaha. Pastu dalam Instagram I pulak tetiba dah up
jer Instavideo. Si Intan punya kerja. Naseb la beberapa saat jer. Kalau tak
jatuh la reputasi I sebagai Wanita Muslimah harini sebab I pakai baju peplum
labuh U’olls!
Bebudak ni memang sewel giler. Kalau makan kat mana-mana
restoran memang hingaq. Pastu berangan nanti ada announcement, ‘Tu yang meja
belakang empat orang tu, aku peratikan jer. Kalau buat perangai hingaq sila
keluar’. Hahahahha. Sebab dorang bising. Dyba jenis tak boleh nak control.
Kalau dia rasa dia nak nyanyi, dia nyanyi jer. Dia rasa dia nak sendawa, dia
sendawa jer. Hatta dalam lift yang ramai orang. Pastu bila perasan mula la
gelak suara babi tu. Yang krooh krooh gelak ikut hidung tu. Paham tak gelak
babi tu macam mana? Dyba memang otai gelak macam tu.
Kat opis kitorang ni, kat pintu ada telefon gantung kat
dinding. I selalu la berangan dengan Intan, angkat telefon tu pastu cakap, ‘Selamat
Datang Ke Penerbangan Air Asia. Anda Sekarang Berada Di Ketinggian Ne ne ne’.
Pastu sekali ada orang reply. ‘Yer cik, ada masalah?’ OMG OMG rupanya telefon
tu kalau angkat terus ke Bilik Security. Hahahha.
Macam-macam hal memasing kekadang tak larat dah I nak layan.
Si Intan ni pulak memang jenis tak suka tengok orang mintak sedekah la,
golongan gelandangan la, cleaner la. Memang dia akan carik pasal. Sebabnya kata
dia orang-orang macam ni jenis malas nak buat kerja. Kang nanti Dyba dengar
mula la dia suruh Intan bertaubat. Ada sekali time kitorang berenti kat traffic
light ada la pemintak sedekah. Pastu Intan jerit, ‘Tak payah mintak sedekah
sangat la! Pergi carik kerja!’ Bodoh kan Intan?
I, Ira and Intan kalau berborak mesti nak selit dialoq
filem-filem P.Ramlee. Contoh, ‘Ira, sampai bila kiter nak tunggu ni?’ and Ira
akan jawab, ‘Sampai Abang jamil MAMPOS!’ Hahahha. I dengan Intan kalau main
dialog P.Ramlee memang boleh sampai nanges ketawa tapi Si Dyba akan diam jer.
Sebab dia tak suka filem P. Ramlee. Kot nanti ada jugak la dialog Ombak Rindu pon
keluar. Macam kat opis ni ada sorang nama Haris. Kekadang saje je panggil
Harres Harrees. Slang Mat Salih. Pastu kata si Intan, tak payah nak Harres
Harres sangat. Haris sudah. Hahahha
Kalau kat opis ni ada budak baru masuk, biasa 2 bulan lepas
tu baru la I datang sakat dorang. Biasa bebudak ni kalau masuk mana nak suka
I.Tu dulu Si Dyba TERPALING menyampah I U’ollss sebab kata dia Kaksu ni Poyo
Belagak. But now tanya dia siapa yang dia TERPALING sayang? Orang kata tak
kenal maka tak cinta kan? I tau siapa yang memula kenal I akan cakap macam tu.
Poyo. Belagak. Tapi bila dah kenal nanti mula la aku dari jauh dah senyum. Kan?
Macam Ila. Ira. Riza. Ida. Bebudak opis atas ni. Dulu kemain
kutuk I dalam FB suruh campak dalam sungai la (Sebab gaduh kes futsal. Bodo giler).
Siap block I lagi kt FB. Tapi sekarang apa kes? Hahahahhahaha. Anyway, Kaksu
mintak maaf untuk mana-mana yang dalam building opis ni yang rasa mcam Kaksu
sombong. I am nothing like that. Kenal dulu baru tau ok?
Syukur Ya Allah dipertemukan dengan ramai orang baik-baik.
Bebudak ni takyah cakap la. Mira, Wana, Yash, (Bebudak Kajang) and kawan-kawan
yang kenal dari Sazli punya kawan kat Perth dulu. Fruz, Rish, Syikin, Gofur.. Too many too mention. And jugak kesayangan Iza, Imaan Iskandar (Happy birthday Imaan!) & Dr A
yang selalu ada bila I confuse on something.
Yang selalu komen kat blog, kat IG. Noi yang giler. Dan jugak
kesayangan Suria and Sophie Humaira. Seriously I love U guys so much. (Bajet
artis nak I love U guys bagai. Haha)
Terpaling hebat pinjaman Allah ialah Shein Iskandar dan
Sazli. Like seriously. I couldn’t imagine what my life would be without them.
Yang paling paham, percaya I, Sazli. Lain la dia ni. Memang very rare species.
Always support me for better or worse. Selalu ada. Selalu paham. Yes I know cliché
kan puji laki sendiri but mana-mana yang pernah jumpa Sazli akan tau la macam
mana dia ni sebenarnya.
Aku pon taktau apa motip entry ni. Macam ucapan hari
anugerah pulak. Ok la. Bye. Hahah.
-EnD-
Kesayangan <3 b=""> 3>
Ida mengong and Riza Hot. Ila tadek. Padan muker.
6 comments:
tak tahan nak gelak baca pasal telefon gantung tu.sekali security bagi respon.hgahahahaa
Entry akak macam baru lepas menang anugerah. lebih kurang ginila standed artis kalau berucap. senyum lebar, mulut macam nak senyum tapi mata genang2 sikit, pakai dress and pegang trofi.
Terima kasih untuk anugerah wartaman terbaik 2013.
Saya nak ucapkan terima kasih pada semua yang selalu menyapot saya dari belakang (and sebut nama satu2)
Love u all *muuacchx* baling kiss.
Hahaha..
As Salam Sue.. memang lawak.. klu cam i la suasana tempat kherja:MEMANG SYIOQ.. semangat nak p kherja... opis i budak jantan ramai.. tp stillbest, cos tak yanh control2.. tp tu lah, laki kherja sekali, so ada jugaklah kena control... :P
semua orang sayang kak su, semua orang kalau tengok kak su terus jatuh cinta.. terus nak sayang - sayang.. semua orang kalau tengok kak su dengan muka yang penuh kasih sayang..
kalau dulu jalan dengan kak su kat shopping mall mesti ada orang pandang dia dengan penuh minat.. orang lain kalau pandang intan sepi sepi macam nampak tak nampak je.. kenap eh? sebab muka intan itam ke..
apa apa pun intan sayang kak su juga walaupun.....
eh salah.. bukan sepi sepi tapi sipi sipi.. macam.. ni orang gaji dia ke apa eh?
seronokkan klu ada rmi kawan2 yg sekepala..sehati & sejiwa.. lgi2 kat opis.. nak keje pun best aje..
adelah mcm sy ni.. nak dtg opis pun kena fikir2 sbb opis snguh memboringkan.. xde geng yg best..
so sbb tu sy suke bc blog sis.. bole la layan gelak sorang2 bc blog sis.. sis jgn la update blog yg serius sgt.. nati sy nagis. contoh psl topic Say Yes To PnD Protection.. kisah adik yg meninggal dunia tu.. sedih sgt..sob-sob
Post a Comment