Tuesday, December 3, 2013

My Dear Friend, Yatt Hamzah

Assalamualaikum.

Minggu lepas, Yatt Hamzah ada buat talk dekat Office I. So I dapat la jumpa dia. Talib dah whatssapp I banyak-banyak kali. 'Makcik, Ko mana tak sampai lagi??' Haha.

Yatt memang berbeza dengan yang I tengok dulu. I sempat la jugak berbual dengan dia sekejap sebab masa tak mengizinkan nak lepak lama-lama. Nanti la if diberi kesempatan I bawak Shein jumpa Yatt (Nak uweeet). Masa I datang tu dia pon dah nak abes program and I pon nak amek Shein dekat Nursery.

Kelakar bila ingat balik masa kitorang nak kenalkan BF masing-masing masa dekat Old Town Yap Kwan Seng dulu (time tu sama-sama bujang). Kemain saspen kan? Sebab Talib (Suami dia) tak tau sapa BF I (Sazli) sekali masa jumpa laaaaaaaaaaaaaaaaaa ko budak Ampang kan? Kecik kan dunia ni? Haha.

Yatt ni memang dulu lincah, energetic. Dia kalau tengok wayang kan? Kan ada pintu nak keluar balik ke mall tu kan? Dia takkan pegang. Sepak je. Sebab kata dia ada kuman. Haha. Cakap pon jenis tapayah pakai mic. Memang dah sedia kuat and kalau dengan Talib, 'Baby boy baby boy, Gugurl nak air'. Macam tu. Manja. Dok gurl gurl dengan Talib. Nak je tunjal masa tu. E!

As time goes by, I happy sangat bila Yatt dah berhijrah (Kau bila lagi kan Suraya?). I follow dia still kat Instagram. Kekadang bila ada masa free kitorang akan Wee-Chat. Still Yatt yang sama. bubbly, happy go lucky. Like that. Cuma cara percakapan dia dah berbeza. Penuh makna. Penuh dengan nasihat :) Semacam ada perasaan tenang bila I tengok perubahan dia sekarang. Mulus putih wajah dia. Tak jemu mata memandang. Mekap pon dah tadek macam Kris Dayanti. Simple jer.

Kata Yatt, bukan mudah dia nak tinggal bulu mata palsu and all. Susah. Ini pon dia kata dia masih tak cukup baik. Still pakai lipstik mekap sikit-sikit. Sebab kata dia, kalau dah totally change, mekap pon sebolehnya jangan pakai. Its all start bila mata dia tetiba sakit. Siang malam kena pakai spek mata hitam sebab langsung tak boleh terdedah pada cahaya and waktu tu dia jumpa dengan Dr Muhaya and Dr Muhaya kata, molek la macam tu. Allah dah bagi warning jangan pakai bulu mata palsu sebab mata dia dah kena infection sebab contact lense and bulu mata palsu.

Since that dia dah tak pakai dah. Slowly. Dia ubah.

One thing I respect pasal dia sebab dia cuma buat talk je. Dia tadek pro or anti mana-mana parti politik. Clean. Bukan I nak kata if dia join mana-mana parti dia buat salah but if mana-mana yang berhijrah ni join parti politik and extreme nanti jadik susah kan? Apapa pon orang akan politikkan. Walau sebaik mana pon niat dia.

Two things Yatt share dengan I. Pasal solat dan jugak ayat dalam surah Ar-Rahman.

Kata Yatt, selama ni dia solat sebab kiter memang wajib solat. Dia tak pernah tau apa makna dalam solat tu (I pon macam tu jugak). But bila dia study balik, rupanya dalam solat tu sendiri dah banyaaaaaaaaaak doa mintak ampun pada Allah. Yang kiter baca dalam solat tu sendiri. Kiter baca kan? Sebenarnya penuh dengan makna dia. Sebagai contoh ayat ni.

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (angkatlah darjatku) 
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (sihatkan aku)
Wa’fuannii (maafkan aku) 

Kata Yatt, bila dia dalami semua maksud dari memula baca niat, sampai la bagi salam dia nanges sungguh-sungguh. Dia rasa kerdil sangat. And time tu dia baru paham.. Oooo ini maksud dia rupanya. Bila dia dah tau macam tu, dia rasa tak sabar nak solat. Sebab dia paham apa yang dia baca.

Sebab I baik, I bagi link erti sebuah doa Rabbighfirrli dekat sini 

Wajburnii (tutuplah aib-aibku) MasyaAllah.Tutuplah aib-aibku **nanges

Satu lagi Yatt kongsi pasal mensyukuri nikmat Allah. Bersyukurlah kiter hidup dalam dunia ni diliharikan sebagai islam. Bersyukur sebab ada tempat tinggal. Cukup makan minum. Cukup semuanya. Bersyukur la sebab ada pekerjaan. Ada gaji. Mampu nak makan sedap-sedap lagi. Kena bersyukur dengan semua ni. Jangan rasa macam 'Eh, kenapa aku tak kaya macam BF Nora Danish?" (Sebagai contoh).

Seperti mana maksud dalam surah Ar-Ramhan. I petik sikit. FABIAYYI ALAA 'IRAABIKUMAA TUKADZDZIBAANN (maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan). Kan? Tiga puluh ayat dalam surat Ar Rahman memiliki kalimat ini; maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan? Berulang, Allah memberi peringatan kepada kita; maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?

More info yang patut kiter tau pasal Keutamaan Surah Ar-Rahman boleh klik dekat sini 

Satu lagi, Yatt ada Butik dekat Medan Mara sana. Boleh follow Instagram dia Sucibyyatthamzah. Setiap pembelian dekat situ nanti akan dimasukkan kedalam Tabung Kemanusian untuk nmembantu Palestin, Syria, Mesir danRohingya. InsyaAllah.

Dan mana-mana Syarikat or Badan-badan Korporat yang nak jemput Yatt untuk bagi talk ke apa, boleh hubungi dia dekat www.sucibyyatthamzah.com, U wont regret. InsyaAllah penuh dengan pengisian. 

Amin.

-EnD-


 Sayang sampai Syurga
 

6 comments:

Mimy Hamid said...

kirim salam yatt hamzah....dulu aku pernah jumpa dia dating kat old town gak ngan talib..pastu dia manja manja ngan talib...time tu aku duk sebelah meja ..dah la tak de pakwe....euwww jeles...heheh..aku suka yatt hamzah dah berhijrah...

harzharun said...

entry kali ni juga penuh pengisian...
thanx a lot..
suka sgt...

eda said...

nangessss~~~

Home4health said...

terima kasih Sue untuk post ini.sangat mendalam n mberi makna..

Eyemeria said...

kak su,best gilerrr kwn sume artis.kiterr ade iman je yg minat.ahahahahaha

NenetPenne (NP) said...

kadang2 kita baca ayat2 quran tanpa penghayatan...seumpama mcm burung kakak tua...just baca jer .. :(