Wednesday, December 4, 2013

Time Will Heal :)

Assalamualaikum.

Semalam Kak Zah komen kat FB. And kata dia, entry pasal Yatt tu jer yang berilmiah. Biasa merepek merapu jer. Hahaha. Pastu request suruh buat entry macam tu lagi. Acane? Mana I tau. Kalau merepek meraban I tau la. Hahaha.

Tapi tadi ditakdirkan I kenal dengan sorang kakak ni. I namakan dia sebagai Kakak S. I can feel yang dia ni baik sangat. Pernah tak rasa macam tu? Macam ni. Berborak cuma sekali but bila dia bukak mulut jer kiter tau yang dia tu memang orang yang baik. For some reason I rasa kakak tu sangat emak-emak yang penyayang. Rasa macam nak peluk and letak kepala kat dada dia. Macam tu.

Kata Kakak S, ‘Silaturrahim kiter jangan stop dekat sini ye? Sometimes Allah lets someone enter our lives to each kiter something’. Menung I kejap. Betul sangat apa yang dia cakap. 

Tanyalah dekat mana-mana dalam dunia ni, mesti ada yang jumpa suami bermula dengan perkara tak best. Contoh. Kena tinggal dengan BF lama. Kiter merana menangis pastu tanya Allah, why me why me. Taknak keluar rumah. Taknak makan. Taknak minum. Semuaaaa taknak. Tetiba ada one day ni dia keluar rumah bawak kereta lelaju pasal konon frust and berlanggar pulak dengan kereta lain. Jumpa pulak satu Mamat ni and ditakdirkan sebenarnya itu jodoh dia and orang tu amatlah baik.

Sekarang apa macam? Nak salahkan Allah jugak ker?

Yang pasal ni, if korang baca pasal Fynn Jamal. Dia ada share macam mana dia jumpa Ami Aye (Bongtri) Dari dia rasa down sangat-sangat and question macam-macam kat Allah but as a reward dia kenal pulak dengan suami dia sekarang and bahagia sangat sangat. Bermula dari rasa kecewa. But akhirnya macam mana?

Tingat Mira pernah cakap, masa dia frust dulu. Penghujung kisah DayanG Senandung macam mana Maksu? Buruk, hitam. Tetiba akhirnya kenal dengan anak raja lepas tu kawen and bahagia selamanya. Hahaha. Actually aku pon tak paham macam mana dia nak samakan kisah cinta dia, dengan Dayang Senandung. But U see now? Mira teramatlah bahagia siap dah nak kawen dah pon bulan dua ni. Dengan orang yang lebih menghargai dan sayang dia. Sekarang ni tidur pon ada senyum. Kan Mira?

But nak lead kepada happy bahagia macam sekarang ni, U name it la. Usaha. Duit. Tenaga. Apa je yang tak rasa rugi kan? Tak payah menyesal blame sana sini. Itu kan pengajaran namanya. Menyesal kearah kebaikan takper but menyesal sampai nak down sangat-sangat nanti diri sendiri rasa tak best. Kan? Molek la kalau forgive and forget dan teruskan hidup. Dalam hati kalau ada dendam mana nak bahagia? (Cecece. Bab dendam ni kena take time sikit nak settle. Haha)

Semuaaaaaaaaaa yang terjadik dalam dunia ni ada sebab. Allah dah plan molek-molek dah. Cuma cepat atau lambat jer yang kiter tau bila and bila yang manis akan muncul. Tak payah nak kata orang lain, I sendiri pon ada rasa macam tu. Question. Frust. Nanges. Menyesal. Rasa Bodoh Piang.  Sampi rasa macam kiter ni lah yang terpaling malang dalam dunia. Tadek orang lain dah yang malang melainkan kiter jer. Pakcik Miskin tadek duit makan bersila tepi jalan pon lagi bahagia gamaknya.

But trust me. Akan tiba masanya nanti. Kiter akan rasa Ya Allah. Syukur Kau buat macam ni. Dulu aku bodoh sangat. Now aku sedar. Syukurnya.. Kalau la tak jadik macam ni maka aku tak sedar dan tak dapat kebahagian sekarang.

Kan?

I? mestilah pernah. Sapa kata tak pernah. Memula memang down habes. Down sampai rasa macam elok la kalau jalan pakai kotak jer. Lubang skek kat mata asal nampak sebab rasa macam dah la. Aku dah letih. Bosan. Takder yang best dah dalam dunia ni. Adaaaaaaaaaaaaaaa. Sapa kata takder. Frust kena tinggal dengan BF la apa la, konflik adik beradik la. Konflik sana sini. Tapi bila semua tu dah berlalu tetiba rasa macam tak sangka. Imma strong like that yo! Now semua dah setel and tak sangka the hard time tu semua dah berlalu. Sekarang ni tinggal yang manis je.

Percayalah. Kalau kiter kecewa. Merana. Apapa pon time will heal. Doa la. Mintak tolong dengan Allah semoga dipermudahkan, dikuatkan hati. Happy-happy kan diri. Bizikan diri. Mix around dengan kawan-kawan yang boleh buat kiter happy dan bagi aura positif pada kiter. 

Baaaanyak lagi orang kat luar sana yang laaagi malang. Lagi sedih hidup mereka. Kalau rasa susah sekarang takper. Day by day kiter akan makin kuat and happy.

TIME WILL HEAL. TIME WILL HEAL.

-EnD-

P/s : Sebok orang nak tulis entry good-good sebol la Dyba ni nak duduk belakang. Eeeee Tepila! Hhahaha 


 I Miss U Dayang Senandung

4 comments:

harzharun said...

haaaa...yg ni pong penuh pengisian..heeee

talkwithmykeyboard said...

Kak su thank for this entry..mmg kite tgh down sgt2 ni..rase mcm nak duduk bawah tanah..lagi sekali..thanksss kak su..=)

Liyana said...

Kak sueeee..entry nih buatkan perasaan yana bercampur baur...btol sgt kaksu ckp. Pernah frust sgt dulu rasa mcm ditipu idup2 but now alhamdulillah Allah gantikan dgn yg lebih baik & appreciate kita :)

'Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari, Allah turunkan hujan...Puas kita menangisi kehilangan matahari tapi rupa2nya ALLAH nak hadiahkan pelangi yang indah'

sharika lincoln said...

Su...forgive and forget hahahaha btl btl...seriously aku mmg setuju nak nak bila pikir umur ni entah smpi bila kan...tp tulah kadang2 kite bak berbaik pihak yg lain x nak susah jg.. tetiba teringat dulu2 ko suka kan kalu marah2 aku ko unfriend aku kt friendster kan....pastu friend balik...hahahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...