Friday, January 10, 2014

Pau Goreng aka Burger Malaysia Punya Kisah

Assalamualaikum.

Intan kata minggu ni kiter semua kena makan kat tempat tadek aircond sampai dapat gaji. No more segala mala jenis Sushi, Kenny Rogers, Chilis, Victoria Station ke apa. Semua kedai yang mahal-mahal is a big No-No. Pastu keputusan dan persetujuan adalah based on majority.  (Negara demokrasi macam ni la. Syukur. Malaysia masih aman walaupon tol Akleh nak naik tak lama lagi) Tetiba. Haha.

Dyba kata dia ok je kalau nak makan kat kedai ikan keli hari-hari. Ira pon ok. Pastu semua pandang I. Poyo jer. Mana aci! 3 lawan 1!

Pastu I kata, Yerlaaaaaaaaaaaaaa. Boleh makan kat tempat takde aircond tapi I taknak makan dekat Kedai Ikan keli yang favorite Intan tu sebab kedai tu takder air-circulation and bahang. Nanti ketibas (ketiak-basah).  Bila ketibas, I tadek mood U’Olls (Biasa la. Poyo). Kalau nak pergi jugak makan murah, kena pergi kedai tadek aircond lain. Bajet makan sehari kena RM10.00 jer. Ok la. Kalau macam tu kena la makan kat kedai Mamak hari-hari.

 ‘Ane, kasik nasik separuh. Kuah campur. Ikan taknak, ayam taknak, sayur taknak. Bagi tauhu goreng jer, t u pon separuh’. Hahah. Sedih giler macam tu. Pastu air takyah nak fruit juice ke apa. Mintak air kosong je. Kalau kedai tu charge air kosong doposen, bawak bekal dari office je. Bawak dalam botol air. Hahaha. Aku tak paham la bebudak ni kalau dah buat perangai miskin dorang. Kereta memasing nak Mini Cooper jer, tapi air bawak bekal dari rumah.

So, sebab rules bongok si Intan yang I terpaksa ikut tu, maka hari Selasa haritu, kitorang pon makan la dekat area Setiawangsa. Kat situ ada 2 spot. Samaada kedai Mamak or kedai jual cendol tepi jalan tu. I ok je kat situ, janji bukan bahang. U got me tak? Tadek ekon takpe tapi tak boleh la sesak panas tadek pengudaraan. I rasa nak mati. Bukan sebab I poyo tapi kan I ada hyperthyroidism. I tak boleh panas. Nanti I sakit kepala. (cecece)

Si Dyba taknak. Eh budak kecik tu. Mamak taknak, cendol taknak. Nah selipar. Makan tu je! Hahaha.

Naseb baik la ada kakak jual Nasik Ayam Kukus RM6.00 sebungkus. Bagus. Within budget. Pastu makan tapau kat kedai Mamak. Air tembikai RM3.50, dah RM9.50 pastu nampak pulak ada Makcik jual Pau Goreng Sambal (Burger Malaysia) tengah panas-panas. Menggelupur semua berebut. Pastu beli cakoi, meehun goreng 2 bungkus (sebungkus RM1) dengan keropok lekor. Dah sekian. Selamat tinggal la nak belanja RM10.00 sehari. Haha.

Cakap pasal pau goreng sedap Makcik tu, I ada cerita nak share.

Hari Selasa petang masa nak balik kerja, Ira bagi la I pau goreng dia tu. Si Intan dengan Dyba masa memula yang ira beli tu, dorang taknak. Belagak. Dorang beli lain. Pastu yang seketul tu, kitorang share bertiga. Dyba segigit, Intan segigit. I 2 gigit (sebab ketua kena makan lebih). Pastu memasing Kakksuuuuuuuuuuuu sedapnya! Ee menyesal la tak beli tadi. Sesambil masing-masing jeling yang ada satu lagi tu.

I ambik, masuk mulut. Intan dengan Dyba memasing panang I macam mata kesian sangat, macamkan I nak share. Pastu I sumbat semua masuk mulut sampai kembong. Intan jerit. Kaksuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sampai hati! Hahaha. Padan muka. I memang taknak share dengan Intan sebab dia suka habeskan makanan I.

Esoknya, tak puas hati. Kitorang pergi lagi kedai Pau Goreng tu. Pastu pau tak kembong lagi. Makcik tu kata datang balik petang nanti. I dah kat tekak dah rasa pau goreng tu. Gigih jugak la kitorang nak tunggu pau tu naik. Sesambil tu Intan biasa la berangan, 'Dik, nak beli kuih apa?' Intan jadik tukang jual, kitorang jadik tukang beli. Makcik tu jeling je ikut ekor mata. Hahahaha. Ada la 20 menet kitorang tunggu, dimaklumkan pau masih tak naik. Naseb baik petang tu Abang Driver Intan nak belikan. Dapat la kitorang seorang 5 ketol. Intan awal-awal dah habes makan. Pelahap. I plak plan nak makan sama dengan Sazli. Sebab biasa kalau makan sedap, mesti ingat dekat dia (Ya Allah, sweetnya) Hahaha.

Petang tu I pergi service Snow White. I tinggal je la pau tu dalam kereta and later bila Sazli amek malam karang, boleh la I makan pau tu. Eeeee tasabarnya. Masa Sazli balik, dia baru bukak grill I dah menerpa dia. Sekali kata Sazli, mana ada pau tu dalam kereta. Maybe dorang dah terbuang. Ya Allah, memang I frust giler. Sambil cakap dengan Sazli sambil sebak sampai suara tak boleh nak keluar.

Terus I nanges. Sambil berkata-kata.

BATU BELAH BATU BERTANGKUPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP. Haha.

I ngadu kat bebudak ni. Pastu kata Ira, ‘Ni balasan Kaksu sebab kedekut pau yang lagi satu dengan Dyba & Mokmok (Intan) haritu. Berani ko Ira? Hahahaha. Tapi fikir balik, memang betul pon. Sebab kedekut sangat, Allah tarik balik rezeki yang dah ada dalam tangan padahal tinggal nak suap jer. Tapi dah tadek rezeki, tak dapat jugak makan.

Moral of the story. Kalau rezeki dah ada depan mata, makan je. Takyah nak tunggu-tunggu sebab kalau tak dapat makan lagi nanti menyesal. Hahaha. Tak laaaaaaaaaaaaaa. Moralnya ialah, kalau ada dapat apapa rezeki kena la kongsi sama-sama.  Baru la lagi berkat. Kan?

Ok. Tu je nak ngadu. Haha. Giler panjang entry. Padahal nak bagitau tak dapat makan pau je. Manjaaaaaaaaaaaaaaaaa.

-EnD-


Kau ni kan????

4 comments:

Rai Ourkizuna said...

hahaha.. kisah pau goreng pun boleh jadi kisah panjang berjela jela.. mesti sedap gila pau goreng makcik tu sampai nak mengalir air mata.. haha

anna hashim said...

hahhahaa mama sheeeeeeiiiiinnnnnnnnn klu x buat org gelak 1 hari x boleh eh? kih kih khi mengekek gelak ni..n bygkan mcmana muka debab mok mok masa masukkan seketol burger malaysia dlm mulut tu..ahhaahahaa

Chooyaya! said...

rai : hahahahahahhahahahah kata peramah?

Chooyaya! said...

anna : tapi yang masukkan seketul burger sekali ngap dalam mulut tu kaksu T___T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...