Assalamualaikum.
Ok. Hari Sabtu, I keluar dengan Sazli and Shein. As usuall
bila ada masa terluang, I suka bawak dia pergi Kidz Soprts & Gym dekat GE
Mall. Walaupon hari Ahad tu nak pergi picnic dekat Janda Baik, TETAP jugak
Sabtu tu, I nak pergi wash and blow. Biasa I pergi dekat Lavina’s Ampang Point
(sebab I suka shampoo girl dia garuk kepala time shampoo) but sebab tak cukup
masa, I pergi je la yang dekat GE Mall. Tingkat atas sekali tu.
Duduk jer dekat kerusi, hair stylist dia datang cek rambut. ‘Oh,
your hair is too dry and bercabang dekat hujung’ sambil buat muka macam risau
giler. Ok. Ajak kawan dia datang tengok rambut cong ceng cong Alaxander lepas
tu dia cakap, ‘Kiter buat treatment la, 10 minutes only tak lama. Rambut U
rosak teruk ni’. Oh. Dia dah cakap awal-awal tak lama (sepuluh menet jer) sebab
biasa kalau mana-mana salon yang I tak biasa pergi, nanti I akan cakap ‘I
tengah rush, tak sempat nak buat treatment ni. Some other time maybe?’ and its
work. Phewww. But yang ni nampaknya dia lagi terror dari I, sebab dah bagitau
awal-awal cuma sepuluh minute. Cis!
Tak boleh jadik ni.
Lepas tu I cakap, ‘No need la, I baru buat dekat Derrick
& Team (padahal). Pastu dia kata, ‘Oh, it is not same with our salon. Our
product is bla bla bla’. Haddoiii cane ni? Dia dah siap sedia equipment segala
and bagitau shampoo girl, this lady buat treatment. And masa dia datang nak
tengok balik rambut I, I cakap I taknak buat. Pastu hairstylist tu cakap, ‘Rambut
U sudah rosak teruk la miss, kena buat’. And I buat muka ketat said ‘No. Wash
and blow only’. Terus tak senyum and buat busy dengan handphone.
U see? Bukan la I nak belagak ke apa sebab I alwayssss face
this kind of situation bila hairstylist paksa buat treatment. Dekat salon I
terkena, dekat Shinzen haritu terkena beli bedak la apa la sampai dekat RM400,
dekat penjual pengilat tayar, pengilat cermin jalan TAR pon kena, kat kedai
cuci kereta pon terkena. Benci la. Suka paksa-paksa macam ni. But semalam, I
did it! For the first time. Woo Hooooo!!!! Rasa menang giler. I bangga dengan
diri I. Syabbbbas Inspektor Sahab!
Walaupon tak berapa nak menang sebab wash and blow d
straight pon RM55 cis! Mahal! Hahaha. Padan
muka aku. Kenapa eh dorang suka benar nak cakap rambut rosak la apa la
time kiter nak wash and blow? I benci giler. Padahal time tu kekadang baru jer
kot buat treatment. Sebab tu I memang susah nak pergi salon lain selain Lavina’s
tu sebab nanti kena paksa macam ni la.
Kalau tempat cuci kereta tu yang dekat bawah Ampang Point
tu. Memang pantek. Habes-habes pon dia akan suruh I cuci Nano nak halau lipas kata
dia. Kena la RM40. Tu pon untuk Amoi cantik I bagi 40 sajaaaa, biasa I charge
80 munyerrr. Oooo dan-dan la Amoi cantik kan? Yang tu memang I bengang giler bab1. Setiap kali I datang
parking, terus cek kereta. Wax la Amoi, ini bagi kilat coating. I cakap, ‘Husband
I yang buat, I takda duit’. Lepas tu kata dia U claim la nanti dekat husband U’.
Pastu I cakap I taknak la. Mahal. ‘Ok la, I kilat cermin
kereta U la. Dengan dashboard’. Ada sekali tu, I terkena. (Sebenarnya setiap
kali I cuci kat situ, kompem kena punya) but yang paling win, yang paling buat
I rasa sudaaaaaah biar kereta aku berlumpur, nama nak cuci dekat situ memang
tak la dah’.
Sebab time tu dia paksa I kaw-kaw punya. Suruh buat tu, buat
ni. I cakap I taknak. Dia pujuk kata boleh la miss. Tolong saya. Time tu
sepatutnya dia bagi resit dekat I, tak larat I nak berlawan I cakap, ‘Ok la, I
nak balik kunci I. I tak suka la U paksa-paksa macam ni, sebab tu I taknak cuci
sini kereta sebab U suka paksa I’. Pastu dia kata ok la ok la. Jangan marah. Time dia bagi resit, dia kata ok ye miss? Nano clean? Tolong
saya la. Today customer tadek datang. Ya Allah, urut dada aku. Apa jenis tak
paham bahasa dia ni? Memang kalau saper ambik dia join jadik downline, memang
paling berjaya. Sebab sumpah. Jenis tak paham bahasa nak mampos.
Pastu I pon malas nak kata apa, Ok. Nano and cuci. Puas
hati? Pastu dok sembah-sembah. Tenkiu aa miss, tenkiu. Dalam hati I memang
maki. &^%$#@$^!!! Dalam drama aku nak
mintak kunci balik ,aku terkena jugak. Pahadan Muhuker!
Haritu masa beli make up dekat MAC KLCC, siap dorang dah buat kening I
cantik-cantik, keluar jer dari Mac, ada promoter Shinzen ni kata, ‘Miss, 10
minutes only please’. I cakap I nak cepat sanggup tu kejar. I malas nak bertekak
ok la. 10 minutes U nak bagitau I apa? Nak cek kulit muka. Pakaikan I scrub and habes hilang keing cantik
aku.
Kulit muka I yang rasanya mata kasar ni nampak ok jer, dia
momokkan cakap kasar la, rona kulit tak sekata segala mala bagai and zaaaap
bawak keluar produk. Paling murah set RM800. I cakap I takde duit, pastu dia
keluarkan semua size kecik, kecik. Tak silap I ada bedak, krim menda entah
dengan scrub muka dalam RM400-+. Dah. Ambik jugak la. Dalam kterpaksaan zap kad
kredit.
Paling bodoh kena dengan orang yang jual pengilat tayar,
pengilat cermin tu. SIap merayu suruh beli. Dah. Buat collection dalam kereta
ada 3 tin dah. Memang hebat la I. Hahaha. Muka garang singa macam ni pon orang
boleh cong. Sampai hati sangat kan? Senang betul nak suruh I beli apapa. Naseb
baik la orang gores dan menang takde dekat dengan I dulu, kalau tak aku la
paling senang nak kena cong. Haha.
I ingat lepas ni kalau kena lagi, I nak cakap. ‘tadek
duitttttttttttttttt’. Sambil nanges tarik rambut guling-guling kat depan
dorang. Boleh tak? Geghammm pulak kalau
diingat balik. Urrgh!! Kalau korang, korang buat keras macam mana eh? Sila
share.
P/s: Jap lagi nak carik pasal la. Nak pergi Ampang Point
cuci kereta dekat situ. Nak tengok skill to say NO macam dekat Salon aritu
menjadik atau tak. Haha. #kurangkerja
-EnD-
11 comments:
Eee...geram kan sebab rasa kita macam helpless giler.
Dalam hati dah menyumpah ni, tapi, tetap la tak berjaya lari dari diaorg yang mulut manis aka tak reti bahasa ni.
Kalo dekat mall, jalan laju2 kengkonon bizi pastu asal boleh kalo nampak sales promoter (yang kita tak tau kita tak berkenan produk diaorg) jalan jauh2 dari diaorang.
Kesian memang la kesian, tapi, kalau kita dah beli pastu tak guna kan barang tu (sebab tak minat / tak kenan) sebenarnye yang paling kesian---kita jugaks. Duit melayang gitu aje.
Tapi kalau kes cuci kereta tu, K.su sendiri yang serah diri drive ke sana. hehe. tu, tak bley nak buat apa la.
kalo nak try, cuba keluar2 kereta je muka ketat. agak2 diaorang berani tak.
lol i always get that! memang annoying nak mampos!!!! but u just have to tell them no and stick to it! dulu i pun slalu kena especially masa time nak buat rambut or facial!! mesti diorang nak push product ni la, tu la. but after a long time mmg i just stay firm with my decision. biar la dia nak kata apa. ngoks betul. haha!
lol i always get that! memang annoying nak mampos!!!! but u just have to tell them no and stick to it! dulu i pun slalu kena especially masa time nak buat rambut or facial!! mesti diorang nak push product ni la, tu la. but after a long time mmg i just stay firm with my decision. biar la dia nak kata apa. ngoks betul. haha!
sue kalau aku kan aku cakap takde duit...aku ni kedek sikit...mmg aku buat muka sombong sikit....ko jalan je.
As Salam Su
Hah, tang bab1, I baca BAB SATU... :P
huhuhu, tak penah kena lagi cam tu.. sue nampak branded, tu yg bila sue kata tak dak RM depa tak caya tu...
ieda iedana : maybe today kaksu kena la try pergi tmpt cuci kereta tu sebab semalam tak sempat. so tgk nanti mcm mana. adakah berjaya atau tak.
nass : lepas ni i have to be strict kot? taknak senyum dah. cz sometime they jz dont understand. tension aku.
mimy hamid : ko memang jenis kental mimy. i can see that.
memang!! don't even smile! hahaha! or threaten you will not come again if they keep on pushing you to buy their stuff. i did that to my facial people. terus kureng paksa :)
buat rawatan rambut tuk menyihatkan rambut u, rambut macam kulit gak nak protin, terutama rambut yg bukan virgin hair... lagi satu treatment yg derrick n team guna redken atau loreal, bukan jenama yg dr china yg kita tak pernah tgok di pasaran, rambut u kering memangla kena rawatan, lepas u buat dekat saloon, bole gak buat kat rumah, ambil suhu bilik biarkan 15-20minit.. buat dekat salun lebih details la sebab kita guna mesin.. rawatan rambut ni kalau selalu buat pun lebih elok sebab da nama pun rawatan rambut... u colour rambut tp xnk wat treatment, buat rebonding tp xnk treatment, kalau u teruskan buat n buat n buat tnpa rawatan, hmm u sendiri tgok la hasilnya untuk jangka masa panjang... sorry mencelah!
Hi murni. Thanks sebab komen. Dalam hal ni bukan I ckp I taknak buat treatment tp sikap sesetengah salon yg memaksa kaw2 lepas tu tak dpt persetujuan kiter terus je buat. Entahkan kite ni ada budget constrain ke kan? Tu je. For me, once a month I buat treatment. :)
Post a Comment