Tuesday, February 25, 2014

Shein Yang Drama dan Ayat Pelembut Hati

Assalamualaikum.

Shein kan? Perangai dia memang macam-macam sekarang ni. I tengokkan ajer. Kecik besar kecik besar I tengok dia. Akal dah macam-macam. Bila teringat rasa geram, fikir dua kali rasa kelakar pulak. I rasa now memang I really have to prepare mentally macam mana nak handle perangai dia  ni. Hint-hint tantrum dah ada dah sikit-sikit.

Kelmarin balik dari picnic kat Janda Baik, kan dah penat kan? Si Shein pulak sementara nak tido dalam pukul 8 tu, I biar la dia enjoy jalan-jalan dalam rumah. Seboook jer dia. I kedapur, ikut ke dapur. Mengekor jer mana orang pergi. I pergi peti ais. Nak ambik air, nak minum. Pastu dia sebok nak ambik segala mala kicap sos semua tu. Memang I tak bagi la kan? Pastu member baring, nanges golek-golek atas lantai. Protes.

I lantakkan ajer. Pastu dia tak puas hati, bangun. Sambung baring and nanges guling-guling dekat kerusi makan. I biar jer. Buat keras. First time I buat keras macam ni. Haha. Lepas tu dia nampak I tak pujuk, dia bangun jalan and baring, nanges guling-guling bebetul kat kaki I. Hahahha. I nak ketawa, tapi tahan jer. Nanges tak keluar air mata pon. Pastu I bangun pergi dapur buat susu dekat dia. Tak lama lepas tu dia bangun, ikut I sampai kat dapur.

Lepas tu pegang kaki, dongak atas. Panggil. ‘Mama…. Paceba paceba belegho legho’. HAHAHAHAHAHAHA. Ngek la Shein ni! Elok pulak tak nanges. Pastu I tanya dia, ‘Dah puas nanges? Dah jom minum susu’. Pastu dia sambung cakap German. I bagi dia susu, pastu I cakap dekat dia, ‘Shein, jangan la macam ni yer? Tak semua yang Shein nak dalam dunia ni, Shein akan dapat. Tak elok macam tu’. Wah tetiba menasihatkan anak keluar ayat buku teks. Tak menahan.

Pastu member macam paham cakap haaaaaaaaaa belegho legho. Hahahahha. Perangai kan? Aritu dia pecahkan perfume I, pastu lepas kemas, I ajak dia duduk depan I. Nak slow talk mother and son gitu. ‘Shein, nape pecahkan perfume Mama?’ Pastu dia kata ‘Apa?’ I cakap balik, ‘Kenapa pecahkan perfume Mama? Sian Mama dah takder perfume. Lain kali jangan buat macam tu lagi yer? Pastu dia cakap, ‘Apa tu?’ Terlentang la I ketawa. Hahaha.

Sudah! Sesia jer aku cakap. Hahaha. Dia sebenarnya bukan tau pon apa yang dia cakap tapi maybe sebab dia biasa dengar kot kitorang cakap apa tu apa tu. Member ikut jer la. Pagi semalam, I pon silap, lupa nak letak balik tin milo dalam peti ais semula sebab minum tak habes, Shein datang ambik and nak minum maka sekianlah tumpah. I dengar Sazli dah tarzan kat luar, ‘Sheinnnnnnnnnnnnnnn!!’. Tak lama lepas tu dua beranak dah gelak-gelak. Rupanya masa Sazli pergi dapur nak buang tin milo, Shein ambik wipe tissue, pergi lap milo yang dia tumpahkan tu.

Aaaaa Sheinnnn. Kenapa macam dah besar sangat ni? Please don’t grow up so fast baby. Emos plak rasa. Kla, bye. Oh btw, ni I nak share satu tips, yang kiter semua emak-emak sedunia patut selalu amalkan. Tak kira la time suap makan, mahupun buatkan susu. Kiter baca surah As-Syura ayat 19 ni. Elok untuk lembutkan hati dia, bagi kurang nakal. Elok amalkan. Ni Gf I yang ajar and I memang selalu amalkan pada Shein. Biar dia besar, jangan nakal-nakal sangat. Drama sekali sekala takper sebab comel. Kalau selalu drama, pang! Haha.

Maksud dia : 

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah Kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.



Juzuk : 25Surah : ASY-SYURANo. Surah 42Ayat : 19
Profil Surah : RqrMainM new
Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Kaligrafi
Surah
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah Kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
   
   
Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
Gracious is Allah to His servants: He gives Sustenance to whom He pleases: and He has power and can carry out His Will.

Download Terjemahan
dalam Bahasa Malaysia
Download Terjemahan
dalam Bahasa Inggeris
Download Kaligrafi
M42A19E42V19k4219.jpg

:::: Best viewed with 1024x 768 resolution using IE 5.0 and above :::::
Copyright® 2014. All rights reserved. The Government of Malaysia



-EnD-


Shein pakai topi adik Adelia Sofea. Elok pulak. Kalau pakai topi dia, lima saat dah bukak.

Photo: My twins..

Shein and Adelia Sofea. Dah macam kembar. Beza umur lapan 8 hari. Tapi sebok nak beradik abang. Pui!


Kata Sazli, rambut Shein dah macam Sammy Vellu. Hahah. Macam pakai rambut palsu.

4 comments:

Liyana said...

Rambut sammy vellu? *cepat-cepat google images* ahahaha!sian shein tau dibuli papa sendiri...btw kelakar ar bila baca kerenah shein nih kaksu! ;p

Chooyaya! said...

liyana : hehehehe. dia mmg drama yana. tiru perangai mama dia kot? :p

Azziah Nawawi said...

lawak ar rambut shein.. eh, gambar dia yg baju biru tu, nampak sebijik macam bapak mertua su la...

Chooyaya! said...

azziah nawawi : kata cucu baba? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...