Friday, February 14, 2014

Molten Choc Cake And Sheindong!

Assalamualaikum.

Tadi lunch, kitorang pergi makan Molten Choc Cake dekat Chilis. Kesian sangat. Macam dah lapan tahun tak makan. Ketar-ketar masa suap makan kek. Drama tak habes! Kata Ira, ‘Kaksu, nak order satu share empat orang ke?’ I kata ‘Ko giler??? Order 2!!!’. Hahaha. Naseb baik order dua kalau tak memang boleh gaduh berebut la jawabnya.


Molten Chocholate Cake - Chilis. kau kan????? Grrrrr

Kitorang makan sikit je. Order Tostada Chips yang boleh refill sampai mampos and Triple Play. Tu je. Memang kekenyangan. Just nice. Biasa kalau makan menda lain dulu, later baru makan cake ni, jadik macam tak enjoy sebab perut dah penuh. Kata Kaklong kalau dah kenyang-kenyang ni, bangun dulu. Lompat-lompat bagi makanan turun kebawah dulu, baru la sambung makan pulak. Dia kalau cakap muka memang tak serious pulak kan? I pon percaya je la. Haha. Itu kekadang Ira cakap ‘Kaksu ni bongok la’. Hehe.

Ok. Cerita lain. I nak ucapkan thanx pada Dyba, Ira and Intan sebab bagi hadiah Shein sempena setahun. Walaupon Intan bagi terpaling lambat (Semalam) tapi sebab dia sanggup merempit dengan Abang Reen pergi Pavilion nak beli cap dari Pumpkin Patch tu maka I sangat la hargai. Walaupon Shein pakai tak sampai 3 saat jer dah campak tapi takper la. The thought that count. Kan Intan? (Lain kali jangan bagi cap dah paham) Haha.


Kata Eisya, gambar atas dah elok dah abang-abang. Sekali gambar nombor tiga dah macam lebah balik. Haha.

Kata Intan, Intan pakai helmet sampai dekat hidung Intan, Kaksu. Besar sangat. Lepas tu Abang Reen bawak motor nak whillie jer. Intan takot tercicir pegang kuat-kuat belakang motor macam ongtue. Lepas tu dah la slow jer. Pulas sampai habes pon Intan rasa macam setempat jer. Hahahah. I kata pada Intan, patut Intan bawak. Wekang. Baru gerek. Sesungguh cerita tapi Intan tak paham wekang tu apa. Orang Bandar. Lain. #Untungla. Haha.

Ok. Cerita berikutnya. Shein batuk, selsema, ada kahak and demam on-off since Sabtu (tapi temp tak la tinggi sangat). So tadi bawak la pergi jumpa Dr. Adrian. Kata dia kena ear infection. Sebelah kanan dah merah. Usually babies yang kena ear infection ni bila dia selalu flu and akan bagi tekanan pada telinga or mandi dalam kolam public or air masuk dalam telinga sebab berendam lama sangat. Shein tadek berendam dalam kolam. Dalam besen ada. Tu kira tak? Haha.

So, dia dapat Augmentin (Antibiotik). Kena makan for 7 days. Hopefully ok la lepas tu. Ko ni memang macam-macam kan Shein? Lepas satu, satu hal. (Kata Dr. Adrian pada Shein).  Memang I rasa dari Shein lahir, without failed every month mesti datang sini. Memang membesar kat klinik je la Shein ni. Semalam Sazli yang sedar Shein sakit telinga kanan sebab kalau kiss belah kanan, dia penampar kiter balik. Pastu nanges. Memang nampak dia tak selesa. Sazli kata, ‘Naseb Papa sedar Shein sakit telinga Bubu. Ni la connection Shein and Papa’.

And I sedih. Boleh? Dah tu Bubu tadek connection la dengan Shein. Bye! * Haha. Perempuan memang biasa emos.

So sekianlah sahaja cerita pada harini. Untuk semua, selamat berhujung minggu! Sabtu Ahad ni I balik Jengka. Nak jumpa gofren! Kata Mak. ‘Dik, kalau ada orang suka sakitkan hati nko kalau bercakap, jangan dilayan. Biar dia bodoh sorang-sorang. Nanti kalau dia nganjeng ko tak layan, lama-lama dia bosan la’.

Perrrghhh U The Man Mak! “Tangan kiri dekat hidung, tangan kanan tunjuk Mak. Kaki bend skek belah kanan. (Walaupon Mak Woman, tapi tak kira. nak Man jugak)


-EnD-

7 comments:

honey bedazzled said...

hari sabtu lepas shein ada pg gym kay GE eh. macam nampak. anak aku balim dr situ demam panas plak. haritu ramai gilek budam dr usual.

Chooyaya! said...

adaaaaaaaaaaaaaaaa. dengan bapak dia. aku tadek. pergi bersuka ria dekat nikah mira.

Chooyaya! said...

shein pon demam balik dr situ la. entah2 sebab tu kot?

Chooyaya! said...

shein pon demam balik dr situ la. entah2 sebab tu kot?

Anna Dayana said...

Shein jgn nak melampau sgt.. mahal tu shein mahal tau...

aunty mama sanggup merempit semata mata utk hadiah shein.. abis jahanam aunty mama punya tudung sbb pakai helmet besar macam dlm cite mat despetch (majalah Ujang )huhuhu..
Satu tgn pegang kt belakang satu tgn lagi pegang tali helmet takot tepelanting helmet tu..

xoxo
intan ku kesepian nak kawin ngn Ago go gogogo

Chooyaya! said...

jangan nak auntie mama sangat la intan. meh tunjal!

honey bedazzled said...

betull la tu kot..ku,an banyak aihss