Friday, February 28, 2014

Picnic at Janda Baik

Assalamualaikum.

Korang kan, kalau nak relex-relex skek time weekend,  boleh pergi ke Janda Baik. Mandi sungai. Memang best. Chill, simple but fun. Lagi best kalau come with good company. Seriously. Bukan jauh pon Janda Baik dari KL. Tak sampai sejam pon. Takyah beria sangat nak masak ker apa (Kalau malas macam I). Haha.

Haritu I beli je Nasik Lemak Daun Pisang EK, RM1.20 sebungkus. I beli 30 bungkus and settle. Makan untuk 7 orang dari pagi sampai ke petang. Haha. Pastu Intan bawak nugget and chicken cocktail. Dyba bawak roti and tuna ayam brand and Paan + Fia bawak air. Bawak air jer? Mana la keadilan dalam dunia ni. Shein dengan Sophie bawak apa? Shein bawak telor, Sophie bawak kacang. Wakaka.

Kitorang janji nak keluar pukul 7.00am dari rumah. Sekian dimaklumkan kalau bangun pon 6.45 acaneh nak gerak pukul 7.00am? Pastu I kutip ambik Intan dekat rumah dia, ambik nasik lemak and terus jumpa Joe, Dyba, Paan, Fia dekat Genting Sempah. All the way nak pergi ke Janda Baik, tengok ramai cyclist dok menganga suffer panjat bukit. Kata Sazli, buat apa la nak susah-susahkan diri. Naik kereta kan lagi cepat? Haha.

Memula kitorang pergi ke MakLang Resort. Si Dyba la dengan Ira (Yang akhrinya tak jadik pergi) survey tempat ni dah seminggu kot? Sebab nak carik tempat yang ada Chalet, senang nak salin baju nanti. Tapi bila sampai sana keciwa. Tempat dah ok. Tapi sungai dia macam tak sesuai jer nak mandi. Jenis air cetek sampai lutut jer. Meluat jugak. Lepas tu kalau masuk dalam dia, habes naik habuk daun dengan tanah. Kotor habes seluar. Sazli dah selamat tido dalam chalet sebab dia kan malam tadi main bola tengah malam. Pukul 3.30am baru sampai rumah. So dia rabak. Mengantuk tahap mentibang laut.


Kat Mak Lang ni kalau nak buat BBQ tak mandi manda ok la kot? Sebab sungai dia keruh/ or maybe yang time kitorang datang ni memang air dia keruh ke. No idea.

Sementara Sazli tido, Paan and Joe pergi survey tempat lain. Dekat sejam baru sampai kat kitorang balik. Survey menda la yang sampai sejam aku pon tak paham. Sementara tu, Shein dengan Sophie elok main dalam pelampong kereta. I dengan Intan menari lagu Pia Pia oh Pia Pia yang lagu Hindustan tu sebab nak nganjing nama Fia. Haha. Melampau Intan ni. I melayan Intan jer. Haha.

Lepas dah dapat tempat mana yang best, kitorang gerak pergi kat area depan sikit. Baaaru la seronok! Ada sungai batu and ala-ala air terjun sikit. Berenang tak boleh. Tapi selamat and bersih la. Kitorang sewa macam tent RM20 sehari. And owner tu ada toilet. RM5 satu kereta. Boleh la buat salin baju. Lepas sampai tempat yang kedua tu baru la rasa syok rasa. Baru la picnic! Orang seberang sungai belah sana pon ramai.

Kitorang turun semua ke sungai. Semua sekali dengan Shein and Sophie. Tapi dedua tu kalau kaki sampai pasir je nanges. Mengada giler. Tapi air sejukkkkkkkkkkkkkk sangat. Menggigil-gigil. Sampai biru la bibir Dyba. I excited nak mampos. Memang dah lama tak mandi sungai macam ni. Dulu kekecik biasa mandi longkang jer. Sebab ongkampong. Swimming pool tadek, longkang pon boleh. Haha.

Saz mandi sekejap je, sebab dia tak tahan sejuk. Tak macho langsung. Dah. Yang lelaki semua pergi naik atas, jaga anak. I, Dyba, Intan sambung berendam. Sesambil berangan. Dok help help konon-konon lemas. Padahal air kalau berdiri separas lutut jer. Nak lemas celah mana? Tapi air dia lajuuuuuu. Intan asyik hanyut jer. Tak dapat nak duduk landing atas batu macam kitorang. Baring atas batu, air lalu dekat kepala. Air laju wooo! Memang seronok! Macam massage jer rasa.



Pacifier Shein blanket dia tu. Tadek puting takper, tadek bantal busuk takper. Tapi blanket tu memang tak boleh nak berpisah. usung kesana kemari.  Sampai kepam.

Dekat pukul 4.30pm baru la gerak balik ke KL. Kat tempat kitorang pergi ni ok. Tent tu muat la kalau nak baring 10 orang. Boleh solat siap. Tadek hal. Intan siap bawak kompas nak carik kiblat. Bagus Intan ni. Tapi tu la, bf pon takde. Baik, cantik macam tu pon orang takde ngorat. Sian Intan (Sesambil jer promosi Intan. Haha)

Amboi Intan. Pose maut terus!

Hi Cik Abang belakang sana. Tengah menung apa tu?
 Fe-feeling hindustan sekali sekala. Main panjat-panjat pokok.

 Paan and Fiya (piya piya oh piya piya)

Beria je Joe siap bawak pelampung lengan tu. PADAHAL air cetek giler. Haha.
Intan lawa-lawa ni nak ngorat sapa?

Best dekat sini. Sungai dia jernih. Ada pokok besar so tak panas. Overall Nora bagi 4 Bintang!


Pelampung kereta ni ialah Star of The Day! Masa dalam sungai, Shein duduk elok je dalam ni. Sophie taknak. Dia lebih rela bergayut dekat leher mak dia. Kaki dalam air, tapi tido. Pon Boleh.

Kitorang plan, nanti nak buat lagi macam ni. Modal pon tak banyak mana. Tempat pon tak jauh. Yang penting seronok and dapat spend quality time dengan family. Kan? Lekas cakap ye. Kalau tak dowan fwen!


-EnD-

6 comments:

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Kalu tak silap masa hampa pi ni tgh dok kecoh kat tv3 pasai pembalakan n pasai aiq kebun kat hujung kampung katanya.. tu yg aiq keruh tu...
cho rekemen Intan kat abang Filla :P
Memula tgk gambaq Intan tak perasan pun kata tu Sazli.. huhuhu igt antu rambut rock :P(Memandai plak ni )

Chooyaya! said...

Haris Zuhaina : salam cek. ha a, kata makcik kat sini pon, last time tak ghamai sangat oghang pasai ayaq keqhoh. tu pasai kot? kami taktau main tibai ja pergi. pasal intan dengan abang filla tu, kena bincang dulu la dengan filla. haha.

Anna Dayana said...

bincang apa ni.. malunye...

tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima..


kikikiki

ooooooooo... macam bang (azan) pulak.. * citer p ramlee: labu labi berangan jadi tarzan...

cuba tgk dlm insta suraya sulatin

Mimy Hamid said...

ko kan kalau tak usik si intan tak sah hahahah...lawak tul...

Chooyaya! said...

Mimy : Ha a, aku mmg suka sakat dia. so ko ada adik lelaki hensem tak?

MiZie SaRaH said...

Wahh, best nya nampak suasana picnic kat sini..

Last week kami sekeluarga ke sana jugak.. Sejuk sangat dan nyaman je rasanya.. :)

http://miaqaisarah.com/2015/10/29/percutian-best-di-tams-chalet-janda-baik/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...