Assalamualaikum..
Baby and toddler usually dia
memang selalu akan tertarik dengan toys/buku yang bewarna warni. For babies, kalau
nampak jer yang bewarna ceria, kompem nak bawak masuk mulut. Sebab tu, masa
baby kiter kecik-kecik lagi, kiter dedahkan je dia dengan warna dan
persekitaran yang berwarna-warni. Lagi awal, laaaaaaaaaaaagi bagus! Untuk
stimulate otak dorang. Kalau kiter tengok sekarang ni pon, dah timbul banyak
kesedaran pada ramai ibu-ibu untuk bagi baby dorang kenal dengan flash card and
story book seawal 2 bulan. Amboi.
Its good actually. Hasil kajian
telah menunjukkan bahawa rahsia untuk meransang visual bayi terletak pada warna
yang tinggi kontrasnya. Senang cerita, sesuatu yang bewaran-warni la.
Memperkenalkan warna yang berbeza-beza pada bayi akan membuka jalan untuk
perkembangan otak mereka. Cecece. Bahasa nak buku teks jer. Haha.
Sebab tu dorang suka giler dengan
cartoons. Kan? Pasang la Upin Ipin ke apa memang terus menganga. Nak nak si
Shein. Nampak pulak objek kaler terang macam Barney. Baby mana yang tak suka
kan? Baby memang la suka kan Barney tu? Suara dah la annoying giler. Baby suka, aku
plak rasa nak sepak jer. Haha.
Ok. Cakap pasal objek-objek
membelajaran yang kiter biasa dedahkan pada baby/toddler belajar A B C, 1 2 3
why not kali ni kiter perkenalkan mereka something yang lebih berilmiah like ‘Berwuduk
Sebelum Solat’, ‘Mengenal Angka Arab’ dan ‘Doaku hari ini’.
Kat mana nak dapat? Ok. Klik sini.
Bila I tengok dekat page dorang ni, terus mata macam berkaca-kaca jer. Semuanya
omel jer. Terpaling omel, ada soft toy anak patung lelaki pakai kopiah and anak
patung perempuan siap pakai tudung. (Pang!) Sopan sangat J
Ni talking Muslim Doll, nama dia Aamina.
Dapatkan Amina dan Yousuf sebagai teman belajar anak-anak anda. Didatangkan dengan pakaian sehelai pakaian persalinan.
Features:
1. Bi-lingual 16" soft plush Aamina/Yousuf speaks and sings
2. Interactive hands, feet, number pad and colour pad
3. Over four minutes of sound
4. Muslim Yousuf speaks English and Arabic
5. Fun way for young children to learn languages
6. Ages 3+
7. Aminaa/Yousuf speaks when you press her/his hands and feet
Yang ni nama dia Yousuf. Mereka boleh membaca beberapa perkataan Quran yang penting, termasuk frasa-frasa dan surah termasuk makna mereka. Diantaranya ialah Assalamualaikum, Alhamdulillah, Subhanalla, InsyaAllah and many more. Klik sini untuk more info.
Antara barang yang dijual dekat
sana ialah Cloth Book, Islamic Softbook, Storybook, Educational toys, Branded
toys macam WABAfun, Children’s Craft Material and many more. Untuk yang setahun
keatas, molek la kalau perkenalkan dengan Cloth Book sebab selamat dan tidak
mudah terkoyak. Kalau jenis buku kan, kekadang kiter tak sedar, baby dah bawak
masuk mulut. Makan kertas. Maka, yang jenis cloth book ni memang terpaling win
la. Sebab kalau masuk mulut, dia tak koyak. Gitu kekdahnya. Jimat pon yer.
Takde la nak beli buku cerita seminggu 7 buah. Kan? Kalo ongkaye lain la. Baca
dan buang. Gitu.
Diantara koleksi softbook. Ada baaanyak lagi yang lain. Lets encourage your little one to love books!
Kecintaan terhadap buku perlu dipupuk sejak kecil lagi. Hadiahkan anak-anak kita buku-buku yang bersifat interaktif dengan warna yang menarik, mengeluarkan bunyi apabila disentuh dan memperkenalkan mereka kepada benda-benda di sekeliling mereka. Jadikan membaca buku sebagai aktiviti bersama supaya lebih menggembirakan anak-anak kita.
Kat sini ada baaaaaaaaanyak
buku-buku yang kiter boleh pilih. Paling best, kalau korang nak beli semua
produk dekat BOOKU ni, mention je I ni reader Chooyaya nanti tukang kedai bagi
off 5%! Yeay! Tapi offer valid sampai 31 March 2014 jer. Lepas tu no more.
Jangan nak merayu ke apa, memang dah tadek. Pulangkan I kerumah Mak Ayah I
sekarang! **Tetiba
Ok. Selain dari produk untuk anak-anak, BOOKU jugak ada share
parenting’s tips yang simple-simple. Kata tokey kedai, tadek la boring kan
kalau asyik nak jual barang jer. Deep sangat tau tokey kedai ni? Nyampah. Pastu
pastu pastu. Ada sesapa dekat sini tak yang suka buat craft and permainan diy
untuk kanak-kanak? Kalau ada well U olls inilah tempatnya. Tengok ni,
cantik-cantik kan?
Buat sendiri mainan anak anda. Let's get creative!
Anak-anak kecil memerlukan rangsangan minda berterusan. Galakkan anak-anak kita bermain secara kreatif dan mencipta sendiri permainan mereka. Wujudkan suasana yang menggalakkan anak-anak menjelajah persekitaran mereka untuk membentuk daya fokus yang lebih berkesan. Sentiasalah berinteraksi dan menemani anak-anak ketika mereka bermain. Semua murah. Serious. Murah.
Setiap hari Isnin dan Jumaat
BOOKU akan share craft ideas! Pastu kalau ada sesapa yang nak share idea boleh
hantar idea tu kepada BOOKU punya email dekat bookupublishing{at}gmail{dot}com.
Daaaan setiap hujung bulan, pengirim bertuah yang share idea-idea yang best dan
menarik akan dapat hadiah misteri dari mereka. Isn’t that interesting?
Mak
gembira anak pon gembira. Kira macam biar semua orang pon happy. Kan? Takkan la
dorang jer nak happy-happy? Mak budak pon nak happy jugak. I memang tak boleh
nak tengok craft yang comel-comel ni, sebab geram nak gigit. Itu pasal banyak
teddy bear Shein berlubang. Haha.
Sebenarnya, pemilik BOOKU ni nak
jadikkan BOOKU macam kedai buku untuk kanak-kanak. Ada buku, ada alatan craft,
mainan etc. Tapi produk bukunya masih belum banyak. Its ok awak, pelan-pelan
kayuh. Mana tau lepas ni Allah bagi rezeki berlipat kali ganda lagi kan? Amin.
Nak Uweeeeeet!
Buku-buku Islamik daripada fabrik sesuai untuk anak-anak seawal 3 bulan-6 tahun.
- Mudah di bawa ke mana-mana
- Selamat digigit
- Mudah dibasuh
- Tidak mudah koyak
- Selamat di bawa tidur
Biasakan anak-anak kita dengan cara hidup Islam sejak kecil. Perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf al-Quran, perkataan Arab, solat, doa, dan tatacara hidup muslim yang lain.
Bermain sambil belajar merupakan salah satu cara supaya anak-anak merasa seronok ketika aktiviti pembelajaran mereka. Pembelajaran secara tidak formal dan santai boleh membentuk daya fokus yang lebih berkesan. Dapatkan set permainan yang boleh merangsang pembangunan minda dan fizikal anak-anak. Yang gambar last sekali tu Brand : Darus Salam The Prize includes 24 surahs and supplications from the Quran (BAGUS GILER)
Untuk sebarang pertanyaan boleh
PM FB Page dorang or SMS ke 017-9145779. OK? I nak sambung belek produk-produk
mereka. Memang semuaaaaaaaanya comel-comel. Sumpah tak tipu! For mommies out
there, happy shopping U olls! Jangan lupa guna 5% discount tu. 5% pon banyak
jugak. Kumpul sikit-sikit boleh beli makan yang sedap-sedap (makan jer la yang
kau tau kan?) Haha.
-EnD-
No comments:
Post a Comment