Wednesday, February 12, 2014

Shein. Bak Balik Jam Mama.

Assalamualaikum.

I dah dua hari tak pakai jam. Mana entah perginya. I saspek Shein yang letak merata. Kalau naseb tak baik, dia buang dalam tong sampah. Lepas tu, I dah terbuang dah pon T___T. Sebab memang itu la kerja Shein sekarang. Ambik semua menda segala yang mana dia larat nak bawak, masukkan dalam tong sampah. Dari bedak I, perfume, jam, serum rambut, henpon, sependa, sudu and mana yang dia dan capai habes dibuangnya. Haha.

Semalam dia heret tabung duit shilling Tabung Haji, pastu tak larat nak angkat. Pastu marah Mama. Ewah engkau? Haha. Bila dah masuk setahun ni, lagi panjang akal baby. Makin kuat merajuk, makin drama, makin pandai protes. Ikut siapa perangai macamni Shein? :D

Sebok orang siap nak mekap, sebok la jugak dia nak duduk atas riba. I pakai blusher, dia hulur muka. Selagi tak celet sikit berus kat muka dia, dia tak puas hati. Lepas celet skek, terus keluar bilik main dekat hall. Hahaha. Pastu terpaling favorite, eye shadow palette Mac (kalau pecah memang nanges aaaa). Kalau dia dapat, terus bawak lari. Ada skali tu, Sazli panggil. ‘Bubuuuuuuuuuuuuuu, ko tengok anak ko ni’.

I pon keluar bilik tengok member tengah tepok-tepok eye shadow punya bekas letak kat pipi. Dia tiru I pakai bedak! Hahaha. Cenggini memang dah tak boleh nak merepek bogel segala depan Shein. Member dah pandai meniru ok?

Sekarang Shein dah paham kalau kena suruh. Suruh ambik remote dah pandai. Suruh amek towel dah pandai. Bagus. Lepas ni, "Shein, pergi beli sabun basuh kat kedai bawah". Haha. Tasabanyeeehhhh nak tunggu! 

Kalau I tengah bagi dia makan, sebok la nak suap sendiri. Kalau tak bagi, marah ok? Pastu dah sebok nak pakai bedak sendiri, nak sikat rambut sendiri. Macamkan dia tu dah besar sangat. Pampers pon Mama pakaikan lagi ok? Jangan nak eksyen sangat eh Shein.

I hari-hari tunggu jer, apa lagi la akal budak ni. Macam-macam hal. Kalau I tipu-tipu nak pakai kasut dia pon, member nanges hantuk kepala kat lantai. Bukan muat pon. Orang gurau jer. Dah besar dah Shein. Aaaaa. Cepat sangat masa berlalu. Tau-tau esok dah nak kawen. Haih. I is emos.

-EnD-

Jam Mama hilang? Ada aku kesah? E!

10 comments:

Irfa said...

comelnya dia
anak2 penghibur saat kepenatan balik keje

Ayu sukatiakula said...

tak yah kesah kan shein..tido lagi best

Jan@Afzan said...

bagusnya shein, dah faham arahan.. bijak budaknya...panjang akalnya..

hehe, selamat mencari jam yang hilang, I suspect jam tuh ada kat rumah..kalu takde, suruh shein belikan yang lain ek..:D

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Aloloo.. bijak nya. Shein tlg mama kms rumahla, too many things kata nya. Huhu

Ibu Dhia Danial said...

hahaha baru sorang hero ni kak sue.. lekkkk arr.. kan shein abg kawasan.. hewhewhew

Chooyaya! said...

Irfa : kaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn?

Chooyaya! said...

ayu : ha a. memang! tido lagi best kata shein

Chooyaya! said...

jan : masuk 4 hari ni mmg tak jmpa lagi kalau kemas umah :(

Chooyaya! said...

mrs yana : takperla. takyah tolong. mama buat sorang2 lg cepat siap. haha

Chooyaya! said...

ibu dhia : kalau ada lapan org hero, (matila)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...