Friday, March 7, 2014

Beef Steak Roulade at Wangsa Grill

Assalamualaikum.

Tadi pagi, Fiza call. Dia tanya. 'Kaksu, pernah makan kat Wangsa Grill Chef Zubir tak?' Pastu I kata pernah. 'Sedap tak?' I kata 'Sedap! Presentation Presentation world class. Portion besar. Harga dia not bad. Ala-ala Chili’s, Tony Roma’s, TGI Friday’s. Memang sedap. Cuma kalau nak datang malam, better call for reservation sebab biasanya full house.' Yang penting, Chef dia ada sorang tu hensem giler. Haha’. (Kalau mata tu meliar je nak tengok prospek untuk Intan). PADAHAL.

Pastu kata Fiza, ‘Ok, ok. Jom la Kaksu kiter makan kat sana. Tengah hari bukak tak? Number phone nak reserve ada?’ Pastu I cakap, ‘Apa kau ingat aku ni spokesperson Wangsa Grill ker? Google la. Pergi la call sendiri. Pang kang!’

Pastu tak lama, Si Ros email.  ‘Kak Su, please name me a restaurant yang ada steamboat and grill terpaling best di dunia tapi terletak di KL… Hehe… Ade org tanyer…..’ And I reply ‘ Hahahaha Kalau kat Ampang tu nama dia Tanjung Seafood kat area Ampang Waterfront. Bagi kaksu sedap la, tapi tak banyak variety. Kalau Japanese grills kaksu suka kt Ge Mall (Daidomon)’.

Lepas reply email Ros, I menung kejap.

Dah semua kalau nak makan pergi tanya aku ni kenapa? Hahahaha. Memang I ni kamus makanan/restoran bergerak ke apa? Kekadang I jugak jadik penasihat bebudak kat opis ni. Nak date pon bertolak-tolak tanya I sebab segan, ‘Kaksu, kalau candle light dinner first time nak pergi mana, makan kat mana?’ Gitu.

Pastu haritu kitorang siap survey tempat nak buat Hence Night si Intan. Dyba nak buat kat Flora Café Ampwalk, Si Ira pulak suruh buat dekat Floral Terrace Hampshire Place. Si Intan terbangang-bangang. Seminggu sekali kitorang berangan la. Oh Intan nanti kiter buat tema candy la. Tapi Intan nak hijau. Sambil buat muka. Tak boleeeeeeeeeeeh. Intan hitam. Kiter kena buat color yang bagi muka berseri.

Pastu Dyba pulak dah tag video joget Hindustan dalam FB. Ok la. Nanti Intan kawen, kiter menari lagu ni. Dyba nak duduk tengah (Taknak kalah. Dian tak sedar yang duduk tengah tak boleh pendek). Pastu Dyba nak keluar time sekian sekian. Pastu Intan tanya, ‘Dah tu Intan nak keluar time bila?’ Pastu Dyba marah, kata dia Moktan kan pengantin? Nanti husband Moktan la dukung bawak menari kat tengah-tengah. Kaksu, Abang Saz nak ke menari? Joe mesti taknak. Ok takper. Dyba menari dengan Fiezul kalau Joe taknak.'

Hahahah. Tak pepasal Fiezul pon masuk dalam ini cerita.

Bab berangan bagi la kat bebudak ni. Tapi bila borak-borak macam ni, rasa macam tak sabar pulak nak tunggu Intan kawen. Nanti Kaksu sponsor Intan make up ok? By Ayang Kamell. Mesti Intan cantik and please jangan buat majlis dekat rumah. Malaysia sekarang panas. Buat dekat dewan yang elok sikit. Pastu daaaaaaaaaaaaaaaaah berkumpul la dekat tempat Ira dok Google tempat mana nak buat wedding Intan. Hahaha.

Ok. I selit la satu gambar makanan yang I makan minggu lepas dekat Wangsa Grill Chef Zubir. Nama dia Beef Steak ‘Roulade’ Memang sedap. Its ayam yang dibalut dengan daging, pastu ada sos hijau ni tak sure sos apa, and ada jagung. Memang sedap. Ni Mak punya. Harga? RM36.50. Sazli makan Wangsa Grill ‘Ribs’ Samp (RM59.50) and I makan Rib Eye 320pms (RM54.50) tapi sebab line bangang ada satu je gambar boleh attach. Yang lain-lain nanti. Ok? (Kalau rajin).

Korang kan? Semalam kemain banyak komen pasal AbangSom. Hahaha. Mendapat sambutan giler. Kata Intan pada Abang Som, ‘Kepada AbangSom jangan sombong sangat, nanti kiter kena kawen baru tau’. Hahaha. Bongok Intan!

-EnD-

Beef Steak Roulade at Wangsa Grill by Chef Zubir. SEDAP!

2 comments:

ecah khalili said...

adess..telan air liur ibu mengandung ni tengok gambar tu..wahhhh..gagagaga

Anna Dayana said...

kak su nnti bawak KAKAK makan sini ngn abah Saz ye..

hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...