Monday, March 31, 2014

Candy Buffet For Zhaf Surprise Birthday by Event4u

Assalamualaikum.

Ok. Tadi I cakap nak share pasal Candy Buffet masa malam surprise birthday untuk Zhaf kan? Nama tauke dia Lien & Yan. Dorang la owner Event4u. Dorang ni kawan sekolah Sazli. Mati la. Semua kawan-kawan je buat untuk party malam tu. Kah kah. Hidup Najib! **Tetiba.

I really rekemen korang untuk ambik Event4u. Why? Sebab affordable and masuk akal. Ini setakat setting meja je, pastu bagi biskut ikan, jelly beans dengan biscuit stick kena charge RM750 tak termasuk segala mala sweets atas tu dengan cupcakes segala mau abes sampai RM1500. Ridiculous!

Korang boleh follow Event4u dekat IG dorang or dekat FB dorang. Klik sini. (Lien punya FB). Kalau IG search @event4u. Ok? Kat sini I share sekali package harga yang Event4u offer. Boleh pilih mengikut kemampuan. Package serendah RM400 and cukup untuk 100 pax. Ada jugak yang offer Candy Buffet RM350 tapi untuk 50 pax jer. Kena tanya detail dengan owner.  OK? Takot nanti sekali kanak-kanak ribena serbu habes segala atas meja. Pastu yang datang lambat makan kaki. Kah kah kah.

PAKEJ PLATINUM RM 1,170.00

1)Buah Strawberry & Grapes (sticks)
2)Marshmallows
3)Choclairs
4)M&Ms Nut Candy
5)Candy Sticks
6)Sweets
7)Ferrero Rocher
8)Lollypops
9)Popcorn
10)Fruit Jellies
11)Cheese Tarts
12)Fruits Tarts
13)Cup Pavlova
14)Cream Caramel
15)Chocolate Cupcakes Cadbury
16)Butterscotch Slices
17)Mini Chocolates
18)Tid Bits (Nut)

PAKEJ DIAMOND RM 1,100.00

1)Buah Strawberry dan Grapes (sticks)
2)Marshmallows
3)Choclairs Candy
4)M&Ms Nut Candy
5)Candy Sticks
6)Candy Sweet
7)Ferrero Rocher
8)Lollypops
9)Popcorn
10)Cheese Tart
11)Fruits Tart
12)Cup Pavlova
13)Cream Caramel
14)Chocolate Cupcakes Cadbury
15)Butterscotch Slices
16)Tid Bits(Nut)

PAKEJ GOLD RM 1,010.00
1)Buah Strawberry dan Anggur (stick)
2)Marshmallows
3)Biscuit Stick
4)Choclairs
5)M&M Nut Candy
6)Candy Stick
7)Candy Sweet
8)Ferrero Rocher
9)Lollypops
10)Cheese Tart
11)Fruits Tart
12)Cream Caramel
13)Chocolate Cupcakes Cadbury
14)Cup Pavlova
15)Tid Bits (Nut)

PAKEJ SILVER RM 910.00

1)Buah Strawberry dan Anggur (sticks)
2)Marshmallows
3)Biscuit Sticks
4)Choclairs
5)M&Ms Nut Candy
6)Candy Sticks
7)Candy Sweets
8)Ferrero Rocher
9)Lollypops
10)Cheese Tarts
11)Fruits Tarts
12)Cream Caramel
13)Chocolate Cupcakes Cadbury
14)Butterscotch Slices
15)Tid Bits(Nut)

PAKEJ BRONZE RM 650.00

1)Marshmallows
2)Biscuit Sticks
3)Choclairs
4)M&M Nut Candy
5)Candy Sticks
6)Sweets
7)Ferrero Rocher
8)Chocky Chocky
9)Cheese tarts
10)Fruit Tarts
11)Cream Caramel
12)Cupcakes
13)Tid Bits(Nut)

CANDY BUFFET (BASIC) RM 400.00
1)Marshmallows
2)Biscuit Sticks
3)Candy Sticks
4)Candy Sweet
5)Fruit Jelly
6)Cupcakes
7)Cheese Tarts
8)Tid-Bits

Add On
1)Chocolate Fountain RM 150.00
2)Mini Chocolates with personalized wrapper RM45 (100pcs)

Note
Transport Charge  Klang Valley RM 50.00 return,
Luar Klang Valley akan diberi tahu nanti.
Harga termasuk deko atas meja, food labels, cake toppers, mengikut tema dan FREE printable Signage 5R.

Boleh bagitau dorang nak tema apa and dorang akan buatkan. Selain dari tu dorang jugak ada buat untuk Photo Booth and ada mini pelamin bertunang. Lepas tu kalau nak buat door-gift untuk Majlis Cukur Jambul or apapa majlis pon dorang boleh buat  seperti personalize mineral water, Yassin, coklat, sependa and semua menda la. Personalize sependa tu I tipu. Haha. Ada ke yang nak bagi sependa masuk dalam goodies bag?

Oh lagi. Kalau korang nak surprisekan sesiapa nak bagi macam kek, bunga and balloons pon Evemt4U boleh buatkan. Siapkan aja duit and memang murah. Biasa la kan? Semua nak murah jer. Haha. Masa Shein kawen, goodies bag by dorang la. Best kan? Paper bag, coklat, air, yassin semua ada gambar Shein. Gila la nak kongker semua kan Shein?

So lepas ni kalau nak buat majlis apapa boleh kontek Event4u. OK? I jamin korang akan puas hati plus Lien ni boleh tahan bangang. Masa I tak dapat carik orang untuk ambik gambar Poja malam tu. Last minute cancel la apa la, skali Lien kata ‘Takper Su, kalau tadek orang sangat dah, aku boleh ambik’. I pon Ya Allah syukurnya Lien. Ko ada camera best ker?

Dia jawab : ‘Tak la, camera henpon’.

Hangeeeeen je satu badan. Bodoh kan? Hahahaha. Anyway Lien, Nak uweeeeeeeeeeeeeeet! Ok last skali. Yang penting, Event4u akan come with different idea, different deco for each party ok? Tak ada siaran ulangan. Sebab ada je yang buat sama je for each of their candy buffet kan? Yang ni I palinggg suka.



Antara dessert yang ada malam tu. ANTARA tu maknanya ada banyak jenis lagi. Yang paling sedap mini pavlova.


Bithday boy Zhaf tengah busy pilih nak makan apa. Malam ni makan banyak-banyak, esok work out. Haha.
Table setting. Baby Blue Theme. 


Almost siap
Dah siap! Nanti gambar lawa I update kemudian bila dah dapat gambar dari Official Photographer Si Zameer ok? Boleh tahan gigih eh kau ni Suraya?

Check it out also antara gambar Candy Buffet yang dorang pernah buat. Nak tengok yang lain, boleh tengok kat IG dorang. Ada memacam theme and color theme. Semua boleh request. Yang penting, TIADA SIARAN ULANGAN DECO.



Candy Buffet 'Frozen Theme'


Candy Buffet 'Military Theme'

Candy Buffet 'Black and Pink Theme'


Candy Buffet 'Purple and Silver Theme'


Candy Buffet 'Rainbow Theme'


Candy Buffet untuk Majlis Cukur Jambul Khai & Rusma punya anak


Candy Buffet 'Orange Theme'

Candy Buffet 'Yellow & Black Theme'


Featured in Apa Kata Wanita. Class U'Olls! Wanita Hari Ini pon pernah masuk. Dah ni sapa yang artis ni Lien? AKu ke kau? **Taknak kalah. Haha


Dorang boleh buatkan jugak if nak surprise kan sesapa dengan bunga, chocolate and balloons! Harga package start dari RM100 (Include delivery)


Kalau bunga + ballons + delivery RM150 jer!


Balloons + cupcakes rich cholocate RM175

Senarai Harga Package
Balloons  + Delivery = RM100
Balloons  + Cake + Delivery = RM150
Balloons  + Flower Bouquet  + Delivery = RM150
Balloons + Ferraro Rocher Box + Delivery = RM150
Balloons + Ferraro Rocher Bouquet = RM170
Balloons + Cupcakes Rich Chocolate + Delivery = RM175
All package include free wish card, free photographer lakonan acah-acah (bengong)
Kiranya package sekali lakonan spontan and amek gambar la. Haha.

Or. If nak any personalize surprise boleh bincang dengan dorang termasuk kalau nak hantar hadiah balloons segala dekat hospital ke. Pon boleh. Kira semua boleh la dorang ni. Jenis boleh bawak bincang. Seriously I boleh jamin, anda akan puas hati. Taktau dah nak puji macam mana yang boleh dapat Prada ni Lien. Kah kah kah. Apapa pon kalau nak handle menda-menda ni semua, kalau dapat yang kelakar and boleh bawak bincang macam team dorang ni, tu yang paling best. Yang ni I ikhlas. Ok U guys! Good luck! Semoga Allah merahmati :)

-EnD- 

5 comments:

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue. Pepagi baca blog Sue mmg senyum sensorang :P
Pagi ni bab **Hidup Najib

Ada extra char dak utk area Hulu Selangoq???

Chooyaya! said...

Haris Zuhaina : Kena tanya tuan tanah. Rasanya ikut KM kot? Taktawwwuuuuuuuuuuuuuu

Cikgu Norazimah said...

bestnyer, tapi mcm tak lama jer kalau buat candy buffet jer kalau ada budak2, tak start lagi majlis, dah setle semua ! hehe

Zarra Arissa said...

Contact number?

Unknown said...

Pm no plass

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...