Tuesday, March 18, 2014

Capati Sedap at Wan Chopati No. 1 at Keramat Mall

Assalamualaikum.

Semalam tengahari kitorang makan dekat Wan Chopati No. 1 dekat Keramat Mall. Sebab terpengaruh dengan Abang Naz dalam Jalan-Jalan Cari Makan. Walaupon Abang Naz annoying giler makan pura-pura macam sedap sangat sampai kembang kempis hidung, tapi ada orang tu terliur jugak. Kahkah. Kanak-kanak sangat sebab mudah terpengaruh dengan tv. Padahal dah tuwe bangkew.

Actually Intan dah lama pung-pang ajak Ira makan puree sedap dekat Keramat Mall. Ada la dia ajak I sekali. Tapi biasa la. I eksyen. Situ kan panas? I cakap ok Intan, petang boleh pergi. Tengahari tak boleh sebab nanti ketiak basah. Panas. Kaksu pening kepala. Sebab I kan ada hyperthyroidism memang tak boleh panas-panas ni. Maafkan la I. Bukan I ongkampung belagak ke apa. Ok? Hehe.

I wasap Intan bagitau esok nak makan dekat Wan Chopati, pastu Intan cakap, ‘Ok Kaksu, deal. Esok lunch kiter makan dekat Keramat Mall’. So deal. Suka la Intan. Sebab dia ni memang ada keturunan India kot? Memang suka makanan India. Dyba lain la. Suka sushi je. Sama la dengan Ira. I mana-mana pon ok janji jangan ikan keli, ikan tilapia. Sebab phobia. E takot!

Pastu semalam turn I bawak kereta. Masa Intan bagi direction mana nak parking semua, menyentan-nyentan I dalam kereta sebab nampak cuaca harini panas. Aku dengan baju kot segala ni Intan, kalau panas siap kau. Intan pon dah macam Wakil Rakyat. Sampai sana carikkan meja and bawak I melawat kedai. Kaksu nak makan apa? Sini ada capati sedap, ada puree, ada ikan bakar sedap, ada cekodok pisang sedap. Ubi kayu rebus pon  ada. Cakap je. Air? Air Kaksu nak apa? Wah. Memang peramah habes.

Menggeletis Intan. Cinta sangat dia dengan Keramat Mall. Kitorang order Tipu Set tu sampai 40 menet tak dapat-dapat. Pastu I kata, ‘Intan, jom kiter tunggu dekat tepi Abang canai capati tu. Selagi tak dapat jangan begerak’. Memang tak menang tangan U’Olls. Kakak kedai tu cakap, semalam lagi ramai. Sorry la sebab tak sempat nak layan. Sekali orang order nak bungkus sampai 10 keping. Melampau.

Pastu I kata, ‘Takper Kak, saya boleh tolong canai. Tapi biasa saya canai jadik bentuk empat segi’. Dia tak layan pon. Eksyen sungguh. Bizi kemain order air la apa la. Dia tau tak Papa Intan tu askar pencen yang dia buat taktau dengan kitorang? Haha.

Kat situ ada rojak ayam jugak and kuih Mahathir. Yang tu memula Intan nak order tapi I cakap pada Intan, ‘Kiter makan lain kali la. Semua nak makan harini dah kenapa?’ Pastu Intan kata, ‘Kaksu karang kalau lapar jangan nak meroyan kat opis ok?’. So, sebab takot lapar petang karang maka kitorang beli sebungkus Ubi Kayu Rebus. Makan dengan kelapa+gula, sambal and ikan sepat masin. Peerrrrghhhhhhhhhhhh. Memang sedap nak mampos! Sebab lembut jer.

Ok la. Mulai harini, kita boleh makan dekat Keramat Mall once a week – kata I. Pastu Intan dah gembira. Sekali masa nak balik, cuaca amat panas I pon cakap. ‘Once a month’. Haha. Intan kata, ‘Okla, Kaksu drop je Intan dekat Keramat Mall, Intan makan sorang-sorang kat sini. Nanti korang dah habes makan, ambik Intan dekat Caltex’. Sanggup dia?????? Ke dia dah jatuh cinta dengan Abang canai capati tu? Bukan boleh caya sangat Intan ni. Haha.

-EnD-


Set ni nama dia Tipu sebab dia combination Ti - Capati and Pu - Puree. Sedap! Lembut je and kuah cicah dia tu nama Kima. Sedap jugak. Kari tapi ada daging cincang ke menda entah. Memang sedap! Hanya di Wan Chopati Kemarat Mall! (Amboi)



Sesungguh makan Ubi Kayu Rebus. Kenapa la kau sangat lazat?

8 comments:

chuya - the mother of A's said...

ni nama dia penderaan mental dan jiwa untuk orang nak diet.. hetchiuuu

Ann said...

wuisshhh...ni mmg sedap xtipu la ni eh..ade mmber pn dok share kate sini sedap..baiklah, harus terjah nnti..

adda syuhada said...

As salam....uihhhh....dah lama xmakan ubi kayu rebus...

Anna Dayana said...

Hhahhaa.. I love keramat mall ngee ngeee

Chooyaya! said...

chuya : hati kena kental tau? hahaha. sesia naik turun tangga kalau makan lepas tu tak jaga. hahaha

Chooyaya! said...

ann : dah pergi dah?

Chooyaya! said...

adda syuhada : kan??? ni masa zaman kekecik selalu la makan. kata ongkampong?

Chooyaya! said...

anna dayana : kalau suka sangat pg makan sorang2 kt sana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...