Monday, March 17, 2014

Selamat Pengantin Baru Ema (Yang Wild) !!

Assalamualaikum.

Hari Sabtu haritu Ema kawen. Dekat Dewan Sri Siantan, Putrajaya. I pergi dengan Sazli and Intan. Shein tinggal sebab taknak expose dia lagi dekat tempat reramai orang. Dia kan baru elok dari demam? So dia ditinggalkan kat rumah MakTok and Baba. Intan pergi sekali sebab dia kawan kolej dengan Ema. Sebok je Intan ni mengekor je mana I pergi. Kata Ira, suruh dia sewa je bilik dekat rumah kitorang. Sebab kalau weekened memang kat rumah I la tempat dia. Haha. (Intan, tadek life ke ni? Haha)

Sampai je kat dewan, Intan terus tinggal I and beratur ambik makanan. Perangai sangat. I pon terus carik bebudak WakDan. Syikin macam biasa la lambat. Kalau tanya dia masa anak sorang dulu, ‘Kin, kenapa ko lambat?’ Nanti dia jawab ‘Ala Maksuuuuu. Aku dah siap tadi tapi Ucop beraaaakkkk’. Haha. Itu jawapan rakaman dia, nanti kalau I tanya dia kenapa lambat? Tekan play je. Tau dah sangat. Kata bebudak ni, dulu masa ada Ucop sorang Sikin ngan Gafur kalau nak bersiap kena awal dua jam. Ni anak dah dua, kalau nak pegi mana-mana kena awal empat jam.

Gitu lah kan? Dah ada anak ni memang macam ni. I kekadang rasa macam cirit ketar-ketar jubor punya nak cepat. Kekadang kalau dah nak cepat sangat sampai terpelanting sudu garpu segala. Siap tesungkur-sungkur, tak sempat brek time nak kona baring dari hall ke bilik. Siapkan semua kerja cecepat. Bila Shein dah hensem and bila I nak letak je bedak dekat muka lepas tu Sazli cakap, ‘Bubu, jangan lambat sangat eh? I tunggu kat foyer’. Peeerrrghhhh tak terkeluar bijik mata I pandang Sazli. Nak menjawab takot jatuh derhaka. Lain la kalau ada helper. Sementara nak siapkan kerja, ada orang boleh jaga Shein.

Helper sekarang ni dah ok. Tapi dia sama naik dengan anak. Aku dalam bilik, dah dedua skali dalam bilik. Ngekor jer. Hahahahaha. Tuhan tolongggg lembutkan hati dia (tetiba).

Lepas salam-salam pengantin, kitorang gerak ke Precint 16. Eh 16 ker? Tapi dekat situ ada food court. Best! Cuma panas skek la. Maybe cuaca sekarang kan macam ni. **Flip hair. Bila Shein tadek sekali, rasa aman damai je time makan. Kemain relex dengan Intan sesambil tengok Wani, Syikin, Dalila, Marsha dengan anak masing-masing. Badan memang la tak penat tapi dalam kepala dok merabib, ‘Ashein ashein ashein Metayang Mama’.

Apai time ni dekat Restoran Arab mana entah dengan Yash. Yerla. Dia taknak join kitorang makan kat food court sebab dia kan anak Datok. Kaya. Umah sewa ada sepuluh. Haha.

Hari esoknya, kitorang ke birthday Anyaa pulak dekat Bangi. So far, dah beberapa minggu ni full of activities wedding and lepak dengan persatuan emak-emak. Wayang dah lapan tahun dah tak tengok. Kesian sangat. Enak-emak sangat dah rasa ni. Minggu ni kitorang ke Seremban pulak untuk nikah Acap dengan Shima. Kitorang check-in dekat PD.

Intan nak ikut Kaksu tak? Tolong babysit Shein. Kaksu bagi la upah. OK?

-EnD-



Eh, ni Ema ke Fathiya Latif ni yang kawen? Hehe. Ema. Selamat Pengantin Baru tau? Risau pulak Maksu kat Wan. Sebab Ema ni boleh tahan 'wild'. Tengok atas pelamin dok meleset jer kat Wan. Kau dah kenapa Ema? Behave ok? Tau la pandai urut. (Ema former spa manager dekat Mariott Putrajaya)


Nayang and Shanom Yang Cantik. Kata Intan, Shanom cantik takyah usaha lebih-lebih nak rambut kepok-kepok masuk salon segala. Mekap nipis dah cantik. Eh. Tu intan la. Kaksu tak. Haha.


Intan dimana-mana. Kata Saz, 'Korang jangan nak selfie pastu hashtag Pray4MH370 pulak. Tinggal tepi jalan kang. Amboi! I sah-sah la pangkah orang buat macam tu, takkan nak join club dorang yang vain tu kot? Choi!
Eh, mana suami masing-masing ni?

4 comments:

Nass Yusof said...

Love Irma's dressss! <3 <3

Chooyaya! said...

Me too love the dress!

Anna Dayana said...

kawan kawan kak su semua cantik cantik.. kecuali intan..

ok bye

Chooyaya! said...

Intan la yg TERPALING cantik sebenarnya. natural beauty. mata besar. tu tu tu tu tu tu tu tu tu tu tu tu tu. (lagu akhen khuli) hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...