Monday, March 3, 2014

Gigi, Diet and Jalan of Shein

Assalamualaikum.

Ada a few yang tanya berapa gigi Shein, bila start berjalan, berapa berat, Shein makan apa semua kan? I jawab secara pukal jer la eh? (Kau ingat kau artis ke Shein?) Ok. Dia start berjalan setahun 2 minggu. Dalam pada tengok dia macam tak boleh nak jalan sebab masih meniti-meniti dekat kerusi, sekali bila bawak turun kat area pool (time tu dekat rumah ada buat event) tengok terus dia boleh berjalan jatuh. Maybe sebab excited ramai kawan kot? Dia berjalan mostly macam orang mabok la. Menyeget ke kiri kekanan. Tak boleh nak aim straight lagi. Sian ko Shein.

Dua minggu jugak nak tunggu stabil and boleh terror jalan. Now dah berlari-lari ayam. Adegan langgar dinding dah jarang berlaku. Shein ni la, Pak Lawak. Ada satu time tu, dia sembam-sembam muka dia kat tilam. Kan cadar kitorang kaler merah. Pastu dia jalan laju-laju terus langgar dinding sebab kat situ ada langsir merah. Dia bajet kalau merah tu semua lembut ke apa? Haha. Sekian benjol. 

Gigi? Ok. Now dia dah ada 6 batang yang dah clear nampak and dua batang baru tumbuh tunggul. Ailio dah merembes balik sebab maybe gigi dia nak tumbuh lagi kot? Geraham tadek lagi. Berat? Ok. Berat dia dah almost 12kg dah pon. Gedebob. And now bila dia dah start makan macam-macam skek, I tengok dia punya berat macam lagi cepat jer naik. Baju pon dah banyak yang sendat tapi bagi jugak dia pakai sebab geram tengok perut boroi. Kahkahkah.

Diet Shein? Ok. Sekarang ni I bagi dia macam-macam menda. I tak strict sangat itu tak boleh ini tak boleh, (Walaupon kata Dr. A, better bagi dia makanan yang ada garam after 24 months) but ada time yang I bagi kelonggaran sikit. Pagi now I bagi dia makan puree. Heinz puree tu. Kekadang couscous with veggie. Mana dan. Tak kisah. Apa menda pon dia makan sekarang ni. Sesambil nak tunggu lunch, dia makan la baby bite. Later I share apa Shein punya favorite.

Tengah hari dia makan pasta dengan cheese. Tak kisah la macaroni ke, spaghetti yang I potong kontot-kontot ker, fussily ke. Cara masak sama. Terpaling suka. Sesekali nak la dia makan bubur nasik. Sebab dia eksyen takmau makan nasik. And petang kekadang Mak Tok bagi dia nestum ikan bilis tu, seselang la dengan makanan lain macam jagung ke, baked potato ke, mana dan. No specific but apapa makanan kat rumah memang no added salt. Unless kalau kitorang keluar makan kat luar, I ada la order fries without salt and dia ada la makan soup I, kekadang I bagi dia ayam goreng. But I nyonyot dulu la. Kasik hilang rasa garam/perisa sikit.

Ice-cream pon ada jugak I bagi sesuap dua. Vanilla ice cream and air sedap macam milo, macam strawberry milk shake or mana-mana yang tadek gas, I ada bagi dia. I tengok Shein suka milo kotak and I ada la tanya Dr. A, ok tak kalau I nak bagi dia chocolate milk. Kata dia, actually sugar ni boleh rosakkan gigi yang baru nak tumbuh tu sebab hi sugar contain but kalau Shein jenis suka gosok gigi, tadek hal. But if dia banyak gosok dinding dari gosok gigi (Macam Imaan) baik tak perlu lagi. But 1 serving/day is OK. Hasil perbincangan dengan Saz, kami decide ok la. Not yet. Sayang pulak kalau gigi Shein rosak ke apa. Kurang la hensem kan? Kata Abang Kawasan Ampang, imej kena la jaga.

Buah-buah macam tembikai, betik, semua dia bedal. Bagi timun pon makan, tomato pon makan, salad yang pahit-pahit macam rocket ker, semua pon ok. Roman lettuce tapayah cakap la. Memang dia suka. Shein ni mangkali kalau bagi daun puding pon dia makan kot? Pendek kata asal MAKAN dia tadek hal. Mengunyah jer. Tapi dia cepat boring untuk satu rasa. If nak keep dia diam dekat meja, bagi dia pelbagai jenis rasa. InsyaAllah ok sebab Shein ongkampong. Tak boleh dijinakkan dengan gadget. Habes di campaknya. Nak bagi dia diam, ialah MAKAN. Memula mau suap, lepas tu nak suap sendiri. Maka sekianlah tempat dia duduk akan musnah. Habes bersepah. Memang buat malu tapi bak Sazli, ‘Dah bayar service charge kan?’ Haha.

Nasik dengan lauk I tadek bagi dia try lagi, tapi kekadang ada mood dia, I letak la nasik putih dalam mangkuk dia, dia amek la makan. Yang jatuh lantai lagi banyak dari yang jatuh dalam mulut. Ni I nak bagi tips, if korang makan kat restoran, jangan lupa bawak mangkuk dorang sendiri dengan sudu garpu. Senang. Biasa depa punya alatan kan warna-warni so baby suka la. Tak pandai pakai garpu takpe. Bagi je. Kasik umpan suruh senyap.

I memang usung dah pinggan mangkuk Shein letak dalam handbag. Haha. Senang. And kalau takmao bagi anak nampak comot, if keluar tu, bawak bekal baju 2 helai. Sekali makan, salin baju. I memang jenis napkin kt dalam handbag, meleleh sikit terus lap. Naseb la ko Shein.

-EnD-

Shein. Perut boroi nampak? Cukup makan ni musti banyak duit. So. Shein. Nak uweeeet!

8 comments:

A.L.I.N.A said...

perkembangan budak ni x sume nyer sama jer..mcm anak saya no 2 ni..Zara mmg x suka mkn lembik2..bubur mmg kalo buat buang je la..heinz dia x buleh mkn sbb xtau la naper alergik kot sbb bila mkn dia naik gatal2..Zara saya bg mkn nasi lenyek2 ngn sup start 10bulan..ikutkan xmau bg lg sbb takut baby sembelit..tapi kesian plak melalak je lapar..test skit2 tgk ok x sembelit..start tu saya buat sup kentang,sup carrot,sup ayam..sume jenis sup la..sbb zara wajib mkn nasi+sup...zara start jalan setahun 1 minggu...
Lain dgn abg zara..Khaleef masa 6bln-9bln mmg mkn hienz..masa umor 10bulan sampai dkt 2thn mkn bubur..sbb khaleef jenis malas ngunyah..kire nak telan...si abg berjalan cepat skit cukup setahun...tapi skrg ni tugas bonda sebagai chef bertambah..sbb nya si abg lauk feveret sume jenis masak kicap n telor dadar..si adik sume jenis sup..baby besor bonda lg sorg tu sup x mkn kicap x mkn..kena masak pedas2...hahahhaha...

Chooyaya! said...

A.L.I.N.A : HA A. baby ni memang berbeza cara makan and pertumbuhan dia. asalkan dia sihat tubuh badan dah syukur kan? :)

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Pas ni jgn lupa minyak sapi n nasi panas2.. buh plk kicap , + teloq ayam goyang.. heaven tu.. cam I plk yg nak p makan :P

genuine1224 said...

Anak I skang baru ajar mkn yg manis sket. dpt minum vitagen tu heaven habis. haha. dah umo 2y5m baru dpt rasa. before this mmg tak kasik. skang dah kasik makanan yg manis and masin sket. tapi masih pantau. big no for keropok, coklat tu smua. sayang gg and takmo diorg terlebih gula. kang asyik nak melompat je. hehe

shein, apesal no plet keta terbalik haaaaaaaaaaaaaaa?

A.L.I.N.A said...

btol k.su biar sihat tubuh bdn cukup..yg sulung tu sampai skrg saya mmg larang keras mkn keropok2 merapu tu n gula2..cuma coklat tu mcm cadbury tu mmg saya bg la..eskerim bg juga..sbb kalo dia x mkn sgt nasi saya bg je mkn coklat n eskerim..

Chooyaya! said...

haris zuhaina : yang minyak sapi + kicap + nasik panas tu su makan pr shein punya makan? hahaha

Chooyaya! said...

A.L.I.N.A : coklat ni actually kalau baby batuk n semput, tak berapa bagus nak bagi (menurut dr patric) depends on baby mcm mana. tp jajan2 merapu keropok segala tu lagi la banyak perisa/pewarna tiruan. kan? mmg tak elok. but sekali dalam sebulan kira ok la. hehe

Chooyaya! said...

azziah nawawi : mmg kalau dorang terlebih sugar, dia akan meroyan guling2 and aktif kan?