Thursday, March 20, 2014

Gulai Tunjang. Tunggu Kakak Datang!

Assalamualaikum.

Sapa penah makan gulai tunjang? Biasa gulai tunjang ni ada dekat mana-mana kedai minang.Tempat terpaling favorite yang I selalu pergi dekat Kampung Baru tu. Tepi jalan. Kat situ harga dia stendet KLCC tau? Sekali makan sekali dengan air RM12 - RM16.00. Tapi puas hati. Biasa kalau nak makan kat sini bebudak ni cakap, ‘Kaksu, jom makan tayar basikal’. Sebab  rasa gulai tunjang ni sebenarnya tadek rasa. Macam jelly kenyal-kenyal so basically macam kunyah tube basikal. Paham? Tapi layan pejam-pejam mata. Paham tak? Tak paham sudah.

Selain dari gulai tunjang ni, kitorang suka makan ayam kampong. Harga dia RM6.00 seketul.  Ada dua jenis. Satu tu masak berlada. Dengan lada besar yang dia tumbuk/blend kasar and satu lagi dengan sampah sarap. Macam masak rempah tapi tadek la pulak over rasa rempah. Entah apa nama dia. Biasa Kaklong cakap, ayam sampah sarap. Haha.

Pastu ada jugak anak belut goreng rangup. Yang ni I tak makan. Sebab rasa macam Fear Factor. And ada rasa tak sampai hati. Kenapa ko kecik-kecik je lagi, masih mumayyis dah kena goreng macam ni eh anak belut? Sian sangat. So kalau kesian, mana boleh makan. Lepas tu ada air avocado. Terpaling sedap I pernah rasa so far. Makan gulai tunjang dah sama macam makan lemak sesajer. Campur pulak air avocado yang berlemak. Perrgh. Memang kalau komplen gemok aku tampar jer.

Air avocado kitorang cakap air avocoda. Sebab Makcik Intan la yang confident mintak ‘Bang, air avocoda ada?’. Haha. macam-macam jenis orang konfiden dalam dunia ni. I pun tak paham. So U guys, if ada yang taktau nak makan apa tengahari ni. Makan la kat kedai minang. Ok?

Sekarang pukul 9 pagi. Nak makan pukul 1.00pm. Bladihel! Lambat lagi. Okbye!


-eNd-


Perrrghhh. Sumpah Pah! Abang tak carik lain. **Telan ailio


Gulai Tunjang aka Tayar Beskal


Anak belut goreng. Fear factor sangat


Hello sayang!

14 comments:

Mimy Hamid said...

jus alpukat suh intan sebut tu pulak..heheh..nak tunjang ..sedap woooooo

Felis Domestica said...

belut tu mmg menakutkan nak makan. memula baca ingat potong-potong, dalam gambar tu sekor sekor dengan mulut ternganga.... wwwooooooooo

Anna Dayana said...

kak su ada lagi satu daging yg macm akar kayu tu.. yg sekeping charge 5rm. sumpah intan tak nak amik da daging akar kayu tu.. amik nasi ngn daging charge 15rm.. menyentan nyentan nak bayar harga daging tu.

*tolong edit entry ni.. Plsss masukkan cite pasal daging akar

chuya - the mother of A's said...

astaga yg ternganga tu mulut dia ke apa.. aaaaaaaa mak bapak belut pun takleh nak makan, inikan pulak bebi belut.. aaaaaaaaaaaa *lari lintang pukang sambil geleng pala*

Chooyaya! said...

Mimy : Memang sedap gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Chooyaya! said...

Felis Domestica : Sian baby belut tu azaaaab kena goreng sampait ernganga mulut.

Chooyaya! said...

Anna Dayana : Yang tu nanti kiter up entry lain. kena ajak kaklong sbb dia yg suka makan kayu tu

Chooyaya! said...

chuya : itu la dia hazabedah kena goreng. sian dia.

rohaya idris dik ya said...
This comment has been removed by the author.
rohaya idris dik ya said...

Sue, akk pun suka..mabeles alpolkat dia..apa? tayar basikal pun tayar basikal lah..janji melelat celah gigi akk yg berlapis lapis ni..ada mak keshah..cuma anak belut tu je akk tak shentuh..skery sgt..bila rasa2 bnyk duit mmg inilah tmpt akk menjamu selera dgn abang boyan akk tu..😁

rohaya idris dik ya said...
This comment has been removed by the author.
rohaya idris dik ya said...
This comment has been removed by the author.
Haris Zuhaina said...

As SAlam Sue
Jenuh nak paham apa menda lah gulai tunjang ni.. kami kat kedah dok pagge' gulai dagin nombot 2... kawin plk org melaka, dah dapat nama baru:dagintetel.. sedap klu masak asam masam n tak pedaih sgt...

Felis Domestica said...

Haris Zuhaina - Sorry nyampuk, i di melaka, tetel tu lelemak urat bahagian badan, lembut.. tunjuang tu lebih pada otot kaki. kelantan panggil keting.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...