Thursday, March 20, 2014

I feel FAT

Assalamualaikum.

Ni nak bagitau, restoran minang yang kitorang nak pergi sana tengahari tadi tutup. Masa otw nak pergi, Dyba kata, ‘Akak (Intan) kalau kedai tu tutup macam mana?’ Pastu Intan kata, ‘Kan akak dah kata jangan cakap tutup? Cakap la T U T U P (Dia eja tutup), nanti kedai tu bebetul tutup macam mana?’ Sekali masa dekat sampai restoran tu and nampak tutup, measing dalam kereta dah meroyan sebab kedai tu bebetul Tutup ok?

Batu belaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Huwaaaa frust giler. Pastu Dyba kena marah dengan Intan sebab cakap tutup. Lain kali eja. Bukan sebut. Kata Intan. Bongok kan? Apa kena mengena entah sebut dengan eja tutup.

Sebab dah frust, I kata. ‘Ok la, makan kat kedai ikan keli. Hari pon tak panas sangat ni’. Intan kata OBJECTION! Dia nak makan kt Keramat Mall. Sorry I tak layan. Sebab today naik Snow White ok? Bukan kereta oren Intan yang kalau kona baring macam nak terbalik tu. Haha.

Masa kat Kedai Ikan Keli, semua amek lauk sama/lebih kurang. Ikan kerisi goreng, sayur taugeh, tempe goreng garing and sambal belacan. Masa makan semua senyap jer. Macam baru lepas kena penampar kokodai sebab lapar. Sian sangat. Semua tak pegang henpon dah. Ni la ketama kali makan kat kedai ikan keli tapi I tak menyentan sebab hujan, so dia sejuk la. Pastu kan? I makan 3 keping tempe goreng. Haha I know I is lahap like that. Pastu kan? Masa nak bayar, walaupon I amek tempe goreng 3 keping, tapi kakak tu bagi I murah dari Intan and semua orang yang ambik tempe goreng sekeping.

Sebab tadi kakak kedai tu tanya, ‘Ni dah kawen ke belum?’ Pastu Intan tak puas hati kenapa I selalu dapat murah. Dengki kan? Sebab masa ada banyak lagi, kitorang decide nak makan dessert. To Makudu drive through we go! Masa nak dekat sampai mic yang nak order tu, Intan pepura ngantok. Kata dia, ‘Nak tido la. Intan ngantok’. Cecece. Dan dan jer. Padahal dah berdebar-debar kan?

Masa nak amek order, malangnya bukan Abang Som. Kitorang tanya kat budak McD. Mana yang hensem yang biasa jaga kaunter ni? Kata dia, Wan cuti. Ooooooooooooooo so nama dia Wan la? Ok. Mulai harini, kalau nak gi Makudu, kiter akan cakap, Jom pegi Makudu jumpa Abang WanSom nak? Hahaha. Sapa yang taktau pasal Abang Som ni boleh klik sini.

So lepas makan nasik sepingan dengan Ice Cream Cornetto Strawberry Crunch I feel fat. Seriously. I memang jenis kena makan dessert lepas any meal. Tak makan apapa pon takpe. Janji kena ada dessert. Sebab tu la gemok. Ni I nak tanya, sesapa tau kat mana jual Treadmill murah-murah or nak let go ke apa, let me know eh? Kali ni I serius ni. Tak main-main. I tadek masa nak jogging kat luar. I hope by treadmill I boleh la jogging and burn calories disamping mengurangkan nafsu makan dessert. Lepas tu I sama kurus macam Christina Susanne.

OK? Lekas carikkan I jugak-jugak treadmill tu. Kalau tak, I makan ubat kurus. 

-EnD-

Because of U, I feel fat. Thanx Cornetto Chocolate Sundae Mc Donald


14 comments:

honey bedazzled said...

xdenya umah aku ada treadmil laki aku je pakai. my anak is dengki setiap kali mak dia nk exercise dia tagging skali ke nk berak ke nk mkn ke semua time tu. so i fed up. owh alaaaasan

Umi Nazrah said...

salam singgah. kalau sekali sekala, takpa tu. jangan hari-hari udah la. memang tak jadi feel fat dah la :D

ikafantasi said...

kak su, semalam tgk kat mudah ada jual..try la tgk..hahahaha

Chooyaya! said...

Honey bedazzled : mungkin boleh cuba dulu. hahahaha. aku semangat kobar-kobar ni

Chooyaya! said...

umi nazrah : yerlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hehe

Chooyaya! said...

ikafantasi : ok, sekarang jugak kaksu tgk!

Anna Dayana said...

Ooo x nk jogging eh Ok FINE

adda syuhada said...

sedpanya chocolate sundae....

Izzan Yong Rosdin said...

klu u yg kurus pon rasa cm fat.. i lg lah :(

jemput ke blog saya.. baru nak berjinak2 dgn blog.. minta di beri sokongan, jika tidak keberatan followlah sekali yer. tq

http://izzanyrosdin.blogspot.com/

ieda iedana said...

kaksu ni kenapa banyak share entry makanan yang drooling?
penat tahan napsu #tariknapaskempiskanperut

Chooyaya! said...

anna dayana : musim jerebu la laling

Chooyaya! said...

ada syuhada : sedap menggila

Chooyaya! said...

Izzan yong rosdin : awak, jangan la cakap cenggitu. sedih la mcm ni :(

Chooyaya! said...

ieda : sengajaaaa carik pasal. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...